Mendengar segala peri keburukan yang ada pada masa ini semuanya terletak dalam diri kita semua. Kita adalah kita. Jangan pandang belakang. Tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Pada kita jugalah terletak tanggungjawab. Terus mara kehadapan dan membangunkan organisasi kita seindah dan secantik namanya. Memastikan perjuangan dan masa hadapan PEKIDA berada dalam landasan yang sepatutnya.
Merasa terpanggil dan muhasabah diri bagi membentangkan soal-soal yang melibatkan nama baik PEKIDA maka kita harus melihat sendiri kelemahan bermula dari sesebuah organisasi. Baik buruknya akan dilihat melalui proses yang dibina. Usaha yang giat termasuk memperbanyakkan ruang keilmuan, penghayatan PEKIDA dan aktiviti kebajikan, ruang-ruang ekonomi kepada semua pihak serta lain-lain yang mendatangkan manfaat kepada ahli amat-amat dialukan dengan sokongan dari semua ahli-ahli PEKIDA.
Bagi menghormati hirarki kepimpinan samada dalam bentuk organisasi tersurat mahupun yang tersirat, keistimewaan yang terlalu banyak di dalam PEKIDA merupakan sesuatu yang unik dan begitu suci sekali yang sepatutnya menjadi lambang kemegahan NGO's Melayu iaitu sebagai penyumbang kekuatan dan kebanggaan kaum terbesar di negara ini, MELAYU dan ISLAM. Gambaran, nilai dan kepimpinan yang baik kepada perjalanan PEKIDA hendaklah kita garap, bukan sahaja dipertontonkan tetapi menjadi ikutan dan contoh kepada mana-mana pertubuhan dan organisasi lain baik dari kawasan, daerah atau mana-mana negeri di Malaysia.
Sesebuah organisasi ukhuwah yang berlaku dalam PEKIDA sebenarnya amat senang dibentuk dan disatukan. Kesemua ini hanya melalui konsep permuafakatan kekeluargaan yang mesra ditambah nilai kasih sayang yang mendalam sesama mereka dan sedikit ilmu Kepimpinan Organisasi. Pucuknya tanpa mengenepikan sesiapa dan melalui turutan satu persatu dengan yang tua didahulukan dan yang kecil tidak dipinggir dan dipandang sepi. Dari pengurusan tersurat hingga mereka yang menjadi penasihat tidak dikesampingkan kecuali melalui musyawarah dan majoriti semua pihak. Jadinya, pertubuhan tambah mantap dengan penerapan nilai-nilai keislaman, nilai-nilai kasih sayang serta asas-asas pertubuhan yang telah lama diterapkan dalam diri.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama belajar, bertanya khabar kepada mereka-mereka yang telah melalui kejayaan dan merasai keindahan PEKIDA sebenar yang telah diasaskan. Semak dan perhatikan kepada kejayaan yang telah tercipta, kecemerlangan organisasi yang telah dibina dan tumpukan kepada kejayaan-kejayaan ahli. Ianya berada dimana-mana cuma kadangkala ianya tidak dilihat semua. Teruskan kepada membina lebih banyak kecemerlangan dengan penglibatan semua pihak bukan terarah kepada satu pihak. Amat mustahil bagi mecapai kecemerlangan jika kejayaan sebenar tidak ditunjukkan. Bagaimna mahu dijadikan ukuran. Arah perjuangan lalu telah berubah, tetapi asas kita tetap satu, AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR. Untuk agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Amat malang jika organisasi kita yang cantik dan indah ini tidak dijaga. Dibangun dan dipelihara, dibaja dan disiram agar kembang mekar, harum sehingga mewangi kepada semua. Aspek pembangunan insan kepada setiap lapisan ahli seiring dengan kepesatan yang berlaku. PEKIDA hari ini sepatutnya telah berjaya sejak awal lagi. Cuma hari ini, inilah tanggungjawab dan cabaran buat kita semua bukan lagi retorik semata-mata.
salam.../// Pikirkan,Renungkan,Ceritakan,Lakukan,Amalkanlah....../// Untuk kita bersatu.....Bukan Bergaduh,Bertengkar tentang benda yang di panggil Merah&Puteh.....itu kerana ada yang tersurat dan ada yang tersirat.....Pikirkan... Teruskan Perjuangan Tersurat&Tersirat Kita untuk AGAMA ISLAM...BANGSA ISLAM.....TANAH AIR ISLAM ...../// ///
salam.../// Pikirkan,Renungkan,Ceritakan,Lakukan,Amalkanlah....../// Untuk kita bersatu.....Bukan Bergaduh,Bertengkar tentang benda yang di panggil Merah&Puteh.....itu kerana ada yang tersurat dan ada yang tersirat.....Pikirkan... Teruskan Perjuangan Tersurat&Tersirat Kita untuk AGAMA ISLAM...BANGSA ISLAM.....TANAH AIR ISLAM ...../// ///
..yer setuju dengan saudara selendang putih bersatu demi AGAMA BANGSA dan NEGARA
Saya ada menonton NTV7 baru2 ni berkenaan pelacur umur 13 tahun di kawasan bus station lama di Bandar Melaka...apa tindakkan pekida negeri untuk menangani gejala itu ?
saudara2 seperjuangan sekelian ingat sumpah & janji....taat kepada pemimpin...jaga agama dan bangsa...saya merayu hentikanlah pertelingkahan yg tidak membawa apa-apa keuntungan pada negara....kembali bersatu...apa untung bermusuhan....tolonglah...hentikanlah....
ingat api yg kecil yg tidak dikawal boleh membawa mudarat yg maha hebat...istighfar....kembalilah pada ALLAH dan ajaran RASULULLAH S.A.W...
saudara2 seperjuangan sekelian ingat sumpah & janji....taat kepada pemimpin...jaga agama dan bangsa...saya merayu hentikanlah pertelingkahan yg tidak membawa apa-apa keuntungan pada negara....kembali bersatu...apa untung bermusuhan....tolonglah...hentikanlah.... ingat api yg kecil yg tidak dikawal boleh membawa mudarat yg maha hebat...istighfar....kembalilah pada ALLAH dan ajaran RASULULLAH S.A.W...
ya mari semua kita hentikan segala petelingkahan. buang yang keruh ambil yang jernih, kita kan dah berjanji bersaudara. tautkan kembali tali persaudaraan bersatu kita untuk Agama Bangsa dan Negara
kekanda-kekanda izin kan adinda menyuarakan pendapat dan pandangan....
sebenarnya dalam hidup ini kita ada tiga jalan,
jalan yang pertama ialah yang lurus
yang kedua jalan yang sedikit melencong
dan yang terakhir jalan yang terlebih lencongannya
yang baik sekali adalah jalan yang lurus.....
yang tak baik dah tentu jalan yang terlebih lenconganya...
pada adinda biarlah kita di jalan yang sedikit melencong kerana untuk kita ke jalan yang lurus adalah cerah,tetapi untuk ke jalan yang terlebih lencongannya pun cerah juga,
disini adinda ingin menerangkan bahawa jika kita berada di jalan sedikit lencong itu kita dapat merasai perkara yang baik dan buruk,maka setelah kita merasai kedua-duanya maka kita berbalik pada diri kita dan bertanya jalan yang mana yang harus kita pilih dimana jalan kebaikkan..jadi terpulang pada diri sendiri,jika seseorang itu memilih jalan yang lurus alhamdulillah syukur,tetapi jika dia mengambil jalan yang terlebih lencongannya maka kita sebagai adik beradik dalam PEKIDA harus membimbing mereka agar tidak jauh tersesat....
jadi terpulanglah kepada semua jalan mana yang harus di pilih dan jalan yang mana yang terbaik di dunia dan akhirat....
sekian...jika ada terkasar bahasa adinda mohon sejuta kemaafan,pendapat adinda ini hanyalah sekadar renungan buat semua...
berbaliklah dan berpatah balik la ahli2 jemaah yg berkenaan, ikutlah fahaman 'kitab lama' serta berlandaskanlah dgn 30 juzuk dan hadis al quran... amen... Amar Maaruf Nahi Mungkar ///
Lepas satu...satu lagi masalah yang datang...Dunia....Dunia...Depa taktau yang kita nie sayang kat depa...sameČ la ikhtiar...harap semua Jemaah dapat kontrol masalah nie...insyaallah...
A'kum... Lepas satu...satu lagi masalah yang datang...Dunia....Dunia...Depa taktau yang kita nie sayang kat depa...sameČ la ikhtiar...harap semua Jemaah dapat kontrol masalah nie...insyaallah... Wallahualam bisawab...