Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PEDOMAN


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
PEDOMAN





HADIS QUDSI


Perdebatan Syurga dan Neraka

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Neraka berdebat dengan Syurga,
Neraka berkata: "Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong)".
Syurga pula berkata: "Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin".
Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Neraka: "Kamu adalah siksaan Ku.
Aku akan menyiksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu". 

Allah berfirman: "Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap
siapa saja yang Aku kehendaki".
Allah berfirman pula kepada Syurga: "Kamu  adalah rahmat Ku. Aku akan
berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang  Aku kehendaki.
Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga penuh".

 

Iktibar & Pengajaran Hadis






  • Sifat zalim dan takabbur (sombong) adalah sifat keji yang wajib dijauhi


  • Zalim bermaksud tidak melakukan sesuatu perkara itu menurut ketentuannya. Ia adalah lawan kepada sifat adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempat yng sewajarnya.


  • Takabbur/sombong adalah satu perasaan bahawa dirinya mempunyai kelebihan terhadap orang lain dalam sesuatu perkara seperti lebih banyak ilmunya, lebih banyak perjuangannya, lebih cantik, lebih banyak amal solehnya dan sebagainya.Ia adalah lawan kepada sifat tawadhu' iaitu merendah diri.


  • Golongan fakir miskin dan lemah adalah lebih mudah memasuki syurga sekiranya mereka sabar dengan kemiskinan yang menimpa dan sentiasa bertaqwa kepada Allah.


  • Allah Ta'ala memasukkan seseorang itu ke dalam syurga dengan rahmatNya.


  • Oleh itu, rebutlah rahmat Allah dan redhaNya dengan memperbanyakkan amal kebajikan.


 

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

syukur dan redha atas pemberiannya




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

DIA maha mengetahui dari apa yang kita ketahui

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

quote:

Originally posted by: ices

" HADIS QUDSI Perdebatan Syurga dan Neraka Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Neraka berdebat dengan Syurga,Neraka berkata: "Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong)".Syurga pula berkata: "Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin".Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Neraka: "Kamu adalah siksaan Ku. Aku akan menyiksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu".  Allah berfirman: "Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki".Allah berfirman pula kepada Syurga: "Kamu  adalah rahmat Ku. Aku akan berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang  Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga penuh".   Iktibar & Pengajaran Hadis Sifat zalim dan takabbur (sombong) adalah sifat keji yang wajib dijauhi Zalim bermaksud tidak melakukan sesuatu perkara itu menurut ketentuannya. Ia adalah lawan kepada sifat adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempat yng sewajarnya. Takabbur/sombong adalah satu perasaan bahawa dirinya mempunyai kelebihan terhadap orang lain dalam sesuatu perkara seperti lebih banyak ilmunya, lebih banyak perjuangannya, lebih cantik, lebih banyak amal solehnya dan sebagainya.Ia adalah lawan kepada sifat tawadhu' iaitu merendah diri. Golongan fakir miskin dan lemah adalah lebih mudah memasuki syurga sekiranya mereka sabar dengan kemiskinan yang menimpa dan sentiasa bertaqwa kepada Allah. Allah Ta'ala memasukkan seseorang itu ke dalam syurga dengan rahmatNya. Oleh itu, rebutlah rahmat Allah dan redhaNya dengan memperbanyakkan amal kebajikan.  "


assalammualaikum...


kanda ices nak tanya surah&ayat keberapa nak buat rujukan...



__________________
marsos six time


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

tepatkan diri kita pada kedudukan yg betul, agar tidak tergelincir.....................'kalau jatuh terduduk boleh bangun,  kalau jatuh terus.................................?




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

insya allah moga mendapat taufik dan hidayah buat ku..........

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:

/// terima kasih  ///

__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

sesungguhnya allah berhak mengampunkan sesiapa saja yg dikehendaki ataupun allah maha pengasih    sesungguhnya syurga adalah tempat bagi org org yg mukmin dan neraka adalah tempat bagi golongan yg banyak melakukan dosa ketika berada di dunia sementara



__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

allah itu maha agung, maha segala-galanya. jgn kita menyekutukan dia.

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

Kehidupan ibarat campuran warna.pelbagai warna dpt dihasilkan.hitam..merah..biru..kuning..hijau dan berbagai lagi.begitu jg dgn kehidupan.Kita tak kan sunyi dari dugaan dan cabaran.

ada kalanya kita gembira..duka..sedih..sunyi..marah dan sbgainya.Perasaan dan takdir datang silih berganti.

Namun..percayalah,semua itu mengajar kita erti sebuah kehidupan.Kita semua akan melaluinya selagi kita bergelar makhluk ciptaanNya.

Bersyukurlah dgn apa yg diberikan..dan terimalah takdir dariNya.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard