Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bahaskan kenyataan ini secara ilmiah...


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
Bahaskan kenyataan ini secara ilmiah...


OIC mahu AS siasat dakwaan tentera buang Quran dalam tandas


RIYADH: Negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Liga Arab dan pelajar kelmarin mendesak Amerika Syarikat menyiasat laporan sebuah majalah mengenai dakwaan anggota tenteranya membuang al-Quran ke dalam lubang tandas di Teluk Guantanamo, Cuba.




 

Pertubuhan 57 negara OIC sudah menulis secara rasmi kepada Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice untuk menyuarakan rasa terkejut dan kecewa terhadap laporan berkenaan.

Majalah Newsweek dalam keluaran 9 Mei lalu mendedahkan betapa penyiasat sedang menyiasat salah laku yang berlaku di kem tahanan tentera di Teluk Guantanamo iaitu tindakan penyiasat tentera meletak al-Quran di tandas.

Ada anggota tentera didakwa membuang ayat suci itu ke dalam lubang tandas.

Al-Quran adalah ayat suci Allah dan umat Islam menjadikannya sebagai rujukan dalam setiap perkara. Rentetan pendedahan itu, berlaku demonstrasi di Afghanistan, Pakistan dan beberapa tempat di seluruh dunia.

OIC berkata laporan itu menyebabkan beratus juta umat Islam marah. Ia juga memberi laluan kepada kumpulan fanatik dan ekstremis melakukan keganasan disebabkan tindakan itu.

Pertubuhan itu mendesak AS menghadapkan anggota tentera yang bersalah ke muka pengadilan dan mengenakan tindakan tegas bagi mengurangkan kemarahan di kalangan umat Islam sekali gus mengelak keganasan pada masa depan.


__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

Rasanyalah...masing2 ada agenda tersendiri...bukan suul dhan atas kes nie..tapi memanglah mcam tu... asal mulanya mungkin newsweek boleh sensasikan prkara ini dgn mendapat pelbagai keuntungan dari hasil jualan majalah tu...tapi bila diketengahkan kepada masyarakat umum terutamanya islam, lain pulak jadiknya...hanya setiap org yang berada dalam kerja2 itu tahu apa maknanya mereka menyiarkan berita tersebut...


kalau betul lah dalam berita tu adalah al-Quran sepatutnyalah tindakan dikenakan kepada mereka yg melakukan...harus berhati2 dalam tindakan, bukan apa, ini mungkin modal 'mereka2' ini utk mencari cara baru utk perangi islam...jika bukan kita harus berhati2 jugak...manalah tau retorik dan provokasi untuk kita pulak...


teringat kata2 guru saya waktu kuliah di indonesia...yahudi pernah bersumpah dalam satu persidangan zionis bahawa selagi buku ini (sambil ketua yahudi mengangkat al-quran) masih menjadi pegangan islam selagi itu kita mesti perkasakan kekuatan kita, atau kita hapus saja (lalu membaling ke lantai dewan zionis) dari mereka (pemikiran dan cara hidup)...


wallahu 'alam...



__________________
sudirman


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

Majalah Newsweek di dalam liputannya telah memuatkan darihal layanan yang diterima oleh tahanan Islam Guantanamo Bay, Cuba. Menurut laporan tersebut terdapat saksi yang memberi maklumat melihat anggota tentera Amerika yang menyoal-siasat tahanan di sana telah melontarkan Al Quran ke dalam mangkuk tandas lalu dipam bagi menghina tahanan berkenaan.
Lanjutan dari pendedahan Newsweek itu beberapa Negara Islam telah mendesak agar kerajaan Amerika menyiasat kejadian tersebut dan memberikan penjelasan sebenar. Rakyat di Pakistan dan Afghanistan (kebanyakan tahanan di Guantanamo datang dari kedua-dua buah Negara tersebut) telah keluar beramai-ramai menunjuk perasaan membantah tindakan biadap Amerika itu.


DEMO DI PAKISTAN

Dalam kekalutan ini Setiausaha Negara Amerika Rice terpaksa membuat kenyataan bahawa Amerika tidak pernah sekali-kali bertindak menghina kitab suci Al Quran dan akan menyaisat kejadian tersebut jika benar.

Dan hari ini Newsweek telah membuat kenyataan memohon maaf, dan cuba mempertikaikan pula kesahihan laporannya itu sendiri.

Dalam akhbar tempatan apabila diajukan soalan berkenaan isu ini (sebelum kenyataan Newsweek mena) ada pemimpin kita sekadar berkata beliau kesal dengan kejadian tersebut akan tetapi menegaskan bahawa TIDAK ADA APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN.

Sebagai sebuah Negara yang berdaulat, mewakili NAM dan OIC pula, saya kira banyak yang boleh kita lakukan. Sekurang-kurangnya kita mengirimkan nota bantahan kepada kedutaan Amerika di sini, dan minta supaya kejadian ini disiasat sebenar-benarnya. Kita juga boleh mengarahkan diadakan solat hajat di masjid dan surau-surau di seluruh Negara.

Takkanlah bila Al Quran, kitab suci pegangan kita, hukum tertinggi kita diperlakukan sedemikian rupa kita sekadar berlepas tangan mengatakan kita tidak boleh buat apa-apa!

Semasa zaman pemerintahan Khalifah Al Muktasim dari Bani Abasiyyah, kerajaan Islam ketika itu dikira terlalu lemah. Namun apabila berlku satu kejadian dimana seorang muslimah dihina dan diperlakukan oleh musuh-musuh Islam di sebuah Negara bukan Islam, Muktasim yang memiliki kerajaan yang lemah itu telah mengerahkan bala tentera Islam ke Negara tersebut demi menebus maruah Islam.

Dalam hal ini kita tidaklah mengharapkan pemimpin melakukan sebagaimana Muktasim, tetapi sekurang-kurangnya keluarkanlah kenyataan yang tegas yang mencerminkan pendirian Malaysia, yang membela maruah dan nama baik Islam. Sampai bila kita nak berterusan bersikap tak boleh buat apa-apa.


__________________
wann


Veteran

Status: Offline
Posts: 49
Date:

yg dihina,yg dibuang,dipijak adalah hak yg maha esa.tidak susah baginya untuk menghukum mana2 makhluk ciptaannya....


selagi belum ada kekuatan,hanya membenci menggunakan hati sahaja yg kita mampu....


dalam pada itu kita bertanya,kita juga terfikir dimana quran dihati, mata dan telinga kita?


kenapa al-quran hanya dijadikan sarikata bagi sebuah lagu?


apakah 'tugas' al-quran itu hanya untuk duduk di dinding sahaja?


betulkah malaikat akan masuk rumah dengan hanya menggantung ayat-ayat al-quran?


adakah kedai org bukan islam terutamanya yg menjual makanan, akan menjadi halal makanannya dengan hanya menggantung ayat terbaik pemberian tuhan?


adakah memang ini balasan tuhan kepada umat islam kerana menjadikan ayat al-quran sebagai sumber rezeki baik secara zahir mahupun batin?


kelihatan ada kebenarannya ayat al-quran akan hilang dimuka bumi.andaikata yahudi berjaya mengubah al-quran, pasti tiada yg mengetahuinya.....


hamba mengundur diri...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 38
Date:


Assalamuaikum,

Bagi saya ada hikmah yang patut kita renungi bersama dari sebalik apa yang berlaku. Tak guna kita melalak melolong hanya dengan kerana senaskah al-Quran yang diletak di dalam tandas. Hanya dengan peristiwa ini, berapa ramai yang dah mati katak kerana ikut tunjuk perasaan di Afghanistan? Sedangkan kita sendiri pun tak pernah nak jengok dan mengamalkan apa yang ada dalam al-Quran. Hanya takat simpan di tempat yang tinggilah jawabnya sedangkan zaman Rasulullah s.a.w. pun takdak naskah al-Quran yang macam ada sekarang. Semuanya berada di dalam hati dan otak setiap umat Islam ketika itu.

Saya sgt sedih apa yang berlaku skrang, bukan kerana al-Quran dihina tetapi sikap umat Islam tu sendiri yang suka melulu dan suka berdemo. Sekarang nie orang2 Yahudi dok gelak sebab mereka sdg menguji ayat2 Allah dan ternyata ia memang berlaku. Kalau tidak takkan boleh keluar berita tentang penghinaan al-Quran dalam Newsweek yg dah tentu milik orang Yahudi. Sesungguhnya orang Yahudilah yang celik al-Quran sekarang cuma mereka masih ingkar kepada Allah s.w.t. dan cuba melawan kekuasaan-Nya. Umat Islam ketika ini boleh diumpamakan seperti dalam surah al-A'RAAF 7:176-179.

Sengaja saya tidak mahu untuk menerangkan maksud ayat ini agar para viewer dan ahli forum membuka al-Quran balik dan membaca dan fahami apa yang Allah telah cakap di dalam ayat-ayat tersebut. Mungkin nanti Abg Mas bleh terangkan maksud ayat-tersebut kemudian kerana sepatutnya dibacakan barulah membaca, baru nampak maksud ayat mutashabihat ini.
Alahmdulilahira'bilalamin



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

Bagi saya mereka semua bukan mati katak.Tapi mereka mati pada jalan sesuatu yg mereka yakin.Itulah jihad bagi mereka dan mungkin lebih baik dari kita mengaku sebagai TS tapi bila agama diperlekeh,kita hanya ambil sikap tunggu dan lihat.Malah lebih teruk lagi,mencari alasan utk tidak ambil tahu.


Al-Quran terrsebut bukanlah sekadar tulisan.Ia adalah simbol keagungan kita.Didalamnya adalah Kalam Allah.Bukanlah tempatnya di dalam jamban atau dikaki.Kita nak pegang/bawa Quran pun ada adabnya.Wallahualam..



__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


Assalamualaikum...


When are Malaysian going to realize that the war that they are fighting is just a continuation of the crusade?


The first world war is a war to eliminate the Muslim Central Authority (the Khalifah.)


When they won that. (The Caliph system was disbanded by Kamal Attaturk in 1924)


They begun to fight among them selves which led to the second world war. (saya sendiri menganggap perang dunia kedua merupakan perang saudara kristian. Pahaman Nazi merupakan fahaman kristian exteremis.)


Then they fought the cold war against communism. (franklin D Roosevelt said before his death during world war II that communist was the greastest threat to christian civilazation)


When they got rid of that. they just continued on what they should next.... us! the muslim population of the world.


Think about it. We should because they have been think about it since the end of the crusade.


Penghinaan terhadap Al -Quran hanya merupakan sebahagian dari taktik perang saraf mereka. It's a continuation of what they are already doing in term of phycological warfare.


Cth : Nama Allah pada kasut Nike, Scene- scene dalam film mereka... etc (more on this in my next posting.) 


Bukan benda yang baru apa yang mereka lakukan ini... cuma flushing Al -Quran didalam tandas membawa penghinaan ke next level.


Dari cara tersembunyi ke cara terang-terangan.


Yahudi dan kristian pun sudah percaya Kiamat sudah hampir dan peperangan besar (the Great War) sudah hampir...


Are we ready to face it???



-- Edited by Alongwira513 at 14:45, 2005-05-18

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

quote:

Originally posted by: chromeniggaz

" Assalamuaikum, Bagi saya ada hikmah yang patut kita renungi bersama dari sebalik apa yang berlaku. Tak guna kita melalak melolong hanya dengan kerana senaskah al-Quran yang diletak di dalam tandas. Hanya dengan peristiwa ini, berapa ramai yang dah mati katak kerana ikut tunjuk perasaan di Afghanistan? Sedangkan kita sendiri pun tak pernah nak jengok dan mengamalkan apa yang ada dalam al-Quran. Hanya takat simpan di tempat yang tinggilah jawabnya sedangkan zaman Rasulullah s.a.w. pun takdak naskah al-Quran yang macam ada sekarang. Semuanya berada di dalam hati dan otak setiap umat Islam ketika itu. Saya sgt sedih apa yang berlaku skrang, bukan kerana al-Quran dihina tetapi sikap umat Islam tu sendiri yang suka melulu dan suka berdemo. Sekarang nie orang2 Yahudi dok gelak sebab mereka sdg menguji ayat2 Allah dan ternyata ia memang berlaku. Kalau tidak takkan boleh keluar berita tentang penghinaan al-Quran dalam Newsweek yg dah tentu milik orang Yahudi. Sesungguhnya orang Yahudilah yang celik al-Quran sekarang cuma mereka masih ingkar kepada Allah s.w.t. dan cuba melawan kekuasaan-Nya. Umat Islam ketika ini boleh diumpamakan seperti dalam surah al-A'RAAF 7:176-179. Sengaja saya tidak mahu untuk menerangkan maksud ayat ini agar para viewer dan ahli forum membuka al-Quran balik dan membaca dan fahami apa yang Allah telah cakap di dalam ayat-ayat tersebut. Mungkin nanti Abg Mas bleh terangkan maksud ayat-tersebut kemudian kerana sepatutnya dibacakan barulah membaca, baru nampak maksud ayat mutashabihat ini. Alahmdulilahira'bilalamin "


Apa maksud sdr mati katak..saya harap sdr dapat tarik balik ayat ituuuuu....


sesungguhnya kematian mereka ini lebih mulia...kerana mereka mati mempertahankan maruah agama.....dan saya percaya mereka sedar dengan apa yang mereka lakukan dan bukan untuk tujuan nak menunjuk2....


Kita sebenarnya patut malu....yang kita berani hanyalah bergaduh sesama bangsa,angkat geng ramai-ramai,bawak lari anak dara orang,jadi anjing jaga disko dan jadi barua puak2 botoi soya bean dan botoi kicap pi pukul orang melayu lain...inilah kebanggaan kita.....


saya faham dengan apa yang cuba diterangkan oleh sdr....tetapi menggangap mereka ini sebagai mati katak ada sesuatu yang tak sepatutnya sdr katakan....(Ingat mereka lebin berani dari kita yang mengaku TS......)


 


Al - Fatihah kepada yang sahid........


 



-- Edited by carlos alonso at 14:41, 2005-05-18

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


Amin...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

Bagi saya ada hikmah yang patut kita renungi bersama dari sebalik apa yang berlaku. Tak guna kita melalak melolong hanya dengan kerana senaskah al-Quran yang diletak di dalam tandas. Hanya dengan peristiwa ini, berapa ramai yang dah mati katak kerana ikut tunjuk perasaan di Afghanistan? Sedangkan kita sendiri pun tak pernah nak jengok dan mengamalkan apa yang ada dalam al-Quran.


Hanya takat simpan di tempat yang tinggilah jawabnya sedangkan zaman Rasulullah s.a.w. pun takdak naskah al-Quran yang macam ada sekarang. Semuanya berada di dalam hati dan otak setiap umat Islam ketika itu.


mmm nampak logik dan masuk akal ...


Firman Allah di surah 29 ayat 49. Sesungguhnya / sebenarnya Alquran ayat yg nyata dalam dada orang yg di beri ilmu dan tidak ada yg mengingkari ayat ayat kami kecuali orang yg zalim.


 



__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

salah satu punca mungkin menuntut ilmu tanpa guru......................


hadis dan sunnah mesti menjadi rujukan.



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Veteran

Status: Offline
Posts: 34
Date:

Betul la kata Sufian. Al-Quran ni sekarang kita anggap sebagai simbolik aje. Kitab suci umat Islam. Sebagai wajib ada dan wajib di anggap suci. Tapi kita bukan nak baca dan nak fahami. Sekadar ada la...orang kata.


Yang patut kita marah kalau apa yang dalam Al-Quran itu kita perlekehkan. Kita biarkan.


Bukan hanya marah bila senaskah Al-Quran yang kita tak baca tu orang buang dalam tandas, melenting2 sampai ada yang mati nak tunjukkan perasaan marah dia.



__________________
Thunder...Thunder....Thundercat!
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:


Sufian wrote:

Bagi saya ada hikmah yang patut kita renungi bersama dari sebalik apa yang berlaku. Tak guna kita melalak melolong hanya dengan kerana senaskah al-Quran yang diletak di dalam tandas. Hanya dengan peristiwa ini, berapa ramai yang dah mati katak kerana ikut tunjuk perasaan di Afghanistan? Sedangkan kita sendiri pun tak pernah nak jengok dan mengamalkan apa yang ada dalam al-Quran.
Hanya takat simpan di tempat yang tinggilah jawabnya sedangkan zaman Rasulullah s.a.w. pun takdak naskah al-Quran yang macam ada sekarang. Semuanya berada di dalam hati dan otak setiap umat Islam ketika itu.




masaalahnye suadara...bukan isu kita ni ingat sematkan alquran atau tidak isunye...AMERIKA BUAT MACAM TU SBB NAK HINA ISLAM...AWAK NI TAK PAHAM KE??

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

assalamualaikum...sabar k..."ada orang yang tak nampak ape kita nampak"k?

__________________
...


Veteran

Status: Offline
Posts: 38
Date:

 


Assalamualaikum kpd ahli2 forum... saya meminta maaf kepada semua atas kekasaran dlm posting saya... al-Fatihah kpd saudara-saudara muslim kita yg telah meninggal dunia kerana isu ini... Hal-hal mati syahid nie bkn bidang kuasa kita sbg hamba-Nya untuk tentukan, sama juga degan dosa pahala, dan syurga neraka kerana kesemuanya milik mutlak yang Maha Kuasa...


Memang tujuan Amerika ialah untuk menghina Islam, kerana mereka ingin melihat sensitiviti umat Islam seluruh dunia mengenai perkara-perkara yang menjadi sensitif... Tetapi adakah ini masanya lagi untuk kita beretorik mempertahankan agama kita yang suci??? adakah dengan hanya air liur sahaja cukup untuk kita berhadapan dengan DAJAL besar tue?


Adakah kekuatan tentera-tentera negara ISLAM yang separuh dah tentu kroni Amerika sendiri mampu bersatu dan menghadapinya sekarang? Dan kebanyakan kelengkapan tentera itu sendiri dibeli dari Amerika (Katholik) dan Rusia (Orthodoks, yg mahu mengembalikan Anatolia kpd paderi Orthodoks)... Kita masih tak mampu... So apa usaha saudara2 semua untuk mengatasi masalah ini dengan hanya kerana senaskah Quran, nk berjihad dengan mereka...


Oleh itu buat masa sekarang kita berdoa kepada Allah untuk mengampuni dosa-dosa kita dan berusaha dua kali ganda untuk menguasai sains, dan teknologi yang dapat membantu kita dlam perjuagan seperti mana IRAN... Hampir semua teknologi pertahanan diusahanya sendiri dalam keadaan daif dan alhamdulillah berjaya pun menguasai teknologi nuklear...


 


Saya minta maap sekali lagi di atas kesilapan saya. sila perbetul apa yang salah...


teringin nk jumpa along K... maila Robina Corner, kita sembang lama2 skit


 


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard