Laporan rahsia yang telah bocor menunjukkan pengerusi Joint Chiefs of Staff memberitahu Kongress bahawa militeri AS tidak akan mampu untuk memenangi mana-mana peperangan baru secepat yang dirancangkan dan telah menyangkal jumlah tentera yang dikatakan akan ditempatkan di Iraq tetapi seramai 12,000 tentera.
General Richard Myers, Joint Chiefs of Staff memberi amaran pada hari Isnin bahawa tentera AS kini dalam keadaan berisiko yang tinggi kerana konflit di Iraq dan Afghanistan dan kekurangan tenaga manusia dan sumber. Seterusnya beliau berkata bahawa seramai 138,000 anggota tentera Amerika kini berada di Iraq, menurut Pusat Pemerintahan AS dan seramai 18,000 telah ditempatkan di Afghanistan.
Myers menyampaikan laporan kepada Kongress pada hari Isnin dan mengandaikan bahawa risiko akan meningkat dalam masa setahun atau dua tahun akan datang. Pada masa yang sama, pejabat maklumat tentera AS di Iraq telah mengeluarkan senarai rasmi penempatan seramai 150,000 tentera Amerika. Jumlah ini adalah merupakan satu jumlah yang tinggi yang menyebabkan kita tertanya-tanya kemana hilangnya seramai 12,000 anggota lagi?
Telah menjadi amalan biasa bagi tentera AS untuk menyapu beberapa anggota yang cedera ke bawah karpet; satu amalan yang dilakukan sejak perang dunia kedua, tetapi 12,000 anggota adalah satu jumlah yang sangat besar. Sebelum ini tentera AS hanya melaporkan hanya seramai 4,000 anggotanya yang cedera, tetapi baru-baru ini terdapat satu laporan daripada hospital tentera di German bahawa seramai 40,000 orang.
Kita bertanya lagi, kemana hilangnya anggota tentera?
Kenyataan dari pejabat maklumat tentera AS pada hari Isnin, satu salinan telah diterima oleh wartawan Mafkarat al-Islam, mengandungi senarai nama negara dan jumlah anggota yang mereka tempatkan secara rasmi di Iraq seperti berikut.
Wartawan Markarat al-Islam melaporkan bahawa kenyataan tentera AS menunjukkan bahawa jumlah negara yang telah mengundurkan anggota dari kontingen mereka kerana "mereka tidak diperlukan lagi di sana", tetapi perhatikan jumlah dalam senarai rasmi.
Jadi jika General Myers di Pusat Pemerintahan berkata seramai 138,000 anggota tentera AS kini sedang bertugas di Iraq dan pejabat maklumat tentera AS berkata seramai 150,000 sedang bertugas, siapakah yang bercakap benar dan kemanakah seramai 12,000 lagi anggota tersebut berada. Adakah mereka telah terkorban? Mungkinkah mereka ditanam secara beramai-ramai?
entah2 semua dah mati lemas masa tsunami melanda acheh....Amerika nih ada pengkalan rahsia di tengah lautan hindi....kalo tak silap dan pengakalan tu bentuk muka bumi dia amat rendah dan kalo tsunami tinggi 30 40 kaki senang senang akan melenyapkan pengkalan rahsia....utk pengetahuan semua...pengkalan tu jugak digunakan oleh US utk mengisi minyak bagi jet2 dan pesawat pengebom yg digunakan utk mengebom Aghanistan dan Iraq.....dan kalo betul pengkalan tu dah lenyap....Padam muka mrk.... Sesungguhnya Allah maha merancang tiap2 sesuatu...jgn ingat rancangan kita jer power....kehkehkeh.....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Inilah yang dikatakan betapa besarnya kalimah SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH. ( Asyhadu alla ila ha ilallah wasyhadu anna Muhammad dar Rasulullah). walaupun ramai para mujahid kita yang gugur dalam mempertahankan negaranya tapi angka 12 000 bagi tentera amerika yang hilang bukannya sedikit...