Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sothinathan digantung


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:
Sothinathan digantung


Sothinathan digantung -- Kerana kelantangannya mengkritik kerajaan di Parlimen - PM

Oleh JOHARDY IBRAHIM dan HAMDEN RAMLY



KUALA LUMPUR 22 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membuat keputusan mengejut menggantung jawatan Datuk S. Sothinathan sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli selama tiga bulan, berkuat kuasa serta-merta.


Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran kelantangan Sothinathan mengkritik kerajaan berhubung isu Universiti Perubatan Crimea State (CSMU) di persidangan Parlimen semalam.


``Ya, kita telah membuat keputusan atas apa yang telah beliau lakukan di Parlimen.


``Sebagai seorang ahli kerajaan, beliau tidak sepatutnya mengambil tindakan itu.


``Ini telah jelas melanggar disiplin sebagai seorang ahli kerajaan,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pelabur 2005 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.


Sementara itu, Sothinathan, 45, dalam reaksi segeranya berkata kepada Utusan Malaysia malam ini: ``Arahan penggantungan serta-merta ini saya terima sebagai arahan kerajaan. Buat waktu ini saya tidak mahu komen apa-apa mengenai perkara itu.''


Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata: ``Perdana Menteri mempunyai hak untuk mengambil tindakan itu. Saya tidak ingin beri komen lanjut.''


Tindakan itu diambil setelah Perdana Menteri yang menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara itu mendapat perkenan Seri Paduka untuk penggantungan tersebut.


Perdana Menteri menegaskan penggantungan itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan jawatan Sothinathan sebagai seorang Ahli Parlimen bagi kawasan Teluk Kemang, kerusi yang dipertahankan dalam pilihan raya umum 2004.


Katanya, Sothinathan akan menjawat semula jawatannya sebagai Timbalan Menteri selepas tempoh penggantungan tamat.


``Dia telah digantung dan dia bukan lagi Timbalan Menteri selama tiga bulan. Bagaimanapun dia kekal sebagai Ahli Parlimen,'' katanya.


Difahamkan keputusan penggantungan itu dicapai di mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Abdullah berkata Sothinathan, setiausaha agung MIC, mungkin anggota pertama Kabinet Malaysia yang digantung jawatan.


Semalam, pada sesi perbahasan di Parlimen, Sothinathan dilaporkan mempersoalkan beberapa tindakan serta keputusan kerajaan dalam menangani isu penarikan balik pengiktirafan ijazah perubatan CSMU di Ukraine oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).


Tindakan yang dilakukan bersama-sama Ahli Parlimen parti pembangkang itu mencetuskan pertikaman lidah yang bercampur sentimen perkauman sesama penyokong kerajaan dan pembangkang.


Pergeseran dikatakan menjadi `panas' apabila Sothinathan bangkit mencelah ucapan penggulungan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dengan mempersoalkan tahap profesional MMC hingga mendatangkan kesan kepada ramai pelajar perubatan keturunan India.


Sothinathan turut mempertikaikan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi yang mengeluarkan surat "tidak membantah" kepada pelajar Malaysia yang tidak layak mengikuti kursus pra-perubatan di CSMU.


``Kerajaan kata masalah ini timbul sejak beberapa tahun lalu tetapi mengapa kementerian masih mengeluarkan surat itu dan mengapa kerajaan tidak ambil tindakan sebelum ini,'' katanya.


Tindakan Sothinathan itu bagaimanapun tidak disenangi oleh beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain.


Keadaan menjadi bertambah buruk apabila berlaku insiden jerit menjerit membabitkan penyokong kerajaan dan pembangkang.


Isu penarikan balik pengiktirafan ijazah perubatan CSMU di Ukraine oleh MMC mula diperjuangkan oleh MIC. Sebanyak 70 peratus pelajar Malaysia di universiti itu berketurunan India.


CMSU merupakan antara beberapa universiti di negara bekas Kesatuan Soviet yang diberikan pengiktirafan oleh MMC bagi menawarkan kursus perubatan kepada pelajar perubatan daripada Malaysia.


Pengiktirafan itu bagaimanapun telah ditarik balik atas alasan kualiti pembelajaran yang diragukan.


Ini termasuklah tindakan CSMU menerima pelajar sastera yang gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti kursus pra-perubatan serta masalah nisbah tenaga pengajar dan pelajar yang dianggap tinggi.


Setakat ini, 1,157 pelajar Malaysia menuntut di CSMU dengan pelajar India mencatat jumlah paling ramai iaitu 581 orang, Melayu (231), Cina (220) dan selebihnya terdiri daripada lain-lain bangsa.


Abdul Latiff semasa menjawab usul tersebut, berkata kerajaan dan MMC tidak menganiaya CSMU apabila menarik balik pengiktirafan itu.


Ini kerana mereka telah diberi peluang selama setahun untuk menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan oleh MMC sehingga menimbulkan keraguan terhadap mutu pembelajaran di universiti itu.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:

Assalamualaikum...


Bukan niat saya menimbulkan apa apa contraversi... Bukan nak pertikai keputusan kerajaan, Jauh sekali... Saya sendiri menyokong 100% keputusan yang diambil oleh PM kita.


Tapi lihatlah cara bagaimana seorang MP India memperjuangkan bangsanya ... Sanggup sampai digantung jawatan asalkan suara bangsanya kedengaran di parlimen.


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

wira513 wrote:
Assalamualaikum... Bukan niat saya menimbulkan apa apa contraversi... Bukan nak pertikai keputusan kerajaan, Jauh sekali... Saya sendiri menyokong 100% keputusan yang diambil oleh PM kita. Tapi lihatlah cara bagaimana seorang MP India memperjuangkan bangsanya ... Sanggup sampai digantung jawatan asalkan suara bangsanya kedengaran di parlimen.  

          mafizal wrote "DI ALAM NYATA ANDA BACUL DAN PENGECUT"


Mungkin inikah yang dimaksudkan.............



__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:


wira513 wrote:


Assalamualaikum... Bukan niat saya menimbulkan apa apa contraversi... Bukan nak pertikai keputusan kerajaan, Jauh sekali... Saya sendiri menyokong 100% keputusan yang diambil oleh PM kita. Tapi lihatlah cara bagaimana seorang MP India memperjuangkan bangsanya ... Sanggup sampai digantung jawatan asalkan suara bangsanya kedengaran di parlimen.  


Salam utk semua,


..Ada betul tu..tapi mrk perjuangkan bangsa...kita pulak harus perjuangkan agama....tak kira kerajaan ka pembangkang ka....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

thats rite bang dewa petir

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

DewaPetir wrote:


Salam utk semua, ..Ada betul tu..tapi mrk perjuangkan bangsa...kita pulak harus perjuangkan agama....tak kira kerajaan ka pembangkang ka....

Agak2 Isu murtad itu perjuangan agama jugak ka???!!!

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Veteran

Status: Offline
Posts: 49
Date:

murtad perjuangan agama jika kesalahannya berpunca dari org islam sendiri...


mereka perlu dibunuh kerana kebarangkalian untuk mereka kluar adalah susah...


susah kerana kebenaran...mungkin kita banyak mencipta yg tidak benar...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 25
Date:

Dudeks lambat pick up.....


isu murtad yg sedara kita bentangkan tu FYI mmg satu bentuk perjuangan agama.


 



__________________
asalku teguh illah liput..


Veteran

Status: Offline
Posts: 49
Date:

:)...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 128
Date:

Bersatu teguh, Bercerai roboh.

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

biar putih mata jgn putih tulang

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:


natural wrote:


thats rite bang dewa petir


 


salam,


abang dewa petir...wat ever laahhh..



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...


                    "Bila mendengar laporan penggantungan jawatan keatas YB Sothinathan, kita semua tidak akan merasa hairan kerana inilah budaya yang menjadi darah daging BN dan semua parti-parti komponennya iaitu seseorang penyokong kerajaan diHARAMKAN membangkang apa juga cadangan dan keputusan kerajaan.

Walaupun keputusan itu jelas merugikan rakyat ianya tetap menjadi kesalahan jika dibangkang.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang kenapa Sothinathan digantung tetapi apa yang saya ingin nyatakan di sinilah tentang bahayanya budaya ini kepada negara, kerana jika ianya diteruskan sudah pastilah kita akan mempunyai pimpinan yang jenis 'YES MAN' tidak berani menyatakan sesuatu walaupun ianya benar.

Bila nak membangkang sesuatu perkara, mereka akan terbayang, gaji tak dapat, elaun ditarik, kenaikan pangkat dibekukan dan macam-macam lagi. Budaya ini sebenarnya menular dari kepimpinan atasan hinggalah kepada peringkat JKKK.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:

 


Assalamualaikum...


Perlu diingatkan disini fungsi /peranan/ TANGGUNGJAWAP sebenar seorang MP ialah kepada kawasannya... Iaitu kepada rakyat yang memilih beliau untuk menjadi WAKIL RAKYAT...


Maksudnya beliau perlu meletakkan interest rakyat dalam pertimbangan beliau sebelum kepentingan politik.


Itu lah yang terjadi dalam kes Soothinathan.


Soalan kecil dari saya...


Di manakah counterpart Soothinathan dalam masyarakat Melayu???


 



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

KALO DAH SIREH TU,    SIREH JUGAK LER.............


 




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:

wira513 wrote:


  Assalamualaikum... Perlu diingatkan disini fungsi /peranan/ TANGGUNGJAWAP sebenar seorang MP ialah kepada kawasannya... Iaitu kepada rakyat yang memilih beliau untuk menjadi WAKIL RAKYAT... Maksudnya beliau perlu meletakkan interest rakyat dalam pertimbangan beliau sebelum kepentingan politik. Itu lah yang terjadi dalam kes Soothinathan. Soalan kecil dari saya... Di manakah counterpart Soothinathan dalam masyarakat Melayu???  


Isa samad ketua UMNO Teluk Kemang.


Sothinathan Ahli Parlimen teluk Kemang.


M'cam berjanji pulakkkk



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard