Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Renungkan


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
Renungkan


Pengajaran disebalik banyak kejadian lemas


 


>Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan beberapa
>kejadian lemas di kolam renang terutamanya di kalangan
>kanak-kanak, juga peristiwa lemas di laut dan sungai
>yang melibatkan orang dewasa.
>
>Apakah hikmah atau pengajaran yang dapat diambil oleh
>kita semua atas semua perkara yang berlaku ini ? Yang
>pasti pihak yang berwajib harus meningkatkan tahap
>keselamatan mereka dan kecekapan mereka untuk
>memberikan rawatan pertolongan cemas. Tapi apa pula
>tindakan yang patut diambil oleh kita semua ?
>
>Dalam Islam perkara ini telah dijelaskan oleh Rasul
>saw sendiri apabila baginda menggalakkan umatnya
>memahirkan diri dalam berenang. Begitu jauh pandangan
>baginda ketika berada di sebuah negara padang pasir,
>yang sukar mendapat hujan, yang tiada sungai-sungai
>yang dalam, tetapi menyuruh umat baginda belajar
>berenang. Setiap sesuatu itu adalah mengikut niatnya,
>jika kita ingin belajar berenang ini kerana hendak
>menghidupkan sunnah baginda maka itulah yang lebih
>afdhal selaras dengan sambutan Maulidur Rasul yang
>beberapa hari sahaja lagi.
>
>Mungkin umat Islam berasa sukar untuk berenang di
>kolam-kolam awam kerana peraturan pakaian renangnya
>yang tidak dibenarkan menutup aurat. Sebenarnya bukan
>pihak pengurusan kolam renang awam yang tidak
>membenarkan penggunanya tidak menutup aurat, akan
>tetapi kita kurang pengusaha-pengusaha pakaian Islam
>yang boleh mereka bentuk pakaian renang yang sesuai
>untuk orang Islam lelaki dan wanita.
>
>Untuk orang Islam lelaki agak mudah sedikit untuk
>mendapatkan pakaian renang yang membolehkan mereka
>berenang di kolam renang awam. Gunakan seluar “tight”
>panjang serta dilapik pula dengan seluar “short” yang
>longgar yang fabriknya daripada jenis yang boleh
>digunakan untuk berenang di kolam renang awam. Ianya
>boleh dibeli dikebanyakkan pasaraya, di Giant Senawang
>ada terdapat seluar tersebut dan kosnya antara RM 30 –
>RM 40.
>
>Agak mengecewakan kolam renang milik Majlis
>Perbandaran yang terletak di Taman Paroi Jaya Seremban
>di kawasan yang majoritinya beragama Islam tidak
>digunakan sepenuhnya oleh penduduk sekitar untuk
>menghidupkan sunnah nabi ini. Belum pun pernah saya
>mendengar mana-mana masjid , surau atau pertubuhan
>Islam yang menganjurkan kursus berenang khususnya
>untuk anak-anak walaupun banyak kejadian lemas
>disiarkan di akhbar. Sedangkan kos untuk berenang di
>tempat tersebut adalah amat murah untuk kanak-kanak ,
>hanya RM 1 selama 2 jam (harap kerajaan akan kekalkan
>kadar ini).
>
>Usia kanak-kanak ialah usia yang paling mudah untuk
>mereka belajar berenang. Kanak-kanak ini haruslah
>diajar berenang dengan cara yang betul. Sikap ibu bapa
>yang membiarkan anak-anak mereka berenang di
>kolam-kolam renang awam yang bahagian kanak-kanak dan
>dewasanya tidak berpagar akan hanya mengundang maut.
>Ibu bapa haruslah memastikan terlebih dahulu anak-anak
>mereka tahu berenang. Anak-anak pula lebih mudah
>belajar berenang jika ibu bapa mereka sendiri yang
>mengajar mereka. Mulakan dengan senaman sebelum
>berenang, teknik menahan nafas, teknik mengambil
>nafas, teknik menghembus nafas dalam air, teknik
>terapung, pengawalan kaki dan tangan ketika berenang
>dan seterusnya.
>
>Oleh yang demikian adalah diseru kepada semua umat
>Islam di Malaysia ini menghidupkan kembali sunnah nabi
>untuk kebaikan kita bersama.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Assalamualaikum///


Benar kata bro shah...Harappihak kerajaan dapat ambil perhatian...Banyak lagi sunah nabi yg perlu dipelajari seperti berenang,berkuda memanah atau zaman sekarang menembak(ikut peredaran zaman) dll...Ni semua utk keselamatan umat islam...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

Waalaikumsalam


terima kasih Abgtongkat30 atas komen abg....kita jangan biarkan melayu kita hilang di dunia, akibat terleka.... ///



-- Edited by shahdamansara at 10:42, 2005-05-05

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Di negara barat mereka ada "Bay wacth" kenapa kat malaysia ni kita tak dapat buat seperti mereka ha... berikan tanggungjawab tu kepada pasukan polis marin kita disamping menjalankan tugas penyelamat pantai ianya akan turut mengurangkan jenayah dipantai... pakaian tak semestinya sama macam dinegara barat...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

terima kasih abg tongkat 30,

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard