> HUKUMAN gantung sampai mati merupakan hukuman paling berat yang boleh > dijatuhkan ke atas mana-mana orang perseorangan yang didapati melakukan > kesalahan di bawah akta-akta tertentu seperti yang telah diperuntukkan > oleh > undang-undang negara. Hanya seseorang wanita yang sedang mengandung sahaja > boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut tetapi mahkamah boleh > menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup seperti yang termaktub > di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).Berbalik kepada hukuman > mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan > peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan > melaksanakan hukuman yang menakutkan ini.Untuk itu, Jabatan Penjara > Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan > paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang > gantung'.Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh > mana-mana > pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup > mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spirituil. Memang berat tugasan > ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa' tetapi kalau > bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?'' katanya dalam satu > pertemuan baru-baru ini. > > > > Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah > cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah > 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini > juga > mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya > sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut'. Pun begitu, beliau mengakui > tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di > sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya > menjalankan tugas sebagai tukang gantung. Isteri saya sahaja yang tahu > tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun > tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai > `kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan > dengan tugas ini.Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya > automatik menjadi rahsia... orang tak tahu saya tukang gantung malah saya > sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,'' katanya.Menurut > pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu > identiti > banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman > tersebut dilaksanakan. Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya > dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 > pagi. > > > > Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih > dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan > sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan > menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel > akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain. > Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat > banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu... selalunya semakin berat > seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah > sebaliknya.Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan > leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun > saya > bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah > pelaksanaan hukuman mati di negara ini,'' katanya. Mengenai keadaan mayat, > pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar > kebiruan > atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, lidah > pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil > batang penyapu. Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan > dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan' daripada mulut > mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil > tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin > terkejut besar,'' katanya sambil ketawa.> > > > > Menurut beliau, sebelum > digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah > mendapat isyarat daripada > > pegawai atasannya, barulah beliau menarik > gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh >> > ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, > sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki > pesalah. Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah > akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati > serta-merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan > diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas. Mayat pesalah juga > tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah > pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal' kononnya organ > pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya. Selepas itu, mayat akan > diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. > Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas... > tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan > kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. Kami juga tidak akan > bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya > menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna > tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan > tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah > > tidak > ada apa-apa yang berlaku,'' katanya. > > > > Mengenai `gangguan' yang > diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' > namun menganggap > > ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang > gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan > > akhir > yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya > beliau bersetuju untuk memenuhi > > permintaan banduan tersebut tetapi > disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah > gantung tanpa > > banyak bicara. Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang > tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang' dalam keadaan > > > terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian > meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan > > rokok yang saya > janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya pulang' > dan dia pun terusmenghilang kan diri. Sehingga kini saya tertanya-tanya > adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan > tidur semata-mata,'' katanya sambil tersenyum. Selain itu, beliau mengakui > selalunya akan menerima `alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan untuk > menggantung pesalah di penjara. Antaranya beliau akan rasa panas di > belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya > selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan > dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kalau > diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini > menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun > darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman > tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar > negara,'' > ujarnya. > > > > Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, > beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan > harganya mencecah ribuan ringgit.Ini kerana tali tersebut sangat > berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah.Beliau yang > mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung > menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan > diri sendiri, bangsa, negara dan agama.Cuma saya minta orang ramai supaya > jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya > tahu bila akan mati dan berkemungkinan > > sudah bertaubat, tetapi > bagaimana pula dengan kita?Terus terang saya katakan ada kalanya mayat > mereka lebih sempurna > > > daripada mayat orang lain, ada mayat banduan > yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri
> serta > tersenyum seolah-olah pemergian' mereka dirahmati-Nya,'' ujar > beliau.Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada > penulis: Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan > pengajaran kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik
> `gear' > di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan
> nyawa > banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan... > keajaiban itu tidak pernah berlaku!''