Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ISU PENGILIRAN KETUA MENTERI P.PINANG


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:
ISU PENGILIRAN KETUA MENTERI P.PINANG


Baru2 ini sorang pemimpin melayu telah dengan beraninya mencabar supaya Kerusi KM P.Pinang digilirkan bersama oleh parti komponen dalam BN.Saya amat tertarik dengan usul ini yang di bawa oleh seorang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kepimpinan politik P.Pinang.


Apa yang menarik untuk dibincangkan di sini ialah siapakah sebenarnya pemimpin ini.Apakah motif sebenar usul tersebut.Kenapakah isu ini tidak dibangkitkan oleh pemimpin ini dalam mesyuarat Bulanan Badan Perhubungan UMNO Negeri P.Pinang yang dipengerusikan oleh YAB Pak Lah?


Saya percaya pemimpin ini ada niat untuk memburukkan imej Pak lah kerana seolah-olah Pak lah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dan membela nasib melayu P.Pinang.Adakah pemimpin ini sengaja hendak menjadi hero dalam pentas politik P.Pinang.


Untuk makluman,bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai yang telah diluluskan oleh Majlis Mesuarat Kerajaan Negeri P.Pinang di Ampang Jajar telah di tukar ke bandar Baru Perda yang dimajukan oleh syaraikat pemimpin ini.Proses pembatalan kelulusan ini adalah kerana beliau telah melobi kepada Tan Sri Dr.Koh.(Rujukkan minit Sidang Dewan Undangan Negeri P.Pinang)


Kalau pemimpin ini benar2 ingin memperjuangkan nasib melayu P.Pinang,kenapakah semua projek2 beliau dikendalikan oleh bukan melayu.


Seperti perpatah melayu : Dah bagi betis nak paha pula...Sebenarnya kemarahan pemimpin ini bukanlah kerana penindasan terhadap melayu P.Pinang tetapi adalah kerana 2 projek yang dimajukan oleh syarikat pemimpin ini tidak disokong oleh Tan Sri Dr.Koh.Ini telah mendorong beliau untuk membangkitkan usul bodoh ini supaya dapat melampiaskan nafsu amarahnya,menjadikan seolah-olah beliau adalah hero sebenar orang melayu P.Pinang Dan dengan harapan supaya Tan Sri Dr.Koh rasa tidak selesa dengan keadaan tersebut dan beliau bolehlah menbuat membuat tawar-menawar politik dengan Tan Sri Dr.Koh.


Pemimpin ini jugak sebenarnya sedang melobi melalui abangnya selaku menteri penerangan untuk memajukan tanah2 milik RTM di P.Pinang.


Inilah kisah sebenar ragam pemimpin politik di P.Pinang.Klu berginilah keadaan pemimpin politik di P.Pinang,cerahlah masa hadapan melayu akan berjaya menjadi bangsa terpinggiir di P.Pinang


Cemerlang Gemilang dan Terbilang.


Jangan Cakap Besar.


Kerana Dapat Projek Besar.


Perut pun dah makin besar.



 



-- Edited by carlos alonso at 11:39, 2005-06-01

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

ahaksss... berani nyerrr...?

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

BERANI KERANA BENAR.....


TAKUT KERANA SALAH......



__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


bab politik nih saya tak pandai ...by the way...trimas carlos alonso coz ur info.....atleast org melayu penang tau la apa yg berlaku.........yg mana pemimpin sejati...yg mana talam dua muka.....yg mana tong dram...bunyi jer kuat tapi kosong...tima kasih sekali agik....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

giliran anak tempatan pulaklah....................


org melayu agama islam.




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Satu pendedahan buat anak jati Penang...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 91
Date:

carlos alonso wrote:


BERANI KERANA BENAR..... TAKUT KERANA SALAH......

hamba sangat setujuuuuu....

__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

berubah untuk kemajuan.....................


pembelaan anak melayu lebih terjamin.............mudah2an akan menjadi kenyataan.



__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard