Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: NAK TAHU SIAPA OWNER SURAT BERANTAI-BACA!


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:
NAK TAHU SIAPA OWNER SURAT BERANTAI-BACA!


Ingin tahu siapakah penulis surat berantai yang dikatakan dari saorang
Sheikh? Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang
kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya
bacalah keterangan dibawah ini:

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN
BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh
paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75
untuk mengelirukan umat Islam.

Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang
paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam,
nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto
Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik
antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa
meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga
makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada
penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga
makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi
Al-Quraisy (1881- meninggal dunia1932) anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal
Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya
Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara1966) dan anak
saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi
Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat
dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada
tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini
kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum
beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap
semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor ketika itu mengisytiharkan bagi
pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan
risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad
melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa
yang telahpun dikirimkan risalah ini".(Surat Keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di
Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah,
Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam
menyekutukan Allah S. W. T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra)
serta mempermainkan Rasulullah S. A. W. serta menyebar dengan niat tidak
baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini
menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi
Muhammad S. A. W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD
sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman
1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad
secara tidak gt; sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika
sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya.
Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain,
jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat.
Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan
boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".

Awas Syirik dalam Email dan SMS

Assalamualaikum... Dengan izin Allah, teknologi kini telah memudahkan kita
berkomunikasi secara telefon dan juga e-mail. Tapi, jgnlah sesekali kita
lupa bahawa dosa datang dgn pelbagai cara, walaupun dalam bentuk email.
Kenal kah kamu apa itu syirik? Banyak yang akan menjawab, "Ya, saya kenal.
Dan itu adalah satu dosa yang besar." Tetapi jika ditanya jikalau kamu sedar
bahawa kebanyakan kali, syirik datang dalam cara email dan sms, ada yang
akan berjawab, "Syirik wujud apabila kamu berniat di hati bahawa kamu
sembah/percaya pada yg lain selain Allah SWT."

Pernahkah saudara/saudari menerima email/sms seperti sedemikian? "Hantarlah
kepada tujuh orang dan sesuatu yang baik akan jadi kepada kamu" atau "Jika
email ini tidak disampaikan kepada sekurang-kurangnya 7 orang, hidup kamu
akan dipenuhi dgn penuhi kesedihan dan kesusahan" Kebanyakan kali kita
menerima email seperti ini dalam bahasa Inggeris. Dan di hantarkan nya email
itu bukan sahaja kepada tujuh orang, malah ada sehingga semua rakan-rakan yg
dikenalinya. Berfikirlah. Adakah email itu berkuasa? Wahai kawan-kawan yang
disayangi, malapetaka tidak datang tanpa keizinan Allah SWT, dan apa sahaja
yang terjadi adalah dgn izin-Nya. Oleh itu, kita tidak boleh mempercayai
kata-kata tersebut dan jika kita menyampaikan email itu seperti disuruh
kerana berasa takut akan dihimpa malapetaka, itu adalah syirik. Tetapi jika
email itu dihantar kepada kawan-kawan dgn niat untuk menyampaikan sesebuah
message yang berfaedah, maka itu bukan syirik. Jgn sesekali kita mempercayai
kata-kata yang boleh menimbulkan syirik. Insya Allah, kamu akan
dilindungi-Nya. Saya berharap message ini dapat disampaikan kepada yang lain
supaya kelakuan syirik dapat dikurangkan. Dan jgn lupa jika pernah sesekali
kamu syirik, bertaubatlah!! - Allah SWT Maha Pengampun.


Sebarkan


__________________
PenangKia©


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Jadikan lah article ini sebagai teladan...


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Hari ni mende macam ni dah jadi biasa...


Kita dah jadi pak turut...


Orang terjun lubuk, kita pun terjun jugak!!



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:

sebagai umat islam adalah perlu untuk kita mengatahui perkara2 yg brkaitan akidah..syirik dah masuk bab penyelewengan akidah..bila akidah dah tak betul camner kita nak mengaku sebagai islam..kenkadang kita tak sedar bahawa kita dah terlucut akidah..contoh nyer cam syirik tu la...apabila kita mempercayai kuasa selain Allah..tanpa sedar kita dah syirik dah..ape2 pun kene cari guru ngaji bab2 agama ni ngan lebih mendalam agar dapat menjadi panduan hidup kita..rajin2 la kita beristigfar dan mengucap syahadah..



__________________
perdana


Veteran

Status: Offline
Posts: 91
Date:

Menda macam ni bukan takat kita jer yg dah terpesong, malah banyak orang tua tua yg paling suka ikut ikut menda cam ni... Ada yg dah pangkat dato pun, dah jadi pengerusi mesjid pun, dah selalu cakap pasal agama pun... tapi dok main ngan menda kurafat cam ni... kesiannnn...


Semua ni kes jahil, dah la tu susah nak di ajar sebab dah terlalu tebal kejahilan... ibarat daki yg dah beratus tahun tak mandi... dan berjaya di pesongkan oleh yahudi... dari zaman sebelum merdeka lagi ...


 


 


 



__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

ya allah jauhkan kami dari segala kekurafatan....

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:

quote:

Originally posted by: natural

"ya allah jauhkan kami dari segala kekurafatan...."

 insyaallah ...............na;'u zubillah himinzalik !!! AMIN...........

__________________
PenangKia©


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

jadikan ikhtibar atas segala yg berlaku..............


masa untuk kita perkemasakan diri telah tiba.




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Veteran

Status: Offline
Posts: 44
Date:

assalamalaikum.w.b.t


merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 36:


(dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkannya.)


semoga dengan adanya ilmu pengetahuan,dapatlah kita mengenalpasti mana yang hak dan mana yang batil..


semoga mendapat petunjuk..


walhamdulillahirabbil alamin..



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 80
Date:

quote:

Originally posted by: anakomar

"Hari ni mende macam ni dah jadi biasa... Kita dah jadi pak turut... Orang terjun lubuk, kita pun terjun jugak!!"


betul tu bro... hari hari kita baca tunjukki kami jalan yg lurus... tapi tak nampak nampak jalan lurus tu... tetap jugak bengkang bengkok... berliku liku...


ni yg nak berjihad di jalan allah... fi sabilillah pun entah mana jalannya... samar samar... akhirnya termasuk lorong lain... salah jalan...


so memasing pakat pakat check la jalan yg sedang di lalui... betul ke perjuangan fi sabilillah, pada jalan allah ada unsur gangster dan bonzer, ada arak dan judi, ada dangdut dan disko... ada pau sana pau sini...


HUHHHH JAUH NYERRRR MENYIMPANG...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard