Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: baca lah wahai teman,....]]]


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:
baca lah wahai teman,....]]]


This is very intresting !!!
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,


Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan
naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi
ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak
gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan,


Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata
tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, send i ri mau ingat.

Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda a dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat
handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar!)


 




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


ni pantun ka tak tau berapa kerat,gurindam ka,syair ka....tak tau nak clasify...laaa..tapi baik utk peringatan ummah...kerana ada sindiran sinis....i like it




__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

asalamualaikum


Alhamdulilah, memang bagus msg itu, agar kita bersama-sama berfikir, tapi fikir punya fikir tidak dapat menemukan jalan untuk mengatasi setiap persoalan, menyebabkan bertambah bingong, nak pajangankan msg itu tak mampulah kalau sekadar cam pos laju, kerana tidak dapat menzahirkan apa yang harus dibuat dengan setiap persoalan itu. Maka setiap persoalan tanpa jawapan akan menjadikan fikiran bercelaru dan akhirnya membuat andian-andian yang megelirukan. Begitulah cara yang bukan Islam nak mengasikkan fikiran dan masa orang Islam, supaya memikirkan dan berdebat yang tidak ada kesudahannya, akhirnya umat Islam membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak kepastikan. Haluskan jarum Jus menyusuk ditubuh, tanpa disedari hingga memudaratkan fikiran dan keyakinan diri.


Kail hanya panjang sejekal, nak mancing dilautan dalam tak beranilah.



__________________
Kebenaran Itu Pasti


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

quote:

Originally posted by: adipati

"asalamualaikum Alhamdulilah, memang bagus msg itu, agar kita bersama-sama berfikir, tapi fikir punya fikir tidak dapat menemukan jalan untuk mengatasi setiap persoalan, menyebabkan bertambah bingong, nak pajangankan msg itu tak mampulah kalau sekadar cam pos laju, kerana tidak dapat menzahirkan apa yang harus dibuat dengan setiap persoalan itu. Maka setiap persoalan tanpa jawapan akan menjadikan fikiran bercelaru dan akhirnya membuat andian-andian yang megelirukan. Begitulah cara yang bukan Islam nak mengasikkan fikiran dan masa orang Islam, supaya memikirkan dan berdebat yang tidak ada kesudahannya, akhirnya umat Islam membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak kepastikan. Haluskan jarum Jus menyusuk ditubuh, tanpa disedari hingga memudaratkan fikiran dan keyakinan diri. Kail hanya panjang sejekal, nak mancing dilautan dalam tak beranilah."

.........sekadar garam dalam gulai.......

__________________
sudirman


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


secukup rasa



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Boleh tahan laaa... ni susah nak clasify gurindam ke pantun ke? tapi ada makna tu...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

quote:

Originally posted by: flash

" secukup rasa"

yeah flash...tul...

__________________
sudirman


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Thank's Bro Irmanpos...


Sedap betul bunyi pantun ala-ala gurindam ni...Memang betul ayat diatas...so


sama2 lah kita berubah dan ingat-mengingati umat Islam yg lain...


 Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana nasihat...


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard