"ALLAHUMAFTA ALAINA HIQMATAQAWANSHUR ALAINA MINQHAZA HINIROH MATHIQAYA AR HAMA ROHIMIN...."
assalamu alaikum kepada saudara2 sekalian forum, di sini ingin saya bertanya mengenai insuran diri. saya bukan pegawai insuran, tetapi cuma mahukan pendapat ikhlas dari saudara2 forum 'kita'. soalannya, insuran dari syarikat manakah yg lebih elok dan berguna untuk saya sertai? soalan begini mungkin berguna bagi sesiapa masih tidak mempunyai insuran diri mahupun yg tidak tahu untuk memilih yg mana satu idaman kalbu. chewahhh... pandangan dari semua pihak amat diperlukan tapi dengan keikhlasan dan kejujuran. lebih banyak pandangan lebih banyak pengetahuan yg dapat kita kongsi bersama.....
__________________
DIAM tidak semestinya LEMAH, banyak CAKAP tidak semestinya KUAT,....ikut resam padi, makin tunduk makin berisi....
Saya ingin bertanya apakah hukum kita membeli insuran nyawa?
Hukum membeli insuran nyawa adalah haram kecuali pengendaliannya secara Islam. Sila rujuk dengan Syarikat Takaful Malaysia untuk keterangan lanjut. Haramnya insuran tersebut menurut ulamak adalah kerana beberapa perkara yang diantaranya:
Perjanjian yang majhul ( tidak jetas).
Akad yang dilafazkan adalah tidak jelas iaitu tidak disebut harga, tempoh dan sebagainya. Kebanyakan syaratnya abstrak, contoh nya - kalau awak mati, kalau awak patah kaki dsb.
Hak peserta.
Apakah hak penerima untuk mendapat lebih dari yang disimpan?
Secara logiknya tentu ada pihak yang akan teraniaya - peserta yang tidak menuntut misalnya.
Unsur Riba
Terdapat unsur riba dalam pengurusan Insuran yang berasaskan simpanan.
Ini pula drp website ini.... http://www.ikhlas.biz/fatwa.php Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Keputusan 1 Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus.
Keputusan 2 Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) b. Mengandungi unsur judi. c. Mengandungi muamalah riba.
Oleh : Persidangan ke 16 Tarikh Keputusan : 15 Feb 1979 Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979
Aqeera00: Apakah ciri2 insurans nyawa/diri yg baik, saya rasa saudara perlu mengetahui sebab2 saudara perlukan insurans... saya harap ianya akan membantu saudara... ataupun saudara cuba mencari jawapannya daripada search engine... yahoo ker, goggle ker, cari ker.. dari situ saudara blh mendapat berbagai2 jawapan daripada pertanyaan saudara... Jika ciri-ciri tersebut ada, maka itulah insurans diri yg bagus utk kita.. wallahu alam
1. Melindungi pendapatan sedia ada sekiranya berlaku musibah Kematian atau kemalangan berlaku tanpa diduga. Jesteru persediaan awal perlu dilakukan bagi melindungi pendapatan sedia ada sekiranya berlaku musibah. Ia menjadi lebih penting sekiranya anda adalah ketua keluarga. Kerana isteri dan anak- anak bergantung sepenuhnya dengan anda. Ia juga penting bagi para lepasan ijazah kerana anda adalah harapan ibubapa. Setelah mereka membayai pembelajaran anda semenjak kecil kini mereka sudah tua dan pastinya teringin merasa hasil titik peluh anda pula. Sekiranya anda ditimpa musibah, apakah persediaan anda untuk mereka?
2. Menabung untuk masa depan Ramai orang membuat tabungan di dalam bank. Namun kini adalah pilihan yang lebih baik iaitu menabung di takaful. Takaful merupakan satu bentuk tabungan untuk masa hadapan di samping menyediakan perlindungan untuk pesertanya. Contohnya, jika seseorang yang menabung di bank RM2,000 setahun, berapa lamakah yang dia perlukan untuk mempunyai sejumlah RM100,000? Betul – 50 tahun yang mana ia merupakan satu jangkamasa yang agak panjang. Namun di takaful, apabila kematian atau kecacatan kekal berlaku, waris atau peserta itu sendiri dijamin menerima sejumlah RM100,000. (*mengikut jumlah seperti yang terdapat didalam akad setiap peserta. Ini hanya sekadar contoh.)
3. Sebagai persediaan untuk pendidikan anak-anak Kos pendidikan kian meningkat saban tahun. Jesteru melalui takaful pendidikan contohnya, ia merupakan salah satu langkah persediaan ibu bapa untuk anak-anak mereka. Ia juga dapat mendisiplinkan ibu/bapa untuk membuat tabungan selain memberi perlindungan untuk anak-anak. Tabungan pendidikan tersebut juga adalah terjamin walaupun ibu/bapa tidak dapat meneruskan sumbangan samaada diakibatkan oleh kematian atau keilatan kekal.
4. Untuk mendapatkan kemudahan hospital dan perubatan Di Takaful Ikhlas, terdapat rider untuk penyakit kritikal . Jumlah pampasan ini dapat membantu peserta sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal bagi menambah kos untuk mendapatkan kemudahan hospital dan perubatan. Manakala manfaat harian hospital sekurang-kurangnya dapat menggantikan pendapatan harian sekiranya dimasukkan ke wad.
5. Mendapat bantuan sekiranya berlaku keilatan kekal (disability) Apabila seseorang itu mendapat kecacatan kekal, maka dia sudah tidak mampu untuk mencari pendapatan untuk menampung kehidupannya. Dengan adanya pampasan dari takaful, ia dapat meringankan beban peserta dan dapat menampung kos rawatan akibat kecacatan tersebut.
6. Menunjukkan sikap kasih saying dan perihatin kepada ahli keluarga Dengan meyertai takaful, ia dapat menunjukkan sikap kasih sayang dan perihatin kepada ahli keluarga. Ini bermaksud, sekiranya di timpa musibah, peserta tersebut telah menyediakan satu dana untuk keluarganya, Jesteru, mereka tidak perlu meminta-minta atau menunggu belas ehsan dari orang lain. Bagi anak-anak yang mengambil takaful untuk ibubapa mereka, ini adalah salah satu cara penghargaan anda kepada mereka. (Ikhlas Warga Emas Takaful) –link
7. Mendapat pengecualian cukai Di dalam Budget 2005, Perdana Menteri telah mengumumkan pelepasan cukai bagi KWSP, takaful dan insurans hayat sebanyak RM6,000. Manakala pelepasan untuk pendidikan anak-anak tetap pada kadar RM3,000. Ini menunjukkan kerajaan turut memberi penekanan tentang pentingnya setiap individu untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu pelan takaful sebagai salah satu cara menabung untuk masa hadapan.
8. Membina tabung untuk persaraan Sekiranya tidak berlaku musibah, peserta akan menerima manfaat tempoh matang yang merupakan simpanan mereka yang disertakan Mudharabah (perkongsian keuntungan). Ini secara tidak langsung telah membina satu tabung untuk persaraan peserta.
9. Bersiap sedia untuk membayar hutang Rentetan kos hidup yang tinggi, ramai yang terpaksa menanggung hutang bagi mengecapi keselesaan hidup. Oleh yang demekian, dengan menyertai takaful wang pampasan yang dituntut boleh digunakan untuk melunaskan hitang simati. Seandainya tiada musibah yang menimpa, sejumlah simpanan apabila tempoh matang sijil turut boleh digunakan untuk membayar hutang yang belum langsai.
10. “Peace of Mind” Peserta takaful tidak perlu bimbang sekiranya musibah menimpa mereka kerana telah membuat persediaan awal. Seperti kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”. Dengan wang pampasan yang diterima sekurang-kuranya dapat meringankan beban ahli keluarga yang ditinggalkan.
11. Perbelanjaan untuk pengkebumian Pada kebiasaannya, di kampung-kampung satu tabung khairat akan diwujudkan apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia. Dengan penyertaan peserta bersama takaful, dana tersebut memang telah diwujudkan sejak dari awal sebagai persediaan perbelanjaan pengkebumian.
12. Membantu peserta yang ditimpa musibah Musibah datang tanpa mengira siapa dan tidak kira bila dan dimana. Jadi, wang pampasan dapat membantu peserta yang ditimpa musibah.
13. Kerana masih boleh menyertai (belum terlambat) Oleh kerana anda mempunyai kesedaran awal, jadi masih belum terlambat untuk anda mengambil salah satu pelan takaful. Jangan sampai sudah jatuh ditimpa tangga, barulah anda merasa menyesal kerana tidak menyertai pelan ini semasa anda masih sihat dan mempunyai kemampuan. Sesungguhnya malang tidak berbau!
“Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad & Imam Abu Daud)
Ambillah Insuran Takaful (Islamic), dimana setiap ahli akan bertanggunjawap kepada setiap ahli. Nak lebih jelas ageera dah jelaskan, atau masuk website syarikat takaful yang ada banyak penerangan disitu. Persoalan Syarikat insuran mana tu, biarlah yang dimiliki oleh orang kita.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
terima kasih kepada aqeera di atas pandangan dan penerangan yg telah di berikan. setelah membaca posting saudara, saya telah membuat keputusan memilih takaful insurans sebagai insuran saya. INSYALLAH, saya akan buka akaun di takaful hujung bulan ini. dan pada rakan2 yang lain, ape lagi? takkan tak mahu buat persedian untuk masa akan datang. pilihan di tangan anda kerana ia adalah masa depan anda dan keluarga. hehehe..lapang skit otak ni...dah lamer giler dok pikir pasal insuran ni. terima kasih juga kepada betara kerana saranan saudara, ungkuomar kerana reply topic ni.
SYUKRAN.....SYUKRAN......SYUKRAN.........
__________________
DIAM tidak semestinya LEMAH, banyak CAKAP tidak semestinya KUAT,....ikut resam padi, makin tunduk makin berisi....
quote: Originally posted by: anakomar "Thanks a lot aqeera... contoh forumner yang ilmiah.. sepatutnya inilah hala tuju forum PEKIDA.. forumner lain pun dapat manafaatnya..."
betul tu bro anakomar.sentiasa memberi tunjuk ajar sesama kita.alhamdulillah
__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action".
-syedezree@pekida.org-
alhamdulillah.. segala2nya perlulah dimulakan dari akar umbi lagi dan dlm institusi keluarga sendiri... harap apa yg kita tahu perlulah dikongsi bersama...
p/s: makin byk kita tahu, makin byk kita tak tahu.... "BACALAH.... SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DLM KERUGIAN"