Dewan Rakyat bocor, bergelap: RM80 juta itu buat apa? Friday, April 29 @ 11:28:03 MYT
Oleh DIN KG TUALNG
Dulu-dulu negara heboh bila makmal-makmal komputeri di sekolah roboh, bumbungnya runtuh, alang rasuknya patah. Pernah terjadi dinding sebuah sekolah di Melaka terbalik, akibat pembinaan tidak menurut spesifikasi, mujur bukan waktu persekolahan.
Selepas dikaji dan diselidik (bukan oleh BPR, tetapi oleh pemerhati bebas), rupanya peruntukan yang sampai ke tangan sub-kontraktor kadang-kadang hanya suku dari jumlah yang dikutip kontraktor utama.
Maknanya, kalau peruntukan itu RM1 juta, maka yang digunakan untuk membina dan menyelenggara (ada satu pakej lain untuk menyelenggara dan membaik-pulih bangunan sekolah), hanya lebih kurang RM250,000.
Bagi saya, dalam kes seperti ini, jangan disalahkan subkontraktor yang terpaksa menipu itu, salahkah ketamakan tanpa batas kroni yang memakai jaket kontraktor utama. Mereka membahagikan duit "rompakan" di siang hari itu kepada pelbagai peringkat "penyamun".
Tapi, isu bangunan sekolah itu bukan hal yang saya nak bangkitkan. Saya lebih tertarik untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di Dewan Rakyat semalam, sehingga terpaksa ditangguhkan selepas silingnya bocor dan air melimpah ke dewan persidangan. Bekalan elektrik pula terputus.
Ia menimbulkan tandatanya kerana bangunan itu baru saja diubahsuai, sehingga menelan belanja RM80 juta. Kita pun mahu tahu siapa sebenarnya yang mendapat kontrak RM80 juta itu, apa pula perincian kerja yang dibuatnya. Apakah kontraktor utama telah menyerahkan bulat-bulat kepada subkontraktor, dan berapa pula harga kerja itu?
Tragedi kebocoran Dewan Rakyat itu cukup memalukan, tetapi ia tidak seharusnya berhenti di situ saja. Satu siasatan mesti dilakukan segera. Tentu ada seruan supaya BPR masuk campur.
Pada hemat saya, banyak sangat insiden yang BPR hanya kacau daun saja. Bila berlaku isu-isu macam ini cepat saya buat kenyataan akan siasat, tapi hasil siasatan siapa pun tak tahu. Cubalah semak laporan media, berapa banyak dakwaan BPR akan siasat itu dan ini, akhirnya ... sonyap aja - UM
Duit yang dibelanjakan adalah duit rakyat...
Puak2 nie betul2 bagi malu PAK LAH
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
betol tu. saya sokong cakap tongkat. sebab tu la r n d pekida di tubuhkan. untuk mendidik kiter semua yg kurang didikan. yg banyak kena bantu yg kurang. tak kira la dari segi kewangan, ilmu, pendapat dan sebagainya. HIDUP R N D PEKIDA. tapi saya blom pi kursus kat kajang lagi. insyallah akan sampai juga nanti.....
p/s: kalau dah jodoh takkan kemana.........
__________________
DIAM tidak semestinya LEMAH, banyak CAKAP tidak semestinya KUAT,....ikut resam padi, makin tunduk makin berisi....
Sehabat-sehabat seklian, cost membaiki kebocoran di Parlimen cuma RM60.saja, bukan RM80 juta sebagai mana yang dikatakan. dan BPR buat kerja bukan macam mee magie. Harap dengan penjelesan ni bolehlah kita renongkan, siapa yang gopoh gapah membuat tuduhan dan akhirnya dia dan keluarganya juga yang mendapat malu.