Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sujud - 7 kalimah


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Sujud - 7 kalimah


Sujud lega sistem pernafasan .


MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak
sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal,
kita
perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang
sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya
tidak
terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti
ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah
s.w.t.
dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu
manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita
bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud
pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat
 asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
 lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
 sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
 automatic   memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah
dada.

- mengurangkan kegemukan.


- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
(convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
 oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.



Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur
dan sebagainya.


Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan
menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus
menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat
saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan
sempurna.




 
Tujuh kalimat



> > > > > > > > > > > Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > > > > > > > > >

 " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
 Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima
 musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan
ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, kerana sudah biasa!



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


tq



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

bertambahlah lagi satu ilmu didada...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard