Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W




Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai
cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan
barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka
sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak
juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda
bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah
S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca
sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu
meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa
memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang
siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan
Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a
berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan
kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka
sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak
mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu
itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti
satu bungkusan kain tebal yang buruk.


p/s: marilah sembahyang saudara2ku .......... tiada tuhan malainkan ALLAH SWT !!!


      sampai masanya besar mana sekali pun  tugas mu di dunia ini, tapi ALLAH swt lebih besar  dari segala2nya



__________________
PenangKia©


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

asalamualikum


Bila membaca msg ni, ingin pulak diri ni nak belajar, agak2 boleh ker ajarkan kita orang ni, supaya solat sebagaimana terkandong dalam msg ni, KALAU TAK penat sajalah solat kita orang sebelum ni.
Tolong jawab boleh ker saya belajar solat dg sdra penulis msg ni.


Sape boleh kasi tau SOLAT TU TIANG AGAMA, boleh nampakkah tiang tu?



__________________
Kebenaran Itu Pasti


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:

quote:

Originally posted by: adipati

"asalamualikum Bila membaca msg ni, ingin pulak diri ni nak belajar, agak2 boleh ker ajarkan kita orang ni, supaya solat sebagaimana terkandong dalam msg ni, KALAU TAK penat sajalah solat kita orang sebelum ni. Tolong jawab boleh ker saya belajar solat dg sdra penulis msg ni. Sape boleh kasi tau SOLAT TU TIANG AGAMA, boleh nampakkah tiang tu?"

Hamba bukanlah seorg ustaz, tapi sekadar memeriahkan majlis ini dan  ingin berkongsi sedikit ilmu yg ada .Hamba sendiri masih mencari dan meminta tuan hamba jugak utk mencari KEMANISAN didalam SOLAT itu sendiri BARULAH TUAN HAMBA NAMPAK DIMANA TIANGNYA.Solat itu ada kemanisannya bagi mereka yg benar2 menyintai, mencari, DAN merindui RABBUL JALIL ..... .!! itulah cinta HAKIKI cinta pada ALLAH SWT...........

__________________
PenangKia©


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


Assalamualaikum...


Umpamakan Islam itu sebuah rumah...


Solat itu tiang agama.


Mengucap itu dindingnya.


Zakat itu tingkapnya


Puasa itu pintunya


Haji itu bumbungnya


Semua yang sunat adalah perhiasan untuk mencantikan rumah.


Namum, yang paling penting ialah  asasnya (lantai sesebuah rumah) iaitu kesedaran seseorang itu akan siapa dirinya sebenar di sisi Allah SWT. (Mengenal Diri)


Buat apa Mahligai yang cantik, lengkap dengan semua kemewahan tetapi lantai berlumpur hingga ke lutut?


Hanya menyampaikan.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

hrmmmm...rasa2nya dah jelaslah penerangan along tuuuu...tak tau la ada yang masih kaburrr kot..................

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard