Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Majlis Mufti & Majlis Fatwa bertegas isu moral


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Majlis Mufti & Majlis Fatwa bertegas isu moral


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Pengasihani

Assalamualaikum wrt wbt ,

Alhamdulillah, Majlis Fatwa Kebangsaaan dan
Mufti-Mufti telah mengadakan muzakarah di Putrajaya
semalam bagi membincang isu kepentingan umat Islam di
Malaysia. Sesungguhnya ini hanyalah baru permulaan
sahaja kegemilangan Islam mula bersinar, usaha harus
terus dilakukan agar golongan-golongan yang inginkan
kebebasan moral seperti Sisters In Islam atas dasar
hak asasi manusia tidak terus mempengaruhi masyarakat
kita. Kerana selepas ini golongan-golongan ini tidak
akan berhenti untuk melakukan usaha atas nama-nama
lain. Antaranya ialah ialah konsert-konsert yang
begitu mudah diberi permit oleh pihak berkuasa
antaranya Konsert Ghariah Goyang Gerudi Gelek Inul
penyanyi seksi dangdut Indonesia yang akan mengadakan
konsert terbuka di Stadium Merdeka pada 1 Mei , di
Bulan RabiulAwal , Bulan Maulidur Rasul.

Dilampirkan risalah ringkas , InsyaAllah, yang dapat
memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia
mengenai kesan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama dan
kesan pemansuhan undang-undang moral.

Antara resolusi yang dibuat semasa muzakarah Majlis
Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan ialah (rujuk Utusan
Malaysia 15 April 2005) :

1. Tindakan penguatkuasaan berteraskan amal makruf
nahi mungkar perlu diteruskan kerana ia dituntut oleh
Islam bagi mempertahankan kewibawaan rakyat dan imej
sesebuah negara.
2. Apabila kita memilih sesebuah kerajaan, kita
memberi kuasa kepadanya untuk mempertahankan nilai
moral rakyatnya kerana kerosakan moral itu akan
membawa banyak bencana kepada negara
3. Menjadi tugas kerajaan mempertahan dan menjaga
kesejahteraan dan kewibawaan rakyat Malaysia termasuk
dari sudut moral dan akhlaknya.
4. Soal menjaga moral dalam pengertian Islam bukan
setakat menangkap orang berkhalwat atau bercumbu di
padang, tetapi merangkumi amalan seperti rasuah,
penyelewengan kuasa dan sebagainya
5. Undang-undang yang memberi kuasa kepada jabatan
atau majlis agama Islam supaya menjalankan
penguatkuasaan mencegah perbuatan orang Islam minum
arak, berkhalwat dan sebagainya, harus dipertahankan
6. Mengingatkan kumpulan NGO agar tidak mencari alasan
mengetepikan kewajipan kepada agama demi kepentingan
diri.
7. Janganlah mencari satu alasan yang sesuai dengan
kehendak kita, sedangkan kita tahu dalam dunia ini tak
ada kebebasan mutlak sama sekali kerana kebebasan yang
diberi mengikut had atau sempadan tertentu
8. Tidak ada sesiapa pun yang tidak tertakluk langsung
kepada undang-undang walaupun dalam merealisasikan hak
asasinya
9. Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama tidak diteruskan
10. Meluluskan garis panduan umat Islam mengenai
amalan berkongsi perayaan seperti yang diperkenalkan
kerajaan sejak beberapa tahun lalu

Semoga Allah memberi kekuatan kepada ulama-ulama,
guru-guru tarikat, guru-guru tasauf, para pendakwah
untuk bersatu hati dan tenaga melakukan Amal Makruf
Nahi Mungkar. Dan kita umat Islam haruslah sentiasa
bersama dengan golongan para ulama dalam melakukan
tugas Amal Makruf Nahi Mungkar yang diamanahkan Allah
swt.

Amin.

Sekian. Wassalam.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

Secara peribadi amat berharap sangat kepada semua warga forum dan semua yang membaca laman web ini memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada Majlis Fatwa Kebangsaaan dan Mufti-Mufti...


"Sesungguhnya ini hanyalah baru permulaan sahaja kegemilangan Islam mula bersinar, usaha harus terus dilakukan agar golongan-golongan yang inginkan kebebasan moral seperti Sisters In Islam atas dasar hak asasi manusia tidak terus mempengaruhi masyarakat kita. Kerana selepas ini golongan-golongan ini tidak akan berhenti untuk melakukan usaha atas nama-nama lain. Antaranya ialah ialah konsert-konsert yang begitu mudah diberi permit oleh pihak berkuasa antaranya Konsert Ghariah Goyang Gerudi Gelek Inul penyanyi seksi dangdut Indonesia yang akan mengadakan konsert terbuka di Stadium Merdeka pada 1 Mei , di Bulan RabiulAwal , Bulan Maulidur Rasul."


Saya juga memohon supaya Majlis Fatwa Kebangsaaan dan Mufti-Mufti membuat cadangan kepada pihak pendaftar pertubuhan supaya diharamkan pertubuhan ini.Ini kerana sudah jelas kepada kita semua Sister In Islam bukan saja memesongkan akidah orang Islam malah sebenarnya cuba memeperlekehkan dan mempermainkan agama Islam.


Penggunaan nama Islam pada Sister In Islam juga membuatkan ramai yang keliru dengan pertubuhan ini dan menganggap mereka ini sebagai pertubuhan yang berjuang untuk memertabatkan islam sebaliknya ia hanya mengunakan nama Islam untuk mencemarkan Islam itu sendiri.Puak-puak ini kalau di bandingkan dengan golongan anti hadis adalah sama sahaja.Mereka ini sememangnya sengaja secara halus hendak menyesatkan orang Islam.


Kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang tidak amanah dan mempunyai kepentingan juga harus diperingatkan supaya lebih bertanggung jawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas mereka...Persoalan tentang permit yang mudah didapati yang dijelaskan oleh majlis fatwa Dan mufti2 tidak harus dipandang sepi...saya menyeru kepada kerajaan supaya dalam kita sibuk menjalankan kempen Islam hadhari yang menjadi dasar kerajaan tidak seharusnya pegawai2 yang rosak akhlak sebegini di simpan menjadi barah ...///


Sesungguhnya saudara2 yang saya kasihi marilah kita menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Majlis Fatwa Kebangsaaan dan Mufti-Mufti supaya dapat kita tunjukkan kepada puak2 bahalol ini yang mereka jangan cuba bermain dengan api...///



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:

saya ingat dulu.... masa pertandingan ratu cantik diadakan di Malaysia... mufti Ishak baharom membuat serbuan di tempat tersebut... akan tetapi.. Mufti di pecat ratu di bela... itu masa tun dr mahadir muhammad.. masa pak lah nie plak... JAWI di saman.. artis di bela... apa kes nie.. ini ker negara Islam?.. Islam Hadhari ker ajar semua nie?...

__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard