Wartawan Mafkarat al-Islam di al-Qa'im melaporkan bahawa Sheikh `Abdallah al-Jannabi, Mufti di wilayah al-Anbar telah mengeluarkan seruan kepada seluruh rakyat Iraq agar mengangkat senjata untuk memerangi tentera AS manakala pejuang mujahiddin telah mengeluarkan communiqué memberi mereka masa selama 12 jam untuk keluar daripada al-Qa'im.
Dalam kenyataannya yang diedarkan ke seluruh bandar di wilayah al- Anbar pada hari Selasa, Sheikh al-Jannabi menyeru seluruh penduduk Iraq agar menyertai perjuangan menentang tentera penjajah AS.
Seruan tersebut yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perundangan Islam tertinggi di wilayah tersebut menyatakan: "Hari ini, Selasa 3 Rabiul Awal bersamaan 12 April akan menjadi hari bagi seruan besar- besaran kepada seluruh rakyat Iraq agar mengangkat senjata. Tiada alasan bagi mereka yang engkar. Seruan ini juga ditujukan kepada orang-orang tua, remaja dan wanita yang berkeupayaan memikul senjata."
Dalam kenyataannya, Sheikh al-Jannabi mengatakan bahawa mereka tidak dibenarkan menerima rundingan yang dikemukakan oleh penjajah dan seruan untuk meneruskan serangan yang amat menyakitkan ke pusat penjajahan.
Wartawan Mafakarat al-Islam melaporkan bahawa beliau telah menyaksikan kemasukan beratus-ratus pejuang termasuk wanita ke arah bandar al-Qa'im yang telah dibebaskan bertujuan menyokong pejuang mujahiddin di sana.
AS mengisytiharkan perang ke atas wilayah al-Anbar, membahagikan wilayah tersebut kepada zon tentera dan mengenakan perintah berkurung
Wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa tentera penjajah AS telah mengumumkan bahawa mereka sedang membahagi-bahagikan wilayah al-Anbar kepada zon tentera seperti Fallujah, Ramadi, Hit, al- Hadithah, al-Qa'im, dan ar-Rutbah.
Tentera Amerika mengumumkan bahawa undang-undang tentera telah dikenakan dan arahan membunuh mana-mana rakyat Iraq yang menghampiri jarak 1,000 meter dari pengkalan tentera AS atau kompulan tentera AS. Radio tentera AS di wilayah tersebut berkata bahawa keputusan tersebut akan berkuatkuasa pada ketika itu juga. Perintah berkurung juga telah diisytiharkan di Ramadi, Hit, dan al-Qa'im.
Radio Amerika mengumumkan bahawa tentera AS berada dalam kedudukan peperangan di wilayah al-Anbar, dan mereka terpaksa mengisytiharkan undang-undang tentera menurut undang-undang tentera AS.
Wartawan Mafkarat al-Islam di Ramadi melaporkan bahawa Mujahiddin di sana telah menjawab kepada pengisytiharan tentera AS dengan menempatkan anggota mereka di seluruh bahagian di Ramadi secara terbuka, menyeru seluruh warganya agar jangan meninggalkan rumah masing-masing dan tinggal di tengah-tengah rumah juika sekiranya pertempuran meletus.
Manakala masjid-masjid di Ramadi, Hit, dan al-Qa'im telah menyeru seluruh penduduk agar mengangkat senjata dan mengesa mereka yang tua, yang tidak berupaya untuk mengangkat senjata agar berdoa kepada Allah untuk pejuang mujahiddin.
Kommuniqué gabungan mujahiddin memberi masa selama 12 jam kepada tentera AS agar keluar dari al-Qa'im
Wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa pertubuhan mujahiddin termasuk Tentera as-Sunnah, Tentera Pertama Muhammad, Pengkalan Jihad di bumi di antara dua sungai, Brigade Revolusi 1920, Brigade Kemenangan Salahuddin, Brigade Salafi Abu Bakar. Brigade Salafi ar- Rahman dan Brigade Kemuncak Islam telah mengeluarkan kommuniqué bersama di mana mereka telah memberi masa selama 12 jam kepada tentera AS untuk berundur daripada al-Qa'im dan membenarkan kemasukan makanan dan air kepada penduduk di bandar berkenaan yang selama ini telah disekat oleh tentera AS.
Pihak Mujahiddin mengugut bahawa jika tentera AS tidak berundur daripada al-Qa'im dalam masa yang ditetapkan itu maka kesemua pengkalannya di kesemua wilayah di Iraq akan diserang habis-habisan.
Kommuniqué tersebut memberi amaran bahawa seramai 60 serangan syuhada' akan dilaksanakan dalam satu hari di semua seksyen tentera penjajah di Iraq.
Sekejam-kejam zaman pemerintahan Saddam Hussein dulu takde laa seterok mcm skang ni bile Amerika dah jajah Iraq,nak buat mcm mane yg tolong depa pon org Islam jugak cume beza mazhab jer.Sebenarnye ni laa care Amerika nak bunuh orang Islam,kalo depa tembak membabi-buta nampak sgt laa depa nak bunuh org Islam.Tapi depa pandai pakai psikologi dgn care mengapi-ngapikan pengikut mazhab syiah supaya depa berperang walaupun sesama agama Islam,dgn care ni x nampak Amerika yg bunuh org Islam.
adakah ajaran islam sebenar mengalakan perkara ini ( perang ) sedangkan kebanyakan umat islam didunia tidak memiliki ilmu ,teknologi .perperangan.adakah kita nak melihat umat islam mati dalam keadaan sia-sia diatas kebodohan mereka sendiri .adakah perkara itu dituntut oleh ALLAH S.W.T
Allahuakbar,Allahuakbar , Allahualbar
kajilah Alquran dan pelajarilah ajaran islam sebenar
kebanyakan umat islam di dunia tidak memiliki ilmu, teknologi . perperangan.adakah kita nak melihat umat islam mati dalam keadaan sia-sia diatas kebodohan mereka sendiri
Sebenarnya kebanyakan umat islam di dunia tidak memiliki ilmuada cuma pandangan jumud sdr....Soal ilmu dan keberanian yang ada pada umat islam tidak perlu dipertikaikan cuma yang menjadi masalah ialah umat islam itu sendiri tidak yakin dengan sdr seagama mereka....
Russia yang mempunyai bala tentera dan teknologi yang canggih bisa dikalahkan oleh umat Islam di Afganistan.Apa hangpa ingat ini cerita kartun kaaa.....?????
Apa yang menjadi masalah ialah sifat umat islam itu sendiri yang sentiasa mencurigai dan suka menindas sesama sendiri yang memberikan peluang kepada musuh islam untuk bertindak....
Negara arab yang banyak dapat dikalahkan oleh satu negara yahudi lakhnatullah kerana apa...????Kerana mereka tak kuat kahhhh?????Kerana mereka curiga mencurigai antara satu sama lain.....
Afganistan ditawan oleh U.S kerana mereka bodohkahhhh????kerana umat islam sendiri yang benci dan tak suka dengan undang2 islam yang dilaksanakan oleh taliban dan puak pakatan Utara pula (Mereka nie bukan puak kafir tetapi yang orang islam jugak..)memberikan ruang kepada U.S untuk membunuh sdr.seagama mereka........
Saddam hussain ditangkap kerana dia bodoh tak tau larikan dirikah?????kerana pengkhianatan orang2 dia sendiri yang belot kepadanya hanya kerana diupah dengan sedikit wang.....
Peluru berpandu nuklear India dicipta oleh siapa????Bukan orang Islamkahhhh.....
wahai tongkat yang dihormatiiii,sudah saya jelaskan,soal senjata juga orang islam tak kurang hebatnya...senjata nuklear india dan pakistan orang islam yang buat.....cuma kekadang peluang tak diberikan pada kita....Scud yang di beli dari korea utara pada masa Iraq menyerang kuwait dahulu dimodify dengan baik sekaliiii hinggakan U.S terpaksa gunak patriot untuk menangkis...jadi apa nak heran dengan teknologiiii...
dalam bab ekonomi ni pulak bukan masalah besar punnnn,cuma yang jadi masalah ialah bila ada orang yang ambil kesempatan memerah keringat pejuang2 yang ikhlas untuk membantuuuuu.Apa tidaknya,yang bertungkus lumus orang lain..yang dapat nama orang lainnnn.jadilah lembu punya susu sapi dapat nama.
dah tu pulak yang si pejuang nie pun masalah pulakkk...klu randuk jugakkk poket dah pokaiiii tapi kalu tak ikut nanti dikatakan derhaka pulakkkk....
Sekarang kena bersatu dan buat sesuatu secara sulit...mcm la nabi berdakwah secara sulit...
Tak payah secara sulit.....yang penting ialah strategi perjuangan dan percaturan politik....Dan si pengikut bukanlah pengikut yang tolol dan menyokong membabi buta.....kena fikir positif dan negatif....
si pengikut yang hanya tahu anguk sahaja bukanlah pengikut yang baik...kerana ia akan menyebabkan pemimpin menjadi leka di buai mimpi yang indah hingga menyebabkan musuh mendapat ruang...
Si pemimpin pula jangan guna kelemahan yang ada pada pengikut untuk kepentingan diri...sebaliknya perlu ada pertimbangan sewajarnya untuk kebaikan semua peringkat....
Revolusi,reformasi,rampasan kuasa dan kemarahan rakyat adalah kerana pemimpin yang tamak,salah guna kuasa,diktator dan pentingkan diri sendiri sahaja....
Penyalahguanaan kuasa pula sering menyebabkan kecundangnya sesebuah instutusi,pertubuhan,masyarakat dan negara...
Ini adalah strategi yang sebaiknya yang patut dilakukan....
''klu randuk jugakkk poket dah pokaiiii tapi kalu tak ikut nanti dikatakan derhaka pulakkkk....'' Ini memang selalu terjadi dalam perjuangan...Memang betol teknologi org Islam tak kurang hebat dgn yahudi...Tapi bro Mafizal,setakat mana nak diperjuangkan kalau org islam tu sendiri yg belot...Nak majukan nuklear dah ditentang...Negara Islam mana yg berani??? Sekarang kena bersatu dan buat sesuatu secara sulit...mcm la nabi berdakwah secara sulit... Lepas semuanya dah kukuh baru ''on''...Kalau tidak yahudi akan menentang... Mengelak dari berperang juga dikira pejuang...
Saya setuju dengan kata-kata Tongkat30. Nabi bersembunyi dalam gua selama 13 tahun dahulu mengumpul kekuatan, baru keluar bila dah kuat dan berdakwah.
Kita patut ikut cara tu. Kalau kekuatan tak ada, terus keluar, mati katak la jawabnya.