isk...isk...isk...sayu hati saya nengok gambar kat paper semalam...apa pun kepada mangsa tragedi,semoga tenang dengan cubaan dr Allah,itu baru kena kat diaorang,kalau kena kat saya sendiri......masyaAllah.
quote: Originally posted by: zackbikers "Sesapa ada dan ingin berkongsi maklumat mengenai tragedi kebakaran di Pantai Dalam bolehlah berkongsi di topic ini. Terima kasih."
Assalamualaikum..maafkan hamba nak tumpang lalu & tumpang mencelah...ini soalan nak menyiasat atau nak simpati dgn mangsa kebakaran..??? bahaya tulis begini!!!
Apa la hangpa ni. Tanya sikit camni pun dah gabra. Maksud pertanyaan ni nak dapatkan maklumat pada sesapa yang tahu detail pasal kebakaran tu. Kena la tanya basic dulu, baru update dengan pertanyaan detail. Pertanyaan ni untuk dapatkan maklumat berapa ramai mangsa yang terlibat, berapa banyak rumah yang musnah, dimana mereka ditempatkan sementara, keperluan yang diperlukan dan macamana nak sampaikan sumbanga. Itupun susah ker? Adooooi.
R&D Pekida Pusat perlukan maklumat ini untuk buat survey bagi sampaikan sumbangan. Ada faham?
Seorang anggota bomba menyelamatkan seorang remaja wanita yang pengsan dalam kebakaran rumah setinggan di Kampung Simpang Tiga, Jalan Kubur Pantai Dalam, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 24 April - Kira-kira 1,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila 70 unit rumah setinggan hangus sama sekali dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Jalan Kubur, Pantai Dalam dekat sini petang ini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang itu.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Mohd. Hamdan Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.52 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Dalam tiba pada pukul 3.01 petang.
Menurutnya, sebanyak lima jentera terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu membabitkan 60 pegawai serta anggota.
``Balai bomba yang terlibat ialah Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Dalam, Jalang Hang Tuah, Jalan Tun Razak, Sungai Besi serta Jalan Klang Lama.
``Penguasa Bomba, Ibu Pejabat Bomba Kuala Lumpur, Abu Obaidat Mohamed mengetuai operasi tersebut dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.55 petang di samping bantuan hujan lebat yang meredakan keadaan api,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Hamdan berkata, punca kebakaran dikatakan bermula dari sebuah rumah di kaki bukit sebelum merebak ke sepanjang lereng bukit berkenaan yang menempatkan rumah-rumah setinggan.
Bagaimanapun, beliau menambah, punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Katanya, angin kencang sewaktu kejadian menjadi faktor api cepat merebak selain rumah diperbuat daripada kayu dan dibina begitu rapat.
Tambahnya, bomba mengalami kesukaran memadam kebakaran pada peringkat awal memandangkan tiada bekalan air yang sistematik di kawasan terbabit.
``Kita terpaksa menggunakan 20,000 gelen air tambahan daripada tangki dua jentera sebagai usaha mendapatkan bekalan serta tekanan air.
``Operasi memadam kebakaran itu dianggap berjaya dengan bantuan penduduk-penduduk setempat kerana dapat menyelamatkan 130 buah rumah lain di kawasan tersebut,'' ujarnya.
Sehubungan dengan ini, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mengendalikan bahan-bahan yang mudah terbakar.
Dalam pada itu, penduduk yang terbabit dengan kebakaran itu akan ditempatkan sementara di sebuah Tabika di kawasan berkenaan di samping ada yang tinggal di rumah saudara mara.
Tinjauan ke tempat kejadian mendapati rata-rata penduduk yang terbabit dalam kebakaran itu hanya dapat menyaksikan satu persatu rumah mereka hangus tanpa mampu berbuat apa-apa.
Lebih memilukan lagi apabila melihat beberapa remaja cuba berusaha menyelamatkan peralatan serta buku sekolah mereka namun setelah diselamatkan kemudiannya basah pula ditimpa hujan.
hamba turut bersimpati dengan nasib2 penduduk di Kampung Simpang Tiga, Jalan Kubur, Pantai Dalam. dah name kampung pun dah dalam. sure ramai adik-beradik dalam di sana. semuga adik- beradik di sana TABAH dengan duagaan dari ILLAHI.
p/s:- Kampung Simpang Tiga
__________________
lll JKB TS utusan ALLAH - kau dan aku sama, satu junjung, satu ikrar, satu hati lll
Memang patut pun kene banned... baru beberapa jam masuk daftar dah pandai hemtam orang... tak macam newbie biasa laaaa.... nasib baik saya bukan moderator... kalau saya moderator memang la saya posting kan dia punya IP yg sama dengan nick dia yg lain lain tuuu...
quote: Originally posted by: MdArif Memang patut pun kene banned... baru beberapa jam masuk daftar dah pandai hemtam orang... tak macam newbie biasa laaaa.... nasib baik saya bukan moderator... kalau saya moderator memang la saya posting kan dia punya IP yg sama dengan nick dia yg lain lain tuuu..."
hermmm, ader penyanyi ropanyer ekkk yang kene banned??? kesian dan sekian lah riwayat penyanyi tersebut.INNALILLAH...
for sure si penyanyi nih, pandai menyanyi dan ada sikit-sikit bakat berlakon. padehal, DIRECTOR nyer yang atur dah macam kartun. naik bengkek lah buatnyer erk...
apelah ader pade hentam-hentam. silap hentam, mata naik hitam lebam.hahahaha... nasib korang lah LABUUU...
p/s:- macam LABU dan LABI...
__________________
lll JKB TS utusan ALLAH - kau dan aku sama, satu junjung, satu ikrar, satu hati lll
quote: Originally posted by: flash " apa ler nasib mereka ketika ini..........?"
Alhamdulillahhh...
Musibah itu telah memanggil banyak pihak untukmenghulur bantuan. Mereka telah di tempatkan di rumah baru. Bantuan pelbagai bentuk datang mencurah curah.
tak ketinggalan juga sumbangan dan kunjungan silatulrahim dari UNIT R&D PEKIDA MALAYSIA PIMPINAN KEKANDA DR HJ MASJUKI. TAHNIAH.
__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///