NABI ADAM, lelaki pertama diciptakan Allah swt. Ternyata Adam sering dihimpit kesunyian kerana keseorangan. Pemerhatian Adam membuktikan bahawa makhluk lain diciptakan berpasangan. Lalu Adam memohon kepada Allah agar dikurniakan pasangan hidupnya. Lalu dianugerahkan Hawa sebagai teman hidupnya.
Lelaki dan wanita saling memerlukan. Tanpa wanita seseorang lelaki dianggap belum sempurna hidupnya. Oleh itu, Islam mewajibkan perkahwinan bagi lelaki yang cukup syarat-syaratnya. Alam rumah tangga pula menuntut seorang lelaki memiliki ilmu secukupnya bagi mengemudi sebuah keluarga agar mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Tanpa ilmu, rumah tangga yang terbina mudah saja runtuh biarpun disebabkan permasalahan kecil.
Sebenarnya dalam melayari alam berumah tangga, soal memahami hati budi isteri adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap mudah. Kadang kala seorang suami belum mengenali siapa isterinya dalam erti kata yang sebenar-benarnya walaupun sudah mendirikan rumah tangga berpuluh-puluh tahun. Oleh itu, saling memahami antara satu sama lain, salah satu kunci kebahagiaan sesebuah keluarga.
Satu sifat utama yang sering dimiliki oleh golongan wanita ialah suka berleter. Kebanyakan wanita yang bergelar isteri memang suka berleter terutamanya apabila sesuatu perbuatan yang tidak baik dilakukan oleh suami atau anak. Oleh itu bagi lelaki yang panas baran pasti tidak dapat menahan kesabaran maka berlakulah pertengkaran.
Jika pertengkaran kecil dapat dikawal mungkin menyelamatkan berlakunya perceraian. Namun, jika kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kalah maka terjadilah perceraian. Perceraian pula mengundang pelbagai masalah terutama kepada masa depan anak.
Sepatutnya. suami seharusnya memahami bahawa sifat semula jadi wanita adalah suka berleter. Jika leteran yang keluar daripada mulut wanita itu ternyata ada kebenarannya maka suami hendaklah banyak berdiam diri. Apabila isteri puas berleter maka terlepas segala yang dipendamnya. Suami seharusnya mendiamkan diri - mendiamkan diri mendengar setiap leteran bukanlah sesuatu yang mudah bagi lelaki terutama bagi lelaki kuat egonya. Berdiam diri bukan bererti kalah terutama jika apa yang dileterkan itu ternyata ada benarnya.
Sejarah membuktikan bahawa Sayyidina Umar as, lelaki yang bengis. Ketika menjadi khalifah pernah terjadi isterinya sedang berleter tetapi beliau tetap berdiam diri. Ketika itu secara kebetulan seorang hamba Allah datang ke rumahnya untuk mengadu bahawa isterinya juga kuat berleter. Tetapi apabila didengarnya seorang khalifah juga dileteri oleh isterinya maka dia pun berpatah balik.
Kedatangan hamba Allah itu disedari Amirul Mukminin lalu bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu menjawab: "Saya ingin mengadu kepada Amirul Mukminin bahawa isteri saya yang mempunyai sikap kuat berleter. Tetapi apabila saya mendengar bahawa isteri Amirul Mukminin juga suka berleter sebab itulah saya berpatah balik dan tidak jadi untuk mengadu hal kepada Amirul Mukminin," jelas lelaki itu.
Cerita lain yang berkaitan ialah seorang suami yang beristerikan seorang gadis cantik tetapi bisu. Lelaki itu cuba berjumpa wali Allah untuk memohon agar dimakbulkan doanya agar isterinya dapat bercakap. Wali Allah bertanya adakah dia tidak akan menyesal nanti jika isterinya dapat bercakap. Dia berjanji bahawa dia tidak akan menyesal malah akan berbangga memiliki isteri yang bukan saja cantik tetapi dapat berkomunikasi dengannya.
Doa itu dimakbulkan. Isteri cantik itu dapat bercakap. Lama-kelamaan orang itu datang pula berjumpa Wali Allah untuk mengadu agar isterinya dibisukan semula kerana tidak tahan dengan leteran isterinya.
Itulah dua kisah yang boleh dijadikan pengajaran berkaitan dengan sikap wanita bergelar isteri yang suka berleter. Oleh itu kepada lelaki, fahami isteri anda. Anggaplah setiap leteran itu, sifat semulajadi yang dimiliki oleh kaum wanita. Leteran juga ada kebaikannya jika direnungkan terutamanya apabila kita sebagai lelaki yang mencetuskan punca kepada berlakunya leteran itu.
bingit telinga bila dengar org perempuan berleter.tapi kekadang tu leteran org perempuan nih patut gak.kalau tak lelaki ni tak ingat dunia.yg perempuan pulak,kalau dah berleter tak reti nak berhenti....pot pet pot pet dari pagi bwk ke ptg,ptg bwk ke mlm.teheheheheeheh...(mampuss haku kalo pompan baca neh)alalalalala...gurau jerk....
__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action".
-syedezree@pekida.org-
tul gak ek...tapi kalo kita bagitau dorg, kita pulak disalahkan dah kena leter balik..pit pot pit pot..mcm nyamuk daaaa..tul gak tu pedang, kalo tidak tak hengat dunia org lelaki nie...usahkan bini kita, mak kita masa kecik2 dulu...leter kaw2..ampun mak mak tak termasuk ye....
tu la pasal... kalau tak berleter tu bukan nya pompuan leee... tapi kadang-kadang ada baiknya juga tengah-tengah dok pot pet pot pet tu pun sempat lagi si suami ni pasang lagi satu kalau tak pot pet pot pet tak tahu le...
quote: Originally posted by: dbodyguard30 "tu la pasal... kalau tak berleter tu bukan nya pompuan leee... tapi kadang-kadang ada baiknya juga tengah-tengah dok pot pet pot pet tu pun sempat lagi si suami ni pasang lagi satu kalau tak pot pet pot pet tak tahu le..."
rezeki nak buat camneee
-- Edited by carlos alonso at 14:54, 2005-05-18
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan