Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Beribu umat Islam berdemostrasi kutuk Amerika


Veteran

Status: Offline
Posts: 52
Date:
Beribu umat Islam berdemostrasi kutuk Amerika
Permalink Closed


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Dengan slogan 'Amerika (AS) Syaitan', 'AS Biadap', 'Jahanam AS', dan 'Jangan Hina Agama Kami', negara yang mendabik dada sebagai kuasa besar dunia itu terus menerima kutukan daripada umat Islam negara ini.

Selepas beberapa siri perhimpunan termasuk di Masjid Kampung Baru, kali ini di hadapan bangunan kedutaan AS, Jalan Tun Razak, umat Islam melaungkan 'takbir' sekuat-kuatnya, sambil mengeluarkan kata-kata dengan sepanduk-sepanduk yang dibawa serta membakar bendera AS itu bersama negara sekutu mereka, Israel sebagai tanda bantahan.


Kemarahan umat Islam itu adalah rentetan daripada kebiadapan tentera mereka menghina al-Quran di Kem tahanan Guantanamo Bay, namun apa yang diluahkan pada hari ni bukan sekadar itu, malah turut meliputi pencerobohan AS di Afganistan,dan Iraq serta penderaan para tahanan Islam yang ditawan mereka tidak pernah dipersetujui oleh umat Islam.

Sambil dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Ali; Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mohd Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Hj Mohammad Sabu, Dr Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad dan Ustaz Ahmad Awang demonstrasi hari ini bermula daripada Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat dan menuju terus ke bangunan Kedutaan AS yang terletak lebih kurang 200 meter sahaja.

Dengan sokongan daripada beberapa badan Bukan Kerajaan (NGO), para peserta perhimpunan berjaya sampai di hadapan pintu bangunan kedutaan AS sebelum dihalang oleh pihak polis di situ.


Dalam jarak tidak sampai 20 meter dari pintu masuk bangunan kedutaan itu, para peserta perhimpunan telah diawasi oleh ratusan anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di samping tiga buah kenderaan 'water cannon' yang kelihatan dalam keadaan bersiap sedia.

Namun tiada sebarang insiden tidak diingin berlaku kecuali 'drama kecil' tolak menolak antara Hj Muhammad Sabu dengan seorang pegawai polis dan kemudiannya keadaan menjadi terkawal.

"AS pasti akan tumbang dalam satu tempoh yang tidak begitu lama daripada sekarang", laung Muhammad Sabu dengan suara garangnya sambil disambut dengan laungan 'Allahu Akbar' oleh orang ramai.

Beliau memulakan ucapan dalam perhimpunan itu dengan kata-kata kerasnya terhadap AS tanpa berselindung dan mengingatkan AS supaya tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada pada mereka.

"Tiada agama yang boleh dihina di atas muka bumi ini, masing-masing berhak mengamalkan agama yang dianuti, kami dengan agama kami dan kamu dengan agama kamu," kata beliau.

Siri ucapan bantahan terhadap AS kemudiannya diteruskan oleh Ustaz Nasharuddin. Beliau membacakan memorandum rasmi PAS kepada Presiden Bush sementara di sudut lain pula kelihatan Dato' Dr Hasan Ali cuba menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak kedutaan tetapi hanya mampu sampai ke pintu pagar sahaja.


Para peserta yang berdemonstrasi pada hari ini kelihatan seperti tiada tanda-tanda mahu bersurai.

Dalam suasana tersebut, Ustaz Ahmad Awang mengajak orang ramai membaca beberapa ayat al-Quran untuk menegaskan bahawa al-Quran adalah kitab yang perlu dipertahankan oleh umat Islam.

Selain itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob juga turut mengambil bahagian dalam siri ucapan dengan melaungkan peringatan- peringatan paling keras kepada AS.

"Kami sangup mati demi al-Quran", katanya sambil diulangi beberapa kali oleh orang ramai.

Selepas itu, setelah Dr Hasan Ali selesai menghantar memorandum beliau telah kembali ke tengah orang ramai sambil menyampaikan ucapan dengan mengatakan bahawa perhimpunan pada hari ini hanyalah salah satu daripada siri-siri bantahan jalanan yang pastinya tidak akan berakhir sekiranya AS terus mengkotak-katikkan Islam dengan sikap sombong dan angkuhnya. - mks.




__________________
Sesama ISLAM adalah BERSAUDARA...!!!


Veteran

Status: Offline
Posts: 27
Date:
Permalink Closed

menderlerr....lu olang ni!


aper baranggg demonstrasi....


kena cekupkan tak pepasall...


cakap bolehla sanggup mati pasal Quran...  SANGGUP KER?


sanggup ker tinggal mak bapak, sanggup ker tinggal anak dan isteri, sanggup ker di buang negeri, sanggup ker jadi pelarian, sanggup ker makan daun dan sanggup ker papa kedana?


bodoh! sunnah ada tanak ikut!


Nabi ada buat demo ker?


baca balik sejarah yopp.....


FUYOOOOOOOOOOO............



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 91
Date:
Permalink Closed

wahub wrote:


menderlerr....lu olang ni! aper baranggg demonstrasi.... kena cekupkan tak pepasall... cakap bolehla sanggup mati pasal Quran...  SANGGUP KER? sanggup ker tinggal mak bapak, sanggup ker tinggal anak dan isteri, sanggup ker di buang negeri, sanggup ker jadi pelarian, sanggup ker makan daun dan sanggup ker papa kedana? bodoh! sunnah ada tanak ikut! Nabi ada buat demo ker? baca balik sejarah yopp..... FUYOOOOOOOOOOO............


ye tak ye jugak yer... kalau sibuk bedemonstasi saja... masa biler lak nak dakwah... masa biler lak nak kumpul duit utk bangunkan Islam....


LOGIK... LOGIK... kene fikir balik laaa...


pengikut nabi tinggalkan kampung dan keluarga utk bangun Islam... org kita tinggalkan kampung dan keluarga utk duduk dalam penjara kerana demo sana sini...



__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///


Veteran

Status: Offline
Posts: 91
Date:
Permalink Closed

bodoh! sunnah ada tanak ikut!..


TAPI BRO WAHUB... RASANYA PEKATAAN NI TAK BERAPA SESUAI LA KUTTT...? YE TAK...?


KEANA RASANYA MEREKA NI JAHIL JE... BUKAN BODOH LAGI... LAIN LA YG JAHIL TAPI TAK MAU DI AJAR... SUSAH TAK MAU DI TOLONG...


... BARU LA BODOH NAMANYA.



__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Permalink Closed

Saudaraku semua..


Satu Agama Berbeza Pendapat, Matlamat Akhir Ke Jannah Jua. Insya-Allah.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
Permalink Closed

ts30 wrote:


bodoh! sunnah ada tanak ikut!.. TAPI BRO WAHUB... RASANYA PEKATAAN NI TAK BERAPA SESUAI LA KUTTT...? YE TAK...? KEANA RASANYA MEREKA NI JAHIL JE... BUKAN BODOH LAGI... LAIN LA YG JAHIL TAPI TAK MAU DI AJAR... SUSAH TAK MAU DI TOLONG... ... BARU LA BODOH NAMANYA.


 


Assalamualaikum...///


Saya sokong. Mereka majoriti rasanya belum dibacakan cara sebenarnya melawan mengikut erti Al Quran sebenarnya. Kalau mereka dah dibacakan tapi ingkar, baru kita katakan kafir.


Jahil itu pada mereka yang tak tahu. Yang belum dibacakan lagi. Jadi, mana yang tahu tu, tolonglah bacakan untuk mereka. Bila mereka tolak, barulah bodoh namanya.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
Permalink Closed

sokong demi perpaduan umat islam




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:
Permalink Closed

Ya... betul tu bro zack... tapi kalau mohon permit nak buat demostrasi cam tu ... boleh lepas tak??? namum apa-apa pun negara kita ada undang-undang, ikutlah saluran yang betul...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 128
Date:
Permalink Closed

Betul apa yang diperkatakan oleh abang-abang tu...........

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:
Permalink Closed

A'kum...


          Saye rase kalo x berdemo mcm mane dunia nak tau yg kite x stuju ngan care dorg,ape salahnye kalo berdemo utk mempertahankan Agama Islam dan kitab Al-Quran yg kite junjung.Takkan laa sampai org dah hina Al-Quran pon kite nak dok diam jer,org yg betul˛ ingin mempertahankan Agama Islam memang sanggop berjihad sbg contoh di Pakistan dan Afghanistan berapa ramai saudara kite yg terkorban demi utk mempertahan Al-Quran drpd dperlekehkan oleh org˛ kafir laknat...renungkanlah wahai rakan˛ seperjuanganku...///



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
Permalink Closed

dbodyguard30 wrote:


Ya... betul tu bro zack... tapi kalau mohon permit nak buat demostrasi cam tu ... boleh lepas tak??? namum apa-apa pun negara kita ada undang-undang, ikutlah saluran yang betul...


Permit untuk demo macam ni memang selalunya susah nak lulus. Tapi pendapat saya la. Apa yang dilakukan itu hanya menzahirkan kemarahan umat Islam. Bila orang bukan Islam tengok, mereka takut. Kerana kemarahan itu adalah api. Dan dengan senang orang (penyangak antarabangsa) menyalahgunakan kejahilan orang bukan Islam tentang Islam untuk memburukkan Islam. Dan disitu mereka menjuruskan Islam kepada keganasan.


Kenapa kita tak pergi dengan cara yang aman. Walaupun dalam keadaan marah, zahiran kita dalam keadaan yang amat lembut. Sesiapa yang melihatpun akan rasa terkejut dan tertarik dengan kesabaran umat Islam.


Lagipun kes mengenai menghina Al-Quran tu saya setuju dengan posting Sufian.






Sufian



Senior Member


Posts: 103
Date: 13 days ago
Views: 56


Quote | Reply RE: Bahaskan kenyataan ini secara ilmiah...




Bagi saya ada hikmah yang patut kita renungi bersama dari sebalik apa yang berlaku. Tak guna kita melalak melolong hanya dengan kerana senaskah al-Quran yang diletak di dalam tandas. Hanya dengan peristiwa ini, berapa ramai yang dah mati katak kerana ikut tunjuk perasaan di Afghanistan? Sedangkan kita sendiri pun tak pernah nak jengok dan mengamalkan apa yang ada dalam al-Quran.



Hanya takat simpan di tempat yang tinggilah jawabnya sedangkan zaman Rasulullah s.a.w. pun takdak naskah al-Quran yang macam ada sekarang. Semuanya berada di dalam hati dan otak setiap umat Islam ketika itu.



mmm nampak logik dan masuk akal ...



Firman Allah di surah 29 ayat 49. Sesungguhnya / sebenarnya Alquran ayat yg nyata dalam dada orang yg di beri ilmu dan tidak ada yg mengingkari ayat ayat kami kecuali orang yg zalim.




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:
Permalink Closed

Tapi kalo berdemo nak antar memorandum x salah dsisi undang˛,kalo x berdemo mesti org asing ingat kite ni x sensitif pasal kitab suci Al-Quran...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
Permalink Closed

yus_padi wrote:



Tapi kalo berdemo nak antar memorandum x salah dsisi undang˛,kalo x berdemo mesti org asing ingat kite ni x sensitif pasal kitab suci Al-Quran...



Assalamualaikum...


Betul Yus..tak salah kita hantar memorandum...tapi kita lakukan dengan tertib dan beradab sebagai orang Islam. Kalau dengan Firaun, Allah boleh suruh berkata-kata dengan lemah lembut, apalagi kepada orang bukan Islam yang jahil. Penzahiran Islam yang baik dan sempurna boleh memikat hati sesiapapun. Malah penambatan hati orang jahil  terhadap Islam boleh menakutkan kafirin. Insyaallah.


Thaahaa


43. Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;


44. maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut."


 



-- Edited by zackbikers at 18:04, 2005-06-01

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:
Permalink Closed

mafizal wrote:


wahub wrote: menderlerr....lu olang ni! aper baranggg demonstrasi.... kena cekupkan tak pepasall... cakap bolehla sanggup mati pasal Quran...  SANGGUP KER? sanggup ker tinggal mak bapak, sanggup ker tinggal anak dan isteri, sanggup ker di buang negeri, sanggup ker jadi pelarian, sanggup ker makan daun dan sanggup ker papa kedana? bodoh! sunnah ada tanak ikut! Nabi ada buat demo ker? baca balik sejarah yopp..... FUYOOOOOOOOOOO............ saya amat setuju sangat dengan sdr k,apa masalahnya klu puak2 tu buat demo...sekurang2nya ada juga yang berani buat drpd yang hanya asyik sembang pasai perjuangan tapi tak dapat tunjuk pendirian yang jelas....macam lalang ikut angin bertiup....

assalamualaikum...pohon maaf hamba tukang mencelah...alhamdulillah....bro. mafizal,k xsalah klu hamba katakan kita sependapat...sememngnya itu niat mereka..sekurang2nya ada juga inisiatif mereka...daripada yang mem****buta mununding jari kearah mereka yang menegakkan agama allah..sedarkan diri kita semua bahawa dunia akhir zaman berada betul2 dihujung nadi kita...iaitu apabila kebaikan dikatakan kejahatan...bukan ke nabi dah cakap kita ada 3 cara utk mereka yang berbuat kejahatan...pertama bi'l a'mali(dengan pebuatan)bi'lisani(dengan kata2) dan yang terakhir selemah2 iman bi'niat...(hanya dengan niat)...so..ape salah mereka kalu mengikut sunnah...itu saja yang dapat mereka tunjukkan iman mereka..."ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tak berbuah".....pohon maaf sekali lagi dari hamba....(umat akhir zaman)

__________________
...


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Permalink Closed


Demontrasi pun mesti ada cara...


Mereka ni belum dibacakan...






__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:
Permalink Closed

kah kah kah ... ........


org US tgk kita berdemo camni .... mereka tersenyum riang ....


org bodoh yg tak guna akal jer buat keje camni ....


(dalam hati berkata) ..... kalau lah mereka mereka ini ade ilmu al-quran dalam dada .. takanlah mereka hendak berdemo membuang masa tak tentu hala begini .... kah kah kah sungguh bodoh org US kata pada kita .....


Surah 59, Ayat 21: Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.


-Baca dan fahami betul betul ayat al - quran di atas .... GUNUNG mana yg akan pecah kalau di letak kan al - quran ? atau ada al-quran atau buku atau kertas yg di buat utk dijilid menjadi al-quran itu apabila diletak kan di atas gunung ia akan pecah? Ohhh tidak skali .. jawapan nya ILMU nya saja yg akan memecah kan GUNUNG itu ! .... jadi buat ape nak sakit hati bila US nak buang kertas kertas tu dalam jamban ke ....... korang dah amal kan dah ke semua ayat ayat al-quran itu ? jadi tak payah lah nak jaga kertas pulak yer .... kita amik simpan dalam dada dulu baru lah kite tahu apa yg kita buat skg tak betul ........


Surah 29, Ayat 49: Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.


-nampak tak kawan kawan ku semua .... di mana ayat al-quran sebenar duduk ? DI DALAM DADA .......


org US sonyum camni jer ..........



__________________
. . .


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Permalink Closed

Caya lah Bro white...sokong 100%

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 27
Date:
Permalink Closed

FUYOOOOOOOOOO........


wa respekla sama lu bro white, cam citer lord of the ring lak bro keluar menyelamatkan keadaan. kami takmau celah dulu. kerana pasti puak ini akan melatah.


kuang kuang kuang........kedek kedek kedek!


err....yang lain tu tanak bantai lagi ker..?


jangan main rasa, kelak binasa...jangan main hati kerna kelak kamu mati.


"IQRA!!!" X 3


"DIAMnya Rasul" (guess what?)\ menung2kan lah.......



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 27
Date:
Permalink Closed

wahai lakum, pemender lerr mike merapek meraban sayang.


agama kalau diterjemahkan dalam bahasa asal yakni sanskrit bermaksud


ah= tidak + gama= kacau. dalam islam dipanggil Din = warga.


berkenaan hamba Allah= maksud hamba adalah insan, bukannya binatang ternak ya adik adik yakni insan/manusia yang berfikiran waras yang berserah diri kepada Allah/Rab(Pengatur)


berserah diri bahasa mudah untuk difahami = serrenderrrr....


serender kepada siapa? Kepada Pencipta Undeng-undeng ya siapa lagi kalau bukan Tuhanmu yang menurunkan Al-Huda yakni Quran.


Al-Huda atau pun dalam bahaserrr melayunyerr Petunjuk di dalam Al-Kitab yang mike baca sekarang ini terdapat 2 bahagian yaitu pertama =surah Makiyah di turunkan sebelum puak larak nabi Ibrahim yang telah jauh tersesat yang mike kenal sebagai kaum jahiliah dalam silibus tingkatan 1 sek menengah kebangsaan yang sama waktu dengannyerrr.... DANN,


kedua =surah Madiniyah yang diturunkan kepada insan2 yang telah berserah diri kepada Undeng2 warga sejahtera = mad = tempat, din = warga, nah = jannah/ syurga= sejahtera/selamat. ( baca perkataan ini ulang-ulang ya..)


Ayat2 di dalam surah2 makiyah bermula dengan wahai manusia/orang2 yang engkar(kafir).


manakala ayat2 di dalam surah madiniyah bermula dengan wahai orang yang beriman/berserah diri kepada Allah/Hamba Allah.


"telah ku tinggal dua pusaka takkan tersesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh akan keduanya yakni kitabullah dan sunnah rasul" sabda Rasul S.A.w.


berpandukan kompas di atas, cara untuk melaksanakan perintah Allah di dalam kitabullah adalah berpandukan kepada perbuatan rasul/nabi,cara kerja rasul/nabi,amalan2 rasu/nabi.


tidak mengikut aturan Allah dan cara rasulAllah, Allah kata apa?


yaaa.......engkar....bahasa arab apa? yaaaa.....kafir ler maknanya.


sapa cakap adik2, haaaa......tatau, berdosa, hahhha tatau.....



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 25
Date:
Permalink Closed

ASM,


Saya rasa benda ni dah lama jadi.So tak payah la kita panjang2kan.


Tiap2 org mmg ada pandangan/pegangan masing2.ok?


Jadi tak payah la kita pulak nak debat panjang2 sebab masing2 punya pendapat mmg betul.


 


TQ!


 


ASM


 



__________________
asalku teguh illah liput..


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
Permalink Closed


White wrote:


kah kah kah ... ........ org US tgk kita berdemo camni .... mereka tersenyum riang .... org bodoh yg tak guna akal jer buat keje camni .... (dalam hati berkata) ..... kalau lah mereka mereka ini ade ilmu al-quran dalam dada .. takanlah mereka hendak berdemo membuang masa tak tentu hala begini .... kah kah kah sungguh bodoh org US kata pada kita ..... .... GUNUNG mana yg akan pecah kalau di letak kan al - quran ? atau ada al-quran atau buku atau kertas yg di buat utk dijilid menjadi al-quran itu apabila diletak kan di atas gunung ia akan pecah? Ohhh tidak skali .. jawapan nya ILMU nya saja yg akan memecah kan GUNUNG itu ! .... jadi buat ape nak sakit hati bila US nak buang kertas kertas tu dalam jamban ke ....... korang dah amal kan dah ke semua ayat ayat al-quran itu ? jadi tak payah lah nak jaga kertas pulak yer .... kita amik simpan dalam dada dulu baru lah kite tahu apa yg kita buat skg tak betul ........ Surah 29, Ayat 49: Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. -nampak tak kawan kawan ku semua .... di mana ayat al-quran sebenar duduk ? DI DALAM DADA ....... org US sonyum camni jer ..........


 


kesimpulan yg boleh dibuat dr kenyataan WHITE adalah al-quran yg nyata letaknya adalah di dada/hati kita.Maka naskah-naskah al-quran yg kita nampak tu bukanlah quran yg nyata, sekadar kertas.Oleh itu kalau kita bolehlah buat apa saja kpd kertas tu.Balik nanti apa kata kita pakat angkat quran ,kita pijak-pijakkan quran tu.Kita tendang macam bola.Kalau agak-agak terdesak,boleh buat istinjak(lap najis).Lagi bagus,kita ajak jiran2 dan orang kampung sekali.Mesti syok...



__________________
wann


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:
Permalink Closed

wahaiii saf one bin sipulan sipulan .. . .  .....


Surah 2, Ayat 2: Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.


-ayat al-quran tidak meragukan bagi org yg BERTAKWA SAJE .......... yg tak bertakwa jadi lah mcm saudara .... masih ragu ragu tentang ayat nya   . .. ........


Surah 3, Ayat 108: Itulah ayat-ayat Allah. Kami bacakan ayat-ayat itu kepadamu dengan benar; dan tiadalah Allah berkehendak untuk menganiaya hamba-hamba-Nya.


-yg saye kasi kat atas yg kata al-quran dalam dada tu bukan saye yg kata ..... TAPI allah yg kata ..... ... saye cuma sampai kan yg benar .. . .. allah yg mencipta kamu tu takan dia nak menganiaya kamu ............



__________________
. . .
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard