"Assalamualaikum semua..Baru-baru ini seorang sahabat kita pun pergi ke sebuah masjid di shah alam ini untuk mendengar sebuah ceramah agama. Ceramah itu telah pun disampaikan oleh seorang doktor yang alim lagi waraq'. Pada mulanya ceramah ini berasa agak kurang menarik kerana dia beranggapan bahawa ia lari dari tajuk tetapi setelah agak lama di sana barulah dia dapat menghayati pengisian ceramah beliau. Jemaah masjid pun semakin memenuhi ruang masjid. Para ibu pun tidak ketinggalan untuk menyertainya.
Begini ceritanya.. Pada suatu malam kira-kira dalam jam 3.00pagi, doktor ini telah pun dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Kebisingan bunyi telefon itu telah membuatkan doktor ini bangun lalu menjawap panggilan tersebut.ternyata ia datangnya dari hospital dari tempat dia bekerja. Nurse itu memberitahu bahawa ada satu kes kemalangan telah berlaku dan mangsa sekarang telah pun berada di unit kecemasan dan dia benar-benar memerlukan khidmat beliau sekarang ini juga.
Apabila telah sampai di hospital, doktor itu mendapati mangsa adalah seorang remaja dalam lingkungan 18 tahun dan berbangsa melayu. Keadaan dia amat tenat sekali dan harapan adalah 40-60. Tulang pehanya patah, tulangnya telah terkeluar,tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yang teruk di kepala dan kaki.
Namun doktor ini berusaha untuk memasukkan botol darah yang baru untuk tujuan penggantian,namun ia hanya dapat bertahan hanya untuk sementara sahaja. Ketika itu keadaan dia tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Sebelum itu dia telah muntah dengan banyak dan baunya amat busuk sekali.
Setelah beberapa ketika,remaja terbabit mula membuka mata dan keadaan nya masih lagi dalam keadaan mabuk. Namun doktor ini segera mendapatkan dia lalu mula bertanyakan beberapa keadaan untuk memastikan keadaan kepalanya.:
Doktor: dimana awak sekarang? Remaja: saya rasa di kandang lembu.
Doktor:okey tak pe..( lantas doktor itu terus memberikan satu suntikan penenang untuk dia berehat.) namun setelah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata dan doktor itu sekali lagi mengajukan soalan yang sama kepada dia.
Doktor: dimanakah awak berada sekarang? Mangsa: saya rasa di kandang kuda..
Doktor itu terus bertanya lagi dan lagi agar dapat memulihkan keadaannya.Setelah agak lama bertanya,barulah dia mengetahui yang remaja terbabit telah meminum arak sebelum berlumba. Dia berlumba dengan rakan-rakannya pada kelajuaan 180km/j cukup dengan hanya sebuah motor kriss. Patutla dia muntah tadi..!! bisik doktor itu.. remaja terbabit mendapat kemalangan apabila motorsikalnya tak dapat dikawal lagi kerana terlalu laju lalu melanggar sebuah tembok batu. Keadaan motorsikalnya amat teruk sehingga terputus 2. sebelum kelangan itu berlaku,dia telah pun melanggar seorang warga tua yang berusia 80 tahun dan orang tua itu telah pun meninggal di tempat kejadian.. sungguh menyedihkan.. apabila mendengar berita iu dari doktor berkenaan,remaja itu pun menangis teresak-esak dan benar-benar menyesal diatas apa yang telah dibuatnya.
Lantas doktor itu bertanya lagi..adakah kamu pernah bersolat sebelum ini.? Lalu dia menjawab yang dia tak pernah solat sejak baligh..masya'Allah.doktor itu tahu yang sekarang ini "time is running out" so dia mesti berbuat sesuatu sebelum remaja itu pergi mengadap Allah s.w.t yang maha kuasa tanpa sebarang bekalan..iman. Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja terbabit untuk mengucap tetapi gagal..
Jam sekarang menunjukkan pukul 5.56 pagi. Tiba-tiba kedengaran azan subuh sayup-sayup kedengaran. Lantas doktor itu mengajak remaja itu untuk solat subuh buat kali yang pertama sejak baligh, dengan bantuan doktor dan jururawat, remaja berkenaan dapat mengambil wuduk secara ala kadar .
Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dengan menggunakan isyarat mata sahaja dan dari situ doktor itu dapat melihat betapa ikhlas dan insafnya remaja itu untuk bertaubat. Ketika itu juga air matanya tak putus-putus mengalir. Sebelum itu remaja itu sering kali bertanya kepada doktor, adakah taubat saya di terima Allah?.. dengan nada yang sebak.
Setelah solat keadaan nya masih lagi kritikal. Sejurus kemudian kedua ibubapanya yang telah bercerai datang. Tiba-tiba remaja itu terus menyalahkan kedua ibu bapanya kerana kerana merekalah dia jadi begini..dengan izin Allah s.w.t kedua orang tuanya pun terus mendirikan solat yang mana tak didirikan sebelum ini.. Maha Suci Allah.. Allah Maha Kuasa...
setelah selesai bersolat, doktor itu pun memberitahu kepada kedua orang tuanya yang anak mereka akan pergi bila-bila masa sahaja. Dengan itu si ibu pun mendekatkan mulutnya ke telinga remaja itu lalu cuba mengajar dia mengucap kalimah shahadah. Tetapi malang sekali dia tak dapat berbuat demikian.. ini kerana masih ada lagi arak dalam badannya. Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang mana tak sempurnalah iman seseorang selama 40 hari jika ada arak dalam badan seseorang.
Lalu doktor itu pun berkata kepada remaja terbabit yang jika kamu mahu benar-benar bertaubat dengan sebenar taubat insya'Allah Allah akan mengampuni kamu.
Remaja itu terus menangis.Dalam lebih kurang jam 6.45 pagi, remaja itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah disahkan kematiannya ,kemudian mayatnya telah dibawa ke bilik mayat dan doktor itu mengikutnya. Maha Suci Allah, berlaku satu lagi keajaiban. Lebih kurang ½ jam berlalu tiba-tiba doktor itu tadi terdengar satu suara yang amat dikenalinya suara remaja itu tadi. Dia telah dapat mengucap 2 kalimah shahadah. Doktor itu terperanjat dan terus mengalirkan air mata...Sama-samala kita mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku..
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: Barangsiapa dapat mengucap Dua Kalimah Shahadah di akhir kalmaya, maka wajib Syurga baginya..
sama-samalah kita mengambil sedikit pengajaran dari apa yang telah berlaku pada kawan kita.. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga tapi atas kelemahan saya..
zaman sekarang....moto tak laju bole jadi laju....sanggup berabis duit semata-mata nak bg moto laju....pastu sape yang susah bile dah jadi camni..org lain yang merana.
kalau nak bawak motor yag laju, beli motor yg memang dah laju..... ni beli motor yg 120cc pas tu buat kasi laju.....mane sesuai ngan keadaan motor tu......mane selamat.....
tapi kalau dah sampai ajal, kat mane pon boleh....tul tak..?
isk...ikhlas saya cakap...tanpa saya sedari,menitis air mata saya membaca nya...thanks powerpuffgirl...saya terpikir,manusia begitu pun buleh menucap selepas 30 minit meninggal...saya tak tau la samada cerita ini betul atau pun rekaan,tapi saya percaya,Kuasa Allah S.W.T tiada tandingannya...mcm2 keajaiban boleh berlaku dgn izin-Nya...Nauzubillah... Thanks again...kiter yg boleh dikatakan sembahyang,dan bertawakal kepada-Nya,adakah boleh kiter melafazkan Kalimah Syahadah sewaktu kiter nazak nanti...itu yg membuat saya tersentuh...mudah2an saya dan semua saudara saya diberkati oleh-Nya...amin...
__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah...
|||aJiMsEnT|||
quote: Originally posted by: pedang_setiawan30 "mak aiii lajunya moto kriss mamat nih...180km/j tu.... p/s:don't drink n drive!!!"
motor buatan jepun yamaha,honda, kelajuan 80 kmj sahaje, klu ++ 100 kmj paling laju, klu ++ anak melayu bulih jadi 200kmj kita renungkan sahaje....
rakyat m`sia ni handal2 belako... jopon pon tokozut owang putih pon samo... tokozut bilo tengok kito anak melayu, lagi sonang anak m`sia bulih bikin moto dio orang bagi laju... klu den tak tokozut... dah biaso dongan bondo ni... nak2 mat2 rempit... kek luar sano tu..... kadang2 habis sidemiro keto den.. anyway allahamdullilah... sempat jugak dia ,mengucap
Cerita ini baik untuk kita semua jadikan pengajaran... bukan kita fikir macam mana Kriss dia boleh dapat 180... bukan kita fikir macam mana dia modified motor dan bukan juga kita fikir dia sanggup perabis duit untuk kepuasan duniawinya. Bukan itu penyampaiannya dari artikel ini...!!!
Pengajarannya amat jelas, taubat yang benar2 diterima Allah adalah taubat yang benar2 ikhlas, taubat nasuha... penuh dengan keinsafan dari zahir dan batin... pernah ker kita terfikir untuk bertaubat sekarang? pernah kita solat taubat sebelum ini? Sama-sama lah kita mengambil iktibar dari kisah ini... mungkin banyak lagi kisah yang ajaib berlaku, cuma kita sahaja yang tidak tahu... ARTIKEL YANG BAIK UNTUK KITA RENUNGI,BUKAN SEKADAR RENUNG TAPI DITURUTI DENGAN KEINSAFAN...!!!
WALLAHUAKLAM///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......