Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Raja Belgium sokong wanita pakai tudung...


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:
Raja Belgium sokong wanita pakai tudung...


BRUSSELS: Raja Belgium, Albert II dan Ratu Paola melakukan kunjungan luar biasa ke atas sebuah kilang selepas seorang pekerja wanitanya berhenti kerja kerana menerima ancaman mati semata-mata dia tudung, bagi menyampaikan sokongan mereka kepada pekerja terbabit dan rakan sekerjanya menentang ancaman pelampau.

IslamOnline melaporkan, Naimi Amzil, berketurunan Maghribi, terpaksa melepaskan jawatannya di kilang makanan laut Remmery pada 3 Mac lalu selepas menerima ancaman maut dari sebuah kumpulan pelampau semata-mata memakai tudung.

Sambil meluahkan kemarahan terhadap ancaman pelampau itu, Raja Albert II, mengambil keputusan melawat kilang berkenaan bagi membantu Amzil dan pekerja lain menentang ancaman itu.

Pada majlis yang diadakan sempena menyambut kunjungan itu, pemilik kilang berkenaan, Rick Remmery, berkata lawatan itu menyampaikan isyarat sokongan padu bagi Amzil dan pekerja kilang lain.

Dia meluahkan harapan lawatan Raja Albert II ke kilang itu akan menamatkan ancaman pelampau terhadap kakitangannya.

“Penangkapan penjahat bukan keutamaan saya. Apa yang saya benar-benar inginkan ialah melihat berakhirnya ancaman maut itu,” katanya.

Terbaru dalam siri ancaman maut terhadap wanita Islam itu ialah surat mengandungi dua peluru ditandatangani oleh kumpulan pelampau yang menggelarkan diri mereka ‘New Free Flanders.’

Kumpulan pelampau itu menegaskan, hukuman mati sudah disiapkan, mengancam untuk meracun produk yang dihasilkan di kilang tempat Amzil bekerja.

Amzil dan majikannya, mendapat tumpuan media selepas menerima kunjungan Raja Albert II, berikutan keengganan kedua-duanya tunduk kepada ancaman maut itu.

Kejadian itu berlaku November tahun lalu apabila New Free Flanders, mendesak Remmery memecat Amzil, 31, jika dia berkeras untuk memakai tudung dan menuduh Remmery sebagai ‘rakyat Belgium jahat yang bersubahat dengan orang Islam.’ – Agensi

Kumpulan itu turut mengancam Remmery dan keluarganya bagi membalas dendam kerana tidak bekerjasama.

Amzil menyatakan kesediaannya menanggalkan tudung ketika waktu kerja atau meletak jawatan tetapi Remmery menolak kedua-dua pilihan Amzil itu.

Penduduk Islam Belgium membentuk kira-kira 400,000 orang dari 10 juta penduduk, diwakili oleh Majlis Eksekutif Islam, badan yang diisytiharkan secara rasmi oleh raja dan kerajaan. —Agensi





__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 361
Date:

alhamdulillah.............

__________________
apa yang kita cakap mestilah dikotakan...


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

 


 



Bagus Lahhh




__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

kebenaran pasti akan terserlah jua...


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


bukan semua non muslim extrem...ada jugak yg bertolak ansur.....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

pakai  tudung, pakai jugak. tapi la nie ramai yg pakai tudung jenis berfesyen2. atas tutup bawah bukak. pakai skirt, pakai t shirt lengan pendek. amcam? ada komen..........?




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Tu kena tanya tuan yang empunya diri laaa Bro Ices... harap-harap ada la wakil dari putri & wanita kita yang sudi menjawab persoalan ni... sama-sam kita tungguuu...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

tak semua perempuan bertudung begitu brot.........


 


""Di awal 90-an, bilangan org bertudung semakin
ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua
dgn wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di
sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di
politeknik malah beberapa pengacara televisyen &
radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah
tetapi.......  




 


Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita
bertudung tidak akan ditemui di taman-taman
bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan
tgn dgn teman lelaki, dipanggung wayang atau
kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya
drpd calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn
mudah kita boleh jumpa wanita bertudung
berpeleseran
dgn teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai
dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-
kadang
akai tudung pun tidak sempurna mengikut
syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh.
Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak &
tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih
buruk drpd mereka yg tidak memakai tudung atau
buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak
sembahyang. Imej wanita bertudung telah
tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan
tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana
mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu
bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung
wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke
tempat hiburan & sebagainya.

Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan
utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam
lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi,
maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada
hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan
pemakaian tudung. Ramai wanita yg memakai
tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn
suasana. Mereka lihat adik beradik, teman
sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai
memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana
mereka sahaja yg masih tidak bertudung.
Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk
memakai tudung, walaupun hati tidak berapa
menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai
tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala
orang lelaki yg hendak berkahwin pun memberi
syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah
bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain
memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka
pun hendak memakainya, tanpa mengetahui
tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung.
Ada juga yg terpaksa memakai tudung kerana
desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu
menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai,
sekejap buka.Lantaran itulah nilai org yg
bertudung pada hari ini sudah menurun.

Sudah tidak semahal wanita yg bertudung awal-
awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah yg belum
kelihatan berjalan- jalan di taman bunga atau di
tempat tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah
sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg
memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas
dasar ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka
perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya.
Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas,
walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong.
Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk
menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn
Allah walaupun di di dunia mereka berjaya
membohongi mata manusia mengatakan mereka
juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti,
niat sebenar & apa yg ada di dalam hati mereka
akan diselongkar & didedahkan oleh Allah
dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat
manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang
sahabat :
" Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai
keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu
Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang
diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana
Allah."

Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn
bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg
berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi
tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki
memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya
tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni
bertudung tetapi masih nampak pangkal leher,
bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat,
malah semakin berdosa kalau dgn memakai
tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh
hati.
Dikala itu tudung bukan menjadi alat
menutup aurat, tetapi menjadi alat utk berhias.
Wanita begini bukan mendapat pahala dgn
menutup aurat tetapi
mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu
tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran
zaman. Sementara yg mengamalkan syariat
kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu
bertahan atau beramal selagi dia berada di dlm
suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari
kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu
bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di
sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu
menggoyangkan imannya.

Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah,
maka seseorang itu
mestilah berilmu dgn apa yg dilakukannya.
Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama
sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan
hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg
lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam
diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam
agar kita tidak mudah tergugat apabila datang
ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di
dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di
luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin
mengikut fesyen semata-mata. "


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard