1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
3. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
4. Mata yang paling indah tetapi harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
5. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
6. Yang diinginkan oleh setiap gadis di dunia ini hanyalah seorang suami tetapi apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya..
7. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
8. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa jika dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
9. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan tetapi sesudah kahwin,ia hafal seluruh pertanyaan.
10. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
11. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
12. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingati peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
13. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu yang sukar diperolehinya..
14. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
15. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
16. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampailah saat dia berkahwin.
17. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
18. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
19. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
20. Sesungguhnya tidak wujud wanita yang sangat cantik, yang wujud adalah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
21. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
22. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
23. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
24. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
25. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami akan meringankan setengah beban hidup suaminya.
26. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
sebagaimana yang diperbentangkan tentang lelaki dan perempuan itu,memamg ada benarnya..
"perempuan dijadikan bukan bahagian kaki untuk dipijak,bukan dijadikan dari bahagian kepala untuk dijunjung,tetapi dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki,yang mana terletak di bahagian tepi dekat dengan tangan untuk disayangi dan dilindungi."
..Sesungguhnya tidak wujud wanita yang sangat cantik, yang wujud adalah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan... aduh...lomah den bilo tengok ponyu.......