Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.
Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.
Bila kaum Cina yang beragam Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar.
Anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....
"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"
an secara amnya, kita akan menjawab...
"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"
jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik....
Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..
"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
tetapi apabila kita memberikan jawaban ...
"dia tengah sembah tuhan dia"
kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita.
Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"
Sekiranya jawaban ini diteruskan.....maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jawaban yang sebenarnya, " anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"
Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan keliru kan mereka.
Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".
Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik dating dari ALLAH.
Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawaban yang lebih baik.....SILA KONGSI BERSAMA.
Jawaban yang sebenarnya, " anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"
tapi kan kalo kiter cakap kat anak kita...tuhan kita ngan uncle sebelah umah yg hindu tu atau cina tu sama ini...bertentangan dgn ayat Quran surah al kafirun...
ini petikan terjemahan
katakan: Hai org yg kafir
Aku tiada akan menyembah apa yg kamu sembah(kalo kita anggap mrk sembah Allah bertentangan kan)
Dan kamu tiada akan menyembah apa yg aku sembah
Aku tak pernah menyembah apa yg kamu sembah
Dan kamu tak pernah menyembah apa yg aku sembah
Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku..
saya biasak berpendpt spt di atas...anggap tuham mrk dan kiter sama....pastu ubah balik.....berdasar ayat dari surah kafirun tuhhhh..
wallahua'lam
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
andika pernah tanya pada ayah dan ibu andika semasa andika masih kecil lagi mcm tu jawapan orang2 tua kita tapi diberi penjelasan...
mcm ni klu tak salah andika laaa...
di tu sembah patung, yang diangap tuhan dia... tapi tu sebenarnya kepercayaan dia sahaje sebab mereka tu jahil...
dan kini andika baru faham...
28/55. Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil."
dan ibu andika ada pesana klu kita nak ajak mereka masuk agama allah hendak lah kita berbuat baik dan mereka akan tertarik dengan agama allah... sebab mereka tu ikut adat resam nenek moyang mereka...
25/63. Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.
klu kat m`sia ni agama berbilang bangsa... jadi kita tunjukan nilai yang terbaik bagi seorang hamba yang mulia di sisi allah.... amin
Benar kata andika. Biarlah mereka dengan sembahan mereka. Kita cuma perlu tunjukkan contoh dan perilaku yang baik agar mereka rasa hormat pada kita, dan insyaallah kita boleh menarik mereka pada Islam yang sebenar dengan cara yang paling lembut. Insyaallah. Dan terangkan sebenar-benarnya tentang agama yang berbeza2 serta tinggi dan mulianya Islam yang kita anuti. Segala-gala jawapan ada dalam Al-Quran. Kita cuma perlu rajin membacakannya atau meminta dibacakan. Alhamdulillah.
Al An'aam 108. Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
Ali 'Imran 159. Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
thanks to bro Andikaputra & Bro Zackbikers diatas penjelasan tu... sebab kadang-kadang kita tak sedar yang jawapan yang kita berikan pada kanak-kanak tu akan mempengaruhi mereka...