Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kucing...


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:
kucing...


Utk pengetahuan insan2 yg mempunyai hati dan perasaan...


Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.


Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.


Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.


Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?


Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.


Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut berhubung perkara ini, layarilah:


http://www.bonsaikitten.com/


Lihat sahaja gambar-gambar ini... Amat zalim dan menyakitkan!


Orang Jepun ini ingat dia mempunyai daya kreativiti yang tinggi utk membuat duit, padahal perangainya itu tak ubah seperti orang gila lagi zalim.


Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan. Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!


Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.


Jika anda masih mempunyai naluri kemanusiaan, sila sebarkan berita ini kepada seramai mungkin kenalan2 anda.


 Kami mengharapkan kerjasama penuh daripada anda semua. Kita mesti berjuang untuk membebaskan anak-anak kucing itu daripada belenggu kezaliman. Bayangkan anda menjadi seperti mereka, apa perasaan anda? Tolong sebar-sebarkan (forward) maklumat ini ke seluruh dunia. Tolonglah selamatkan kucing-kucing ini dan kemungkinan haiwan-haiwan yang lain daripada terus dianiayai!!!


(If possible, please translate this message to your home language and let as many people to know about this cruelty which is happening around you.)


-dulu saya memang tak sukakan kucing..bkn tak suka la tapi takut.....sejak saya di amanahkan untuk menjaga kucing tunang saya kerana beliau dan family menunaikan umrah...saya cuba menyayangi kucing dan cuba menjaga dengan sebaik mungkin...alhamdullilah sampai sekarang saya tidak kekok dgn kucing malah kadang2  tu..dgn kucinglah kita lupa segala tekanan kerja dan masalah...


-bila pertama kali saya manbaca artikel ini saya menangis....ade juga manusia yang sanggup manzalimi haiwan manja ini kerana duit .........


 -TOLONGLAHHH JANGAN BUAT BEGITU......WALAUPUN IA HANYA HAIWAN....



 


 



-- Edited by powerpuffgirl at 01:18, 2005-04-19

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

zaman sekarang nie tak boleh nak cakap///mcm2 benda dia orang nak buat///kucing yang tak tau apa2 jadi mangsa kezaliman dia orang nie///

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

hish, kesian kat kucing2 yang xbersalah tu!!!

__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


Assalamualaikum...


I have said this once and i will said it again here.


Neraca dunia sudah menjadi songsang...


yang baik akan menjadi buruk...


dan yang buruk akan menjadi baik...


salah satu petanda hampir sampai waktu nya...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

betul tu...zaman sekarang...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

kucing pun makhluk jugak..........




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard