Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
p/s: marilah sembahyang saudara2ku .......... tiada tuhan malainkan ALLAH SWT !!!
sampai masanya besar mana sekali pun tugas mu di dunia ini, tapi ALLAH swt lebih besar dari segala2nya
Bila membaca msg ni, ingin pulak diri ni nak belajar, agak2 boleh ker ajarkan kita orang ni, supaya solat sebagaimana terkandong dalam msg ni, KALAU TAK penat sajalah solat kita orang sebelum ni. Tolong jawab boleh ker saya belajar solat dg sdra penulis msg ni.
Sape boleh kasi tau SOLAT TU TIANG AGAMA, boleh nampakkah tiang tu?
quote: Originally posted by: adipati "asalamualikum Bila membaca msg ni, ingin pulak diri ni nak belajar, agak2 boleh ker ajarkan kita orang ni, supaya solat sebagaimana terkandong dalam msg ni, KALAU TAK penat sajalah solat kita orang sebelum ni. Tolong jawab boleh ker saya belajar solat dg sdra penulis msg ni. Sape boleh kasi tau SOLAT TU TIANG AGAMA, boleh nampakkah tiang tu?"
Hamba bukanlah seorg ustaz, tapi sekadar memeriahkan majlis ini dan ingin berkongsi sedikit ilmu yg ada .Hamba sendiri masih mencari dan meminta tuan hamba jugak utk mencari KEMANISAN didalam SOLAT itu sendiri BARULAH TUAN HAMBA NAMPAK DIMANA TIANGNYA.Solat itu ada kemanisannya bagi mereka yg benar2 menyintai, mencari, DAN merindui RABBUL JALIL ..... .!! itulah cinta HAKIKI cinta pada ALLAH SWT...........
Semua yang sunat adalah perhiasan untuk mencantikan rumah.
Namum, yang paling penting ialah asasnya (lantai sesebuah rumah) iaitu kesedaran seseorang itu akan siapa dirinya sebenar di sisi Allah SWT. (Mengenal Diri)
Buat apa Mahligai yang cantik, lengkap dengan semua kemewahan tetapi lantai berlumpur hingga ke lutut?