Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Renungan bersama


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:
Renungan bersama


NABI ADAM, lelaki pertama diciptakan Allah swt.
Ternyata Adam sering dihimpit kesunyian kerana keseorangan. Pemerhatian
Adam membuktikan bahawa makhluk lain diciptakan berpasangan. Lalu Adam memohon kepada Allah agar dikurniakan pasangan hidupnya. Lalu dianugerahkan Hawa sebagai teman hidupnya.

Lelaki dan wanita saling memerlukan. Tanpa wanita seseorang lelaki dianggap belum sempurna hidupnya. Oleh itu, Islam mewajibkan perkahwinan bagi lelaki yang cukup syarat-syaratnya. Alam rumah tangga pula menuntut seorang lelaki memiliki ilmu secukupnya bagi mengemudi sebuah keluarga agar mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Tanpa ilmu, rumah tangga yang terbina mudah saja runtuh biarpun disebabkan permasalahan kecil.

Sebenarnya dalam melayari alam berumah tangga, soal
memahami hati budi isteri adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap mudah. Kadang kala seorang suami belum mengenali siapa isterinya dalam erti kata yang sebenar-benarnya walaupun sudah mendirikan rumah tangga berpuluh-puluh tahun. Oleh itu, saling memahami antara satu sama lain, salah satu kunci kebahagiaan sesebuah keluarga.

Satu sifat utama yang sering dimiliki oleh golongan wanita ialah suka berleter. Kebanyakan wanita yang bergelar isteri memang suka berleter terutamanya apabila sesuatu perbuatan yang tidak baik dilakukan oleh suami atau anak. Oleh itu bagi lelaki yang panas baran pasti tidak dapat menahan kesabaran maka berlakulah pertengkaran.

Jika pertengkaran kecil dapat dikawal mungkin menyelamatkan berlakunya perceraian. Namun, jika kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kalah maka terjadilah perceraian. Perceraian pula mengundang pelbagai masalah terutama kepada masa depan anak.

Sepatutnya. suami seharusnya memahami bahawa sifat semula jadi wanita adalah suka berleter. Jika leteran yang keluar daripada mulut wanita itu ternyata ada kebenarannya maka suami hendaklah banyak berdiam diri. Apabila isteri puas berleter maka terlepas segala yang dipendamnya. Suami seharusnya mendiamkan diri - mendiamkan diri mendengar setiap leteran bukanlah sesuatu yang mudah bagi lelaki terutama bagi lelaki kuat egonya. Berdiam diri bukan bererti kalah terutama jika apa yang dileterkan itu ternyata ada benarnya.

Sejarah membuktikan bahawa Sayyidina Umar as, lelaki yang bengis. Ketika menjadi khalifah pernah terjadi isterinya sedang berleter tetapi beliau tetap berdiam diri. Ketika itu secara kebetulan seorang hamba Allah datang ke rumahnya untuk mengadu bahawa isterinya juga kuat berleter. Tetapi apabila didengarnya seorang khalifah juga dileteri oleh isterinya maka dia pun berpatah balik.

Kedatangan hamba Allah itu disedari Amirul Mukminin lalu bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu menjawab: "Saya ingin mengadu kepada Amirul Mukminin bahawa isteri saya yang mempunyai sikap kuat berleter. Tetapi apabila saya mendengar bahawa isteri Amirul Mukminin juga suka berleter sebab itulah saya berpatah balik dan tidak jadi untuk mengadu hal kepada
Amirul Mukminin," jelas lelaki itu.

Cerita lain yang berkaitan ialah seorang suami yang beristerikan
seorang gadis cantik tetapi bisu. Lelaki itu cuba berjumpa wali Allah untuk memohon agar dimakbulkan doanya agar isterinya dapat bercakap. Wali Allah bertanya adakah dia tidak akan menyesal nanti jika isterinya dapat bercakap. Dia berjanji bahawa dia tidak akan menyesal malah akan berbangga memiliki isteri yang bukan saja cantik tetapi dapat berkomunikasi dengannya.

Doa itu dimakbulkan. Isteri cantik itu dapat bercakap. Lama-kelamaan orang itu datang pula berjumpa Wali Allah untuk mengadu agar isterinya dibisukan semula kerana tidak tahan dengan leteran isterinya.

Itulah dua kisah yang boleh dijadikan pengajaran berkaitan dengan sikap wanita bergelar isteri yang suka berleter. Oleh itu kepada lelaki, fahami isteri anda. Anggaplah setiap leteran itu, sifat semulajadi yang dimiliki oleh kaum wanita. Leteran juga ada kebaikannya jika direnungkan terutamanya apabila kita sebagai lelaki yang mencetuskan punca kepada berlakunya leteran itu.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:

bingit telinga bila dengar org perempuan berleter.tapi kekadang tu leteran org perempuan nih patut gak.kalau tak lelaki ni tak ingat dunia.yg perempuan pulak,kalau dah berleter tak reti nak berhenti....pot pet pot pet dari pagi bwk ke ptg,ptg bwk ke mlm.teheheheheeheh...(mampuss haku kalo pompan baca neh)alalalalala...gurau jerk....

__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

tul gak ek...tapi kalo kita bagitau dorg, kita pulak disalahkan dah kena leter balik..pit pot pit pot..mcm nyamuk daaaa..tul gak tu pedang, kalo tidak tak hengat dunia org lelaki nie...usahkan bini kita, mak kita masa kecik2 dulu...leter kaw2..ampun mak mak tak termasuk ye....



__________________
sudirman


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

tu la pasal... kalau tak berleter tu bukan nya pompuan leee... tapi kadang-kadang ada baiknya juga tengah-tengah dok pot pet pot pet tu pun sempat lagi si suami ni pasang lagi satu kalau tak pot pet pot pet tak tahu le...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


artikel ni khusus untuk org dah kawin kot....................?



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

quote:

Originally posted by: dbodyguard30

"tu la pasal... kalau tak berleter tu bukan nya pompuan leee... tapi kadang-kadang ada baiknya juga tengah-tengah dok pot pet pot pet tu pun sempat lagi si suami ni pasang lagi satu kalau tak pot pet pot pet tak tahu le..."

rezeki nak buat camneee

-- Edited by carlos alonso at 14:54, 2005-05-18

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

betui tu,rezeki jangan ditolak.


apa pun pakai baju ukur kat badan sendiri.


 


chaq/penang



__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

quote:

Originally posted by: along chaq

"betui tu,rezeki jangan ditolak. apa pun pakai baju ukur kat badan sendiri.   chaq/penang"

ader lak...rezeki kena tolak long...tak 'tolak' tak 'masuk'.....tak 'masuk' tak 'kenyang'.. hehehe...jgn mare aa...

__________________
sudirman


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

quote:

Originally posted by: irmanpos

"ader lak...rezeki kena tolak long...tak 'tolak' tak 'masuk'....... hehehe...jgn mare aa..."

Fuh baca tang sini nanpak suspen oooo!!!!!!!!!

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


marilah kita BERSAMA-SAMA merenungi kisah & pengajaran tersebut


                



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard