SAYA tersentuh serta berasa sedikit emosi apabila melihat dan membaca berita dan kisah remaja pertama yang dijatuhi hukuman penjara kerana gagal melaporkan diri bagi sesi latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Bukan untuk memperlekehkan undang-undang serta keputusan mahkamah mahupun mempertikaikan ketegasan Menteri yang telah sebulat suara mencapai persetujuan hingga bertegang urat leher bagi merealitikan jenis hukuman yang setimpal sebagai `denda' bagi pesalah-pesalah remaja ini.
Terus terang di sini, saya tidak langsung mengenali apatah lagi mempunyai hubungan persaudaraan dengan remaja tersebut cuma saya rasa terpanggil untuk menulis mungkin kerana naluri seorang kakak dan seorang ibu yang merasa belas melihat keadaan seorang adik atau anak yang terpaksa menjalani hukuman penjara pada usia semuda itu.
Bayangkan pada usia yang masih muda, beliau yang sebelum ini memikul tanggungjawab seorang abang dan sebagai anak sulung pula terpaksa menjadi `ayah' pada adik-adiknya kerana ibunya adalah seorang ibu tunggal terpaksa menelan sendirian hukuman yang diterima.
Daripada cerita dan juga apa yang kita sendiri lihat (sewaktu ibunya ditemu ramah) keadaan persekitaran yang menjadi `latar belakang' kita sendiri dapat menilai kemiskinan keluarga remaja tersebut.
Masalahnya di sini, saya bukan mahu menceritakan tentang kemiskinan keluarga itu tetapi tentang hukuman yang diterimanya. Setimpalkah?
Saya rasa bukan saya sendiri merasakan ketidakadilan hukuman yang dijatuhkan.
Kalau remaja tersebut memang bermasalah, saya pasti tidak akan mempertikaikan keputusan hukuman terhadapnya, tetapi wajarkah remaja yang masih jauh lagi perjalanannya itu terpaksa menerima hukuman penjara?
Tidakkah kita semua terfikir tekanan yang terpaksa dihadapi dan akibat daripada tekanan tersebut lebih merosakkan dan `mencederakan `perasaan beliau? Sudahlah wajah menjadi tontonan umum, malah `melakar sejarah' negara pula apabila digembar-gemburkan sebagai `orang pertama' yang menghuni penjara kerana `berkorban' untuk keluarganya yang miskin.
Saya mungkin tersalah mempertahankan remaja ini yang mungkin benar-benar bermasalah, tetapi benarkah remaja ini bermasalah?
Saya setuju dengan kata-kata Awang Selamat dalam kolumnya Bisik-Bisik, apa sudah jadi dengan hukuman kerja kemasyarakatan yang pernah diura-ura akan dilaksanakan kepada pesalah remaja yang gagal melaporkan diri untuk PLKN ini?
Mungkin sekiranya benar hukuman dijatuhkan berdasarkan kepentingan awam bagaimana pula dengan kepentingan dan kebajikan keluarga ini yang langsung tidak pernah meminta kepada awam untuk dikasihani selama ini.
Utusan Malaysia 12 MAY 2005 Ruangan Forum
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
quote: Originally posted by: carlos alonso "Klu utk kes ini mmg X dak belas kasihan langsung leerrr... Apa tidaknya,dia tak ikuti PLKN bukan sengaja taknak...tetapi terpaksa menjadi tiang seri untuk keluarganya...."
itu rasa macam betul.... ada lah aku pun terasa sentuh juga tgk keadaan nya yg daif itu... ini hari aku baca surat khabar pasal kes dia... pagi pagi pemberita datang ke rumah dia bersama menteri besar perlis untuk berjumpa dgn dia... alang kah sedih nya dan terharu lagi ibu dia berkata dia sudah keluar pagi pagi lagi, dia mencari rezeki untuk sesuap nasi buat keluarga nya yg sedangkan dia masih mentah lagi... apa bila wartawan dan menteria pergi mencari di mana dia bekerja... apa bila berjumpa dgn dia mereka melihat dia tekun sedang bekerja menbajak sawah.... terharu pagi pagi tadi bila aku baca berita itu... tak jadi nk sarapan pagi tadi.....
sedar lah kawan kawan ku semua bahawasanya jika kita cakap susah ada lagi org susah dari kita ini...
Sudah la tuuuu... mari kita tunjukkan kematangan kita dengan melihat isu ini... berfikiran positif, lihat secara positif... dan akan dapat hasil positif...
Apa kebaikan dari isu ini... jika ingin anda pandang secara positif...
anak ini DAN KELUARGANYA akan jadi senang sedikit masa lagi ... pasti ramai yg ambil peduli dan ingin menolong... samada dari org yg perihatin dan ikhlas atau dari yg selalu suka cari nama ...
org kaya samada yg akan menolong atau sekadar melihat saja... sedar akan ujudnya si miskin yg kais pagi makan pagi...
yg kaya dan beribu lagi mengelak plkn ni akan merasakan berdosa dan sedar...
org macam anda akan merasa sensitif dgn situasi keliling... dengan apa yg terjadi pd rakan anda... thats very good indeed... satu latihan pendidikan melalui Pemerhatian (PMP) secara wsemula jadi... its very good for civic minded development...
Apa pula keburukannya,
Ramai yg ambil peluang menjadikannya bahan politik dan pilitiking... mula tohmah itu dan ini ... tuding sana sini sewenang wenangnya...
ramai yg nak tunjuk hero... dan dapatkan publisiti murahan...
ramai yg gunakan alasan utk mengelakkan penyertaan plkn niii...
surat khabar pun ambil peluang sama... nak lariskan paper...
TV ikut tumpang sekaki... org politik apa lagi...
DARI KITA UNTUK KITA...
-- Edited by pekida at 05:25, 2005-05-14
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
.....tiada satu kejayaan tanpa kehilangan,tiada satu kemenangan tanpa penderitaan ...dan lastly tiada satu kebebasan tanpa pengorbanan ...Fikirlah sejenak....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Yang silap bukan dia....tapi pemimpin masyarakat yang ada kat situ leerr...
Sepatutnya pemimpin masyarakat perlu peka dan pro aktif....Dah tahu klu ada anak buah dia yang ada masalah macam nie sepatutnya dia perlulah bagi penerangan supaya budak ni faham....Ambil tindakan maklumkan perkara ini kepada YB kawasan atau berjumpa dengan budak nie tanyakan masalahnya....peruntukan ada,saluran ada tetapi kalau yang bodoh pun teringin nak jadi pemimpin jugak,inilah akibatnya....
Kenapa dah heboh se Malaysia baru nak guna saluran itu dan ini untuk bantu dia,sampai MB kena campur tangan selesaikan masalah ini....
Adakah isu ini standard MB untuk selesaikan....
p/s :- bila nak bertanding jawatan dalam kampung....janji kat semua orang aku boleh buat itu dan ini...last sekali habuk pun tarrrrrrrrakkkkkk...Buat malu sajaaaaa
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan