Dalam usaha untuk kita mendapatkan kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan, kita akan berhadapan dengan saat sukar untuk membuat keputusan. Atau setelah kita mampu untuk membuat keputusan, kita kesukaran untuk menyatakan ya pada perkara yang sepatutnya dijawab ya dan sebaliknya. Bagaimanakah tips dari Pencipta agar kita mampu untuk mengharung kesukaran ini? Jawapannya ada dalam Surah al-Mukminoon, setelah dikutip oleh Husain al-Awayishah dalam bukunya Hasha'id al-Alsun.
Buku yang diterbitkan oleh Dar Ibn Iffan, Mesir ini mengetengahkan pengurusan lisan manusia yang banyak terlibat dengan dosa besar yang lebih teruk dari zina iaitu mengumpat dan pelbagai perkara dosa dari lisan. Pengarang kitab tersebut meletakkan ayat ke 1-3 surah al-Mukminoon sebagai dalil pertama sebagai iftitah bicaranya.
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, [23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; [23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dalam ayat di atas, ia meletakkan perkara laghwun atau sia-sia dikaitkan dengan lisan. Bagi memahami ayat ini dan keterkaitannya dengan lisan manusia, ada beberapa ibrah dan tips yang boleh diambil untuk menjadi pengajaran bagi individu yang inginkan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Tips tersebut ialah:
-Seseorang perlu mendahulukan bab keimanan bagi mewujudkan taqwa dalam diri lantas mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara sia-sia. -Solat yang khusyuk bagi lelaki dan perempuan akan memastikan seseorang itu terhindar dari munkar. Salah satu munkar yang besar ialah salah guna lisan untuk mengumpat, fitnah dan sebagainya. Kesan ini adalah kesan kurangnya khusyuk dan tidak bersifat 'mengawal'. -Individu beriman yang berjaya akan menjaga sebenar-benarnya lisan dan diri dari terjebak dari perkara sia-sia. Amalan ini bersifat 'mengawal' dan mendekati konsep taqwa di mana taqwa ini sendiri bersifat aktif dan menyedari kehadiran Allah dalam segenap saat. -Apabila seseorang mengamalkan tindakan di atas (mengawal lisan dari perkara yang munkar), ia akan menyebabkan seseorang itu terhindar dari segala keburukan yang terhasil dari kecelaruan perkara yang hak dan batil. Ini akan menyentuh ciri seterusnya bagi individu berjaya - menjaga maruah. -Oleh itu, jika kita ingin menjadi individu yang mampu untuk berkata ya pada perkara yang haq dan tidak pada perkara batil, ia perlu bermula dengan keimanan yang dimanifestasikan dalam solat yang khusyuk dan kawalan lisan dalam setiap ketika.
Moga-moga dengan tips dari al-Quran ini, kita akan lebih jelas bagaimana menjadi individu berjaya dalam akademik, profesion dan sebagainya dengan berpandukan apa yang dinyatakan Allah dalam Surah al-Mukminoon tentang ciri orang beriman yang berjaya.
30. Maksud firman Allah: Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (An Nisaa':148)
6. Maksud firman Allah: Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". (Apakah mereka akan mengikuti juga,) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk. (Al Baqarah:170)
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, [23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; [23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;