Ingin tahu siapakah penulis surat berantai yang dikatakan dari saorang Sheikh? Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya bacalah keterangan dibawah ini:
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam.
Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881- meninggal dunia1932) anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor ketika itu mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S. W. T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S. A. W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak gt; sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".
Awas Syirik dalam Email dan SMS
Assalamualaikum... Dengan izin Allah, teknologi kini telah memudahkan kita berkomunikasi secara telefon dan juga e-mail. Tapi, jgnlah sesekali kita lupa bahawa dosa datang dgn pelbagai cara, walaupun dalam bentuk email. Kenal kah kamu apa itu syirik? Banyak yang akan menjawab, "Ya, saya kenal. Dan itu adalah satu dosa yang besar." Tetapi jika ditanya jikalau kamu sedar bahawa kebanyakan kali, syirik datang dalam cara email dan sms, ada yang akan berjawab, "Syirik wujud apabila kamu berniat di hati bahawa kamu sembah/percaya pada yg lain selain Allah SWT."
Pernahkah saudara/saudari menerima email/sms seperti sedemikian? "Hantarlah kepada tujuh orang dan sesuatu yang baik akan jadi kepada kamu" atau "Jika email ini tidak disampaikan kepada sekurang-kurangnya 7 orang, hidup kamu akan dipenuhi dgn penuhi kesedihan dan kesusahan" Kebanyakan kali kita menerima email seperti ini dalam bahasa Inggeris. Dan di hantarkan nya email itu bukan sahaja kepada tujuh orang, malah ada sehingga semua rakan-rakan yg dikenalinya. Berfikirlah. Adakah email itu berkuasa? Wahai kawan-kawan yang disayangi, malapetaka tidak datang tanpa keizinan Allah SWT, dan apa sahaja yang terjadi adalah dgn izin-Nya. Oleh itu, kita tidak boleh mempercayai kata-kata tersebut dan jika kita menyampaikan email itu seperti disuruh kerana berasa takut akan dihimpa malapetaka, itu adalah syirik. Tetapi jika email itu dihantar kepada kawan-kawan dgn niat untuk menyampaikan sesebuah message yang berfaedah, maka itu bukan syirik. Jgn sesekali kita mempercayai kata-kata yang boleh menimbulkan syirik. Insya Allah, kamu akan dilindungi-Nya. Saya berharap message ini dapat disampaikan kepada yang lain supaya kelakuan syirik dapat dikurangkan. Dan jgn lupa jika pernah sesekali kamu syirik, bertaubatlah!! - Allah SWT Maha Pengampun.
sebagai umat islam adalah perlu untuk kita mengatahui perkara2 yg brkaitan akidah..syirik dah masuk bab penyelewengan akidah..bila akidah dah tak betul camner kita nak mengaku sebagai islam..kenkadang kita tak sedar bahawa kita dah terlucut akidah..contoh nyer cam syirik tu la...apabila kita mempercayai kuasa selain Allah..tanpa sedar kita dah syirik dah..ape2 pun kene cari guru ngaji bab2 agama ni ngan lebih mendalam agar dapat menjadi panduan hidup kita..rajin2 la kita beristigfar dan mengucap syahadah..
Menda macam ni bukan takat kita jer yg dah terpesong, malah banyak orang tua tua yg paling suka ikut ikut menda cam ni... Ada yg dah pangkat dato pun, dah jadi pengerusi mesjid pun, dah selalu cakap pasal agama pun... tapi dok main ngan menda kurafat cam ni... kesiannnn...
Semua ni kes jahil, dah la tu susah nak di ajar sebab dah terlalu tebal kejahilan... ibarat daki yg dah beratus tahun tak mandi... dan berjaya di pesongkan oleh yahudi... dari zaman sebelum merdeka lagi ...
__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///
merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 36:
(dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkannya.)
semoga dengan adanya ilmu pengetahuan,dapatlah kita mengenalpasti mana yang hak dan mana yang batil..
quote: Originally posted by: anakomar "Hari ni mende macam ni dah jadi biasa... Kita dah jadi pak turut... Orang terjun lubuk, kita pun terjun jugak!!"
betul tu bro... hari hari kita baca tunjukki kami jalan yg lurus... tapi tak nampak nampak jalan lurus tu... tetap jugak bengkang bengkok... berliku liku...
ni yg nak berjihad di jalan allah... fi sabilillah pun entah mana jalannya... samar samar... akhirnya termasuk lorong lain... salah jalan...
so memasing pakat pakat check la jalan yg sedang di lalui... betul ke perjuangan fi sabilillah, pada jalan allah ada unsur gangster dan bonzer, ada arak dan judi, ada dangdut dan disko... ada pau sana pau sini...