"Assalamualaikum semua..Baru-baru ini seorang sahabat kita pun pergi ke sebuah masjid di shah alam ini untuk mendengar sebuah ceramah agama. Ceramah itu telah pun disampaikan oleh seorang doktor yang alim lagi waraq'. Pada mulanya ceramah ini berasa agak kurang menarik kerana dia beranggapan bahawa ia lari dari tajuk tetapi setelah agak lama di sana barulah dia dapat menghayati pengisian ceramah beliau. Jemaah masjid pun semakin memenuhi ruang masjid. Para ibu pun tidak ketinggalan untuk menyertainya.
Begini ceritanya..
Pada suatu malam kira-kira dalam jam 3.00pagi, doktor ini telah pun dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Kebisingan bunyi telefon itu telah membuatkan doktor ini bangun lalu menjawap panggilan tersebut.ternyata ia dibuat dari hospital dari tempat dia bekerja. Nurse itu memberitahu bahawa ada satu kes kemalangan telah berlaku dan mangsa sekarang telah pun berada di unit kecemasan dan dia benar-benar memerlukan khidmat beliau sekarang ini juga. Apabila telah sampai di hospital,doktor itu mendapati mangsa adalah sorang remaja dalam lingkungan 18 tahun dan berbangsa melayu. Keadaan dia amat tenat sekali dan harapan adalah 40-60. tulang pehanya patah, tulangnya telah terkeluar, tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yang teruk di kepala dan kaki. Namun doktor ini berusaha untuk memasukkan botol darah yang baru untuk tujuan penggantian,namun ia hanya dapat bertahan hanya sementara sahaja. Ketika itu keadaan dia tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Sebelum itu dia telah muntah dengan banyak dan baunya amat busuk sekali.
Setelah beberapa ketika,remaja terbabit mula membuka mata dan keadaan nya masih lagi dalam keadaan mabuk. Namun doktor ini segera mendapatkan dia lalu mula bertanyakan beberapa keadaan untuk memastikan keadaan kepalanya.:
Doktor: dimana awak sekarang?
Remaja: saya rasa di kandang lembu...
Doktor:okey tak pe..( lantas doktor itu terus memberikan satu suntikan penenang untuk dia berehat.) namun setelah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata dan doktor itu sekali lagi mengajukan soalan yang sama kepada dia.
Doktor: dimanakah awak berada sekarang?
Mangsa: saya rasa di kandang kuda..
Doktor itu terus bertanya lagi dan lagi agar dapat memulihkan keadaannya. Setelah agak lama bertanya,barulah dia mengetahui yang remaja terbabit telah meminum arak sebelum berlumba. Dia berlumba dengan rakan-rakannya pada kelajuaan 180km/j. cukup dengan hanya sebuah motor kriss. Patutlah dia muntah tadi..!! bisik doktor itu.. remaja terbabit mendapat kemalangan apabila motorsikalnya tak dapat dikawal lagi kerana terlalu laju lalu melanggar sebuah tembok batu. Keadaan motorsikalnya amat teruk sehingga terputus-2. sebelum kemalangan itu berlaku,dia telah pun melanggar seorang warga tua yang berusia 80 tahun dan orang tua itu telah pun meninggal di tempat kejadian.. sungguh menyedihkan.. apabila mendengar berita itu dari doktor berkenaan,remaja itu pun menangis teresak- esak dan benar-benar menyesal diatas apa yang telah dibuatnya...
Lantas doktor itu bertanya lagi..adakah kamu pernah bersolat sebelum ini.? Lalu dia menjawab yang dia tak pernah solat sejak baligh..masya'Allah. doktor itu tahu yang sekarang ini "time is running out" so dia mesti berbuat sesuatu sebelum remaja itu pergi mengadap Allah s.w.t yang maha kuasa tanpa sebarang bekalan..iman...
Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja terbabit untuk mengucap tetapi gagal..
Jam sekarang menunjukkan pukul 5.56 pagi. Tiba- tiba kedengaran azan subuh sayup-sayup kedengaran. lantas doktor itu mengajak remaja itu untuk solat subuh buat kali yang pertama sejak baligh. Lantas dengan bantuan doktor dan jururawat, remaja berkenaan dapat mengambil wuduk secara ala kadar je. Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dengan menggunakan isyarat mata sahaja. Dan dari situ doktor itu dapat melihat betapa ikhlas dan insafnya remaja itu untuk bertaubat. Ketika itu juga air matanya tak putus-putus mengalir. Sebelum itu remaja itu sering kali bertanya kepada doktor, adakah taubat saya di terima Allah?..dengan nada yang sebak... Setelah solat keadaan nya masih lagi kritikal. Sujurus kemudian kedua ibubapanya yang telah bercerai datang. Tiba-tiba remaja itu terus menyalahkan kedua ibu bapanya kerana kerana merekalah dia jadi begini.. so dengan izin Allah s.w.t kedua orang tuanya pun terus mendirikan solat yang mana tak didirikan sebelum ini.. Maha Suci Allah.. Allah Maha Kuasa..... setelah selasai bersolat, doktor itu pun memberitahu kepada kedua orang tuanya yang anak mereka akan pergi bila-bila masa sahaja. Dengan itu si ibu pun mendekatkan mulutnya ke telinga remaja itu lalu cuba mengajar dia mengucap kalimah shahadah. Tetapi malang sekali dia tak dapat berbuat demikian.. ini kerana masih ada lagi arak dalam badannya. Nabi s.a.w telah bersabda yang mana tak sempurnalah iman seseorang selama 40 hari jika ada arak dalam badan seseorang. Lalu doktor itu pun berkata kepada remaja terbabit yang jika kamu mahu benar-benar bertaubat dengan sebenar taubat insya'Allah Allah akan mengampuni kamu. Remaja itu terus menangis.
Dalam lebih kurang jam 6.45 pagi, remaja itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah disahkan kematiannya ,kemudian mayatnya telah dibawa ke bilik mayat dan doktor itu mengikutnya. Maha Suci Allah, berlaku satu lagi keajaiban. Lebih kurang jam berlalu tiba-tiba doktor itu tadi terdengar satu suara yang amat dikenalinya -suara remaja itu tadi. Dia telah dapat mengucap 2 kalimah shahadah. Doktor itu terperanjat dan terus mengalirkan air mata.....
Sama-samala kita mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku..
Nabi s.a.w telah bersabda: Barangsiapa dapat mengucap dua kalimah shahadah di akhir kalmaya, maka wajib syurga baginya.. sama-samalah kita mengambil sedikit pengajaran dari apa yang telah berlaku pada kawan kita..
Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari atas kelemahan saya.. Wassalam..
cerita yg menginsafkan....byk pengajaran dari cerita ini...tapi mungkin saudara tersilap....dgn kelajuan motorsikal kriss 180km/j saya meragui yg itu...maner bleh motor 110 cc bleh di pacu dgn kelajuan 180km/j walaupun dimodified...maafkan saya jika tersinggung...mungkin saudara salah paste... jgn marah nanti kena jual....kalo takdak gurau senda isu akan jadik panas sentiasa......
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice