Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Untuk Dijadikan Iktibar Kepada Kita Semua


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:
Untuk Dijadikan Iktibar Kepada Kita Semua


"Assalamualaikum semua..Baru-baru ini seorang sahabat kita pun pergi ke sebuah masjid di shah alam ini untuk mendengar sebuah ceramah agama. Ceramah itu telah pun disampaikan oleh seorang doktor yang alim lagi waraq'. Pada mulanya ceramah ini berasa agak kurang menarik kerana dia beranggapan bahawa ia lari dari tajuk tetapi setelah agak lama di sana barulah dia dapat menghayati pengisian ceramah beliau. Jemaah masjid pun semakin memenuhi ruang masjid. Para ibu pun tidak ketinggalan untuk menyertainya.

Begini ceritanya..
Pada suatu malam kira-kira dalam jam 3.00pagi, doktor ini telah pun dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Kebisingan bunyi telefon itu telah membuatkan doktor ini bangun lalu menjawap panggilan tersebut.ternyata ia datangnya dari hospital dari tempat dia bekerja. Nurse itu memberitahu bahawa ada satu kes kemalangan telah berlaku dan mangsa sekarang telah pun berada di unit kecemasan dan dia benar-benar memerlukan khidmat beliau sekarang ini juga.


Apabila telah sampai di hospital, doktor itu mendapati mangsa adalah seorang remaja dalam lingkungan 18 tahun dan berbangsa melayu. Keadaan dia amat tenat sekali dan harapan adalah 40-60. Tulang pehanya patah, tulangnya telah terkeluar,tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yang teruk di kepala dan kaki.

Namun doktor ini berusaha untuk memasukkan botol darah yang baru untuk tujuan penggantian,namun ia hanya dapat bertahan hanya untuk sementara sahaja. Ketika itu keadaan dia tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Sebelum itu dia telah muntah dengan banyak dan baunya amat busuk sekali.

Setelah beberapa ketika,remaja terbabit mula membuka mata dan keadaan nya masih lagi dalam keadaan mabuk. Namun doktor ini segera mendapatkan dia lalu mula bertanyakan beberapa keadaan untuk memastikan keadaan kepalanya.:

Doktor: dimana awak sekarang?
Remaja: saya rasa di kandang lembu.

Doktor:okey tak pe..( lantas doktor itu terus memberikan satu suntikan penenang untuk dia berehat.) namun setelah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata dan doktor itu sekali lagi mengajukan soalan yang sama kepada dia.

Doktor: dimanakah awak berada sekarang?
Mangsa: saya rasa di kandang kuda..

Doktor itu terus bertanya lagi dan lagi agar dapat memulihkan keadaannya.Setelah agak lama bertanya,barulah dia mengetahui yang remaja terbabit telah meminum arak sebelum berlumba. Dia berlumba dengan rakan-rakannya pada kelajuaan 180km/j cukup dengan hanya sebuah motor kriss.
Patutla dia muntah tadi..!! bisik doktor itu.. remaja terbabit mendapat kemalangan apabila motorsikalnya tak dapat dikawal lagi kerana terlalu laju lalu melanggar sebuah tembok batu. Keadaan motorsikalnya amat teruk sehingga terputus 2. sebelum kelangan itu berlaku,dia telah pun melanggar seorang warga tua yang berusia 80 tahun dan orang tua itu telah pun meninggal di tempat kejadian.. sungguh menyedihkan.. apabila mendengar berita iu dari doktor berkenaan,remaja itu pun menangis teresak-esak dan benar-benar menyesal diatas apa yang telah dibuatnya.

Lantas doktor itu bertanya lagi..adakah kamu pernah bersolat sebelum ini.?
Lalu dia menjawab yang dia tak pernah solat sejak baligh..masya'Allah.doktor itu tahu yang sekarang ini "time is running out" so dia mesti berbuat sesuatu sebelum remaja itu pergi mengadap Allah s.w.t yang maha kuasa tanpa sebarang bekalan..iman. Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja terbabit untuk mengucap tetapi gagal..

Jam sekarang menunjukkan pukul 5.56 pagi. Tiba-tiba kedengaran azan subuh sayup-sayup kedengaran. Lantas doktor itu mengajak remaja itu untuk solat subuh buat kali yang pertama sejak baligh, dengan bantuan doktor dan jururawat, remaja berkenaan dapat mengambil wuduk secara ala kadar .

Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dengan menggunakan isyarat mata sahaja dan dari situ doktor itu dapat melihat betapa ikhlas dan insafnya remaja itu untuk bertaubat. Ketika itu juga air matanya tak putus-putus mengalir. Sebelum itu remaja itu sering kali bertanya kepada doktor, adakah taubat saya di terima Allah?.. dengan nada yang sebak.

Setelah solat keadaan nya masih lagi kritikal. Sejurus kemudian kedua ibubapanya yang telah bercerai datang. Tiba-tiba remaja itu terus menyalahkan kedua ibu bapanya kerana kerana merekalah dia jadi begini..dengan izin Allah s.w.t kedua orang tuanya pun terus mendirikan solat yang mana tak didirikan sebelum ini.. Maha Suci Allah.. Allah Maha Kuasa...

setelah selesai bersolat, doktor itu pun memberitahu kepada kedua orang tuanya yang anak mereka akan pergi bila-bila masa sahaja. Dengan itu si ibu pun mendekatkan mulutnya ke telinga remaja itu lalu cuba mengajar dia mengucap kalimah shahadah. Tetapi malang sekali dia tak dapat berbuat demikian.. ini kerana masih ada lagi arak dalam badannya. Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang mana tak sempurnalah iman seseorang selama 40 hari jika ada arak dalam badan seseorang.

Lalu doktor itu pun berkata kepada remaja terbabit yang jika kamu mahu benar-benar bertaubat dengan sebenar taubat insya'Allah Allah akan mengampuni kamu.

Remaja itu terus menangis.Dalam lebih kurang jam 6.45 pagi, remaja itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah disahkan kematiannya ,kemudian mayatnya telah dibawa ke bilik mayat dan doktor itu mengikutnya. Maha Suci Allah, berlaku satu lagi keajaiban. Lebih kurang ½ jam berlalu tiba-tiba doktor itu tadi terdengar satu suara yang amat dikenalinya suara remaja itu tadi. Dia telah dapat mengucap 2 kalimah shahadah. Doktor itu terperanjat dan terus mengalirkan air mata...Sama-samala kita mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku..

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: Barangsiapa dapat mengucap Dua Kalimah Shahadah di akhir kalmaya, maka wajib Syurga baginya..

sama-samalah kita mengambil sedikit pengajaran dari apa yang telah berlaku pada kawan kita.. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga tapi atas kelemahan saya..

Wasslam..



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:

mak aiii lajunya moto kriss mamat nih...180km/j tu....

p/s:don't drink n drive!!!

__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

zaman sekarang....moto tak laju bole jadi laju....sanggup berabis duit semata-mata nak bg moto laju....pastu sape yang susah bile dah jadi camni..org lain yang merana.


betul tak brot pedang?



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:

aaaa betol tu...itu la weng sana weng sini....last2 nyawa tu yg weng....



__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

subhanallah, maha suci Allah maha pengampun lagi maha penyayang, muga ruh nya ditempat kan disisi hamba nya yang dikasihi nya amin

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 192
Date:

kalau nak bawak motor yag laju, beli motor yg memang dah laju..... ni beli motor yg 120cc pas tu buat kasi laju.....mane sesuai ngan keadaan motor tu......mane selamat.....


tapi kalau dah sampai ajal, kat mane pon boleh....tul tak..?



__________________
"CIVIC"


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

isk...ikhlas saya cakap...tanpa saya sedari,menitis air mata saya membaca nya...thanks powerpuffgirl...saya terpikir,manusia begitu pun buleh menucap selepas 30 minit meninggal...saya tak tau la samada cerita ini betul atau pun rekaan,tapi saya percaya,Kuasa Allah S.W.T tiada tandingannya...mcm2 keajaiban boleh berlaku dgn izin-Nya...Nauzubillah... Thanks again...kiter yg boleh dikatakan sembahyang,dan bertawakal kepada-Nya,adakah boleh kiter melafazkan Kalimah Syahadah sewaktu kiter nazak nanti...itu yg membuat saya tersentuh...mudah2an saya dan semua saudara saya diberkati oleh-Nya...amin...

__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Veteran

Status: Offline
Posts: 78
Date:

 


 Mualaikumsalam...


 Sedih & Insaf bila baca citer tadi tu..Sungguh besar & agung kuasa ALLAH S.W.T...


 ALLAH maha penyayang, pengasih & segala - gala MAHA tiada yg MAHA selain NYA...Amin...



__________________
RAMLAN


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

haushinka lunak nya ati dia...

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


terkenang zaman hippies dulu...........


masyaalah.......///



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

DIA maha pemurah dan maha pengasihani kepadanya kita datang dan kepadanya juga kita kan kembali...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

pengalaman mendewasakan kita. jangan terburu-buru.


matang berfikir, bijak dalam membuat keputusan. insyaallah kita akan selamat.



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

a'kum...


satu peristiwa yang sepatutnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita///sama2lah kita fikirkannya///



__________________
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

mat Moto la katakan ... tapi tak semua .... dari 100% tu mungkin cuma 99.9% mat rempit je yang macam ni ...

__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

hehe..perangkaan statistik yang agak tinggi juge le tuh kanda am..


The morale of the story is:


1.jgn lumbe haram @ merempit (membunuh diri)


2.haram meminum arak(arak ibu kepada maksiat)


3.jangan tinggal solat(lengah2 waktu solat)


4.gunakan akal bukan pakai akal


-serba sedikit rumusan yang wan bley tolong-



__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

quote:

Originally posted by: pedang_setiawan30

"mak aiii lajunya moto kriss mamat nih...180km/j tu.... p/s:don't drink n drive!!!"


motor buatan jepun yamaha,honda, kelajuan 80 kmj sahaje, klu ++ 100 kmj paling laju, klu ++ anak melayu bulih jadi 200kmj kita renungkan sahaje....


rakyat m`sia ni handal2 belako... jopon pon tokozut owang putih pon samo... tokozut bilo tengok kito anak melayu, lagi sonang anak m`sia bulih bikin moto dio orang bagi laju... klu den tak tokozut... dah biaso dongan bondo ni... nak2 mat2 rempit... kek luar sano tu..... kadang2 habis sidemiro keto den.. anyway allahamdullilah... sempat jugak dia ,mengucap


terima kasih atas kenyataan ini.



__________________
marsos six time


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

satu peringatan dan sketsa sebuah kehidupan yang menginsafkan diri sendiri tapi sampai bila....

__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Cerita ini baik untuk kita semua jadikan pengajaran... bukan kita fikir macam mana Kriss dia boleh dapat 180... bukan kita fikir macam mana dia modified motor dan bukan juga kita fikir dia sanggup perabis duit untuk kepuasan duniawinya. Bukan itu penyampaiannya dari artikel ini...!!!


Pengajarannya amat jelas, taubat yang benar2 diterima Allah adalah taubat yang benar2 ikhlas, taubat nasuha... penuh dengan keinsafan dari zahir dan batin... pernah ker kita terfikir untuk bertaubat sekarang? pernah kita solat taubat sebelum ini? Sama-sama lah kita mengambil iktibar dari kisah ini... mungkin banyak lagi kisah yang ajaib berlaku, cuma kita sahaja yang tidak tahu... ARTIKEL YANG BAIK UNTUK KITA RENUNGI,BUKAN SEKADAR RENUNG TAPI DITURUTI DENGAN KEINSAFAN...!!!


 


 


WALLAHUAKLAM///



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:

Ya...keikhlasan ketika menadah tangan memohon keampunan drpd-Nya.

__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

betul gak tue....kite tak bole nak salahkan motor dan sesiapa...klau dah ditakdirkan ajal kita dah sampai....kita kena terima...


"ajal maut pertemuan perpisahan semua di tangan tuhan.."



 


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

so...jgn lah lumbo haram///nengok macam den nie ha...dah insaf dah///mombazir jo lumbo2 haram nie///takdo pekdah///

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

daripada lumba haram, elok gak lumba lari, lumba jalan kaki ker. dapat gak x'cise untung kesihatan jantung............


 


peluh luar / dalam oiiiiiiiiiiii




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

daripada lumba haram, elok gak lumba lari, lumba jalan kaki ker. dapat gak x'cise untung kesihatan jantung............


dapat gak kempiskan perut nie............................................



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

semoga kita mengambil iktibar dari cerita yang di sampaikan....

__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard