Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tidur Yang Patut Dibangunkan


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:
Tidur Yang Patut Dibangunkan


Dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir habis. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian.di dalam kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang tidur dalam keadaan :


1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis.

2. Sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat.

3. Jika tidur pada saf pertama di dalam masjid.

4. Jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar.

5. Jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh.

6. Jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari.

7. Jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh.

8. Jika tidur selepas azan.

9. Jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan sebagai makruh.

10. Jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas. Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh.

11. Jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu ?tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya.

12. Adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah SAW bersabda :?Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan air ke mukany.



__________________
PenangKia©


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:


quote:





Originally posted by: ManTK
5. Jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh.


10. Jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas. Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh.



Soalan??? kenapa two points ni tak blh yer??? bukan mempertikaikan sesuatu tetapi nak tahu...


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 200
Date:

heh.. great info.. ntah ler tentang dua perkara 2 hamba pun tak tau tu kne ler tanya kat saudara ManTK... hehehe.. tapi kalau dah dikatakan makruh elok sangat la dielakkan..


wassalam..



__________________
Amal Makruf Nahyil Mungkar


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:


quote:


Originally posted by: aqeera
" Soalan??? kenapa two points ni tak blh yer??? bukan mempertikaikan sesuatu tetapi nak tahu...  "


nak petikai kan lagi ker??? nih sure ko tido telentang nih kan??? tu yang banyak songeh tu kan... hahahaha...


abis tu kalau tido nonggeng boleh ker idak??? kah,kah,kah...


p/s: tido lah cara korang suke, jangan sampai jatuh katil udah lerrr...



__________________
lll JKB TS utusan ALLAH - kau dan aku sama, satu junjung, satu ikrar, satu hati lll


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
INI DIA - Tidur Yang Patut Dibangunkan


DARI SURAH 18, ALKAHFI


HANYA BAGI YG MEMAHAMI SAJA...///


18. Dan kamu mengira mereka itu bangun, padahal mereka tidur; Dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.


19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?)." Mereka menjawab: "Kita berada (disini) sehari atau setengah hari." Berkata (yang lain lagi): "Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa uang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
RE: Tidur Yang Patut Dibangunkan


tido bila perlu.........


zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


banyak tidur, mahal rezeki.......




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:

///

__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard