Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid, Tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, Tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid, Tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat, dah rasa jemu, Tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali - kali.
Pelik ya,dengar iklan jualan murah dalam TV, rasa tak sabar - sabar nak pergi beli belah, Tapi dengar laungan azan tak sabar - sabar nak tukar channel lain.
Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, Tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.
Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan - kawan.
Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita, Tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al - Quran walau satu halaman, Tapi majalah hiburan dan novel best - seller 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, Tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.
Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang laying di internet, Tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al - Quran.
Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email, Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.
Pelik tak kita... Tepuk dada... tanyalah iman di hati.
Ya...dah tau pelik...kita kena laaa celik...manfaatkan rungan ini..sekuranganya..dpt mencelikkan org yang pelik !(x tuju kat sapa pon..)..PERJUANGAN !...gunakan kekuatan secara jemaah..kita saling tolon mnolong...teguq mneguq !...smoga org bukak mata.. dan amik prihatin ttg hal ini...
Memang pelik...Saya pun salah seorang gak dulu..Tapi setelah kenal RND ni benda2 yg pelik mcm ni dah makin tak pelik...sama2 lah kita pulih kan kembali kepelikan ini.
hmmm.....yang saya pelik nya,apasal semua orang rasa pelik....?walau pun pelik di mata manusia yang kian pelik,tapi..... di mata manusia yang tak pelik,benda-benda pelik ni langsung tak ada kepelikan nya.
sebab...zaman sekarang,banyak benda pelik-pelik dah berlaku....itu bukan la pelik nama nya,biasa la......yang pelik-pelik akan hanya berlaku bila tiba nya zaman pelik (akhir zaman)...
nasib baik tak terpelik otak nak tulis benda pelik-pelik ni......
btui ckp bro zairi_82.. apa yg pelik sebab manusia xrasa pelik pun bilamana semua yg dikata oleh katak 30 tu dah jadi perkara biasa. bkn takat yg muda2, yg tua2 pun sama jugak ruyup... Inilah yg menjadi tanggung jawab RnD seterusnya PEKIDA bersama-sama yg telah celik tuk perbetui blk apa yg yg dh berlaku skrang... Amar Makruf Nahyil Mungkar
Pelik mmg pelik...dan yang paling pelik sekali...ialah ramai orang selalu cerita pasal perjuangan tetapi masih gagal untuk berjuang berhenti menghisap rokok.....pelik,pelik mmg pelik....
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan