Di kala lensa kamera di Malaysia begitu bernafsu menghala ke tubuh gebu para artis dan pelakon yang seperti tidak mampu membeli baju yang menutup tubuh, lensa kamera hamba Allah ini menghala ke jasad lemah rakyat Palestin di mamah peluru gila rejim Zionis. Siapakah insan ini ? Mengapa beliau tidak menggunakan kemahirannya untuk memburu para artis dan pelakon seperti di Malaysia yang seperti tidak ada modal lain untuk meraih populariti selain rupa cantik dan mencipta kontroversi murahan. Siapakah insan istimewa ini ? Wartawan Palestinkini, Maszlee Malek sempat bertemu dan mencungkil latar belakang beliau ...
Sewaktu konvensyen "Perhimpunan Rakyat Palestin di Eropah" yang berlangsung pada 7 Mei 2005 di Vienna, Austria, sekumpulan individu yang mempunyai latar belakang yang berbeza telah dijemput untuk memberikan ucapan. Di antara mereka, ada yang ahli politik, pemikir, sasterawan, ahli akademik dan juga wartawan. Mereka semua dikumpulkan di bawah satu persamaan, iaitu sebagai rakyat Palestin yang ingin membicarakan persoalan "Hak untuk Kembali" (Rights of return) bagi rakyat Palestin yang kini hidup dalam diaspora. Pelbagai corak persembahan yang dibawa oleh manusia-manusia yang mempunyai pengalaman dan juga gaya yang tersendiri. Di antara mereka ada seorang pemuda yang berusia 34 tahun yang bertugas sebagai wartawan dan juru gambar reuters di Gaza, Palestin. Beliau ialah Ahmad Jad Allah (baca: Jadullah).
Ahmad menceritakan pengalamannya
Apa istimewanya Ahmad?, seperti anak-anak muda Palestin yang lain, beliau hanya merupakan salah seorang daripada mangsa kezaliman rejim Zionis. Beliau merupakan generasi ketiga bagi rakyat Palesin yang hidup di bawah kekejaman rejim Zionis. Datuknya dan juga dua orang pak ciknya telah syahid lewat peristiwa Nakbah tahun 1948 ketika diusir ke jalur Gaza. Dua orang abangnya telah syahid dibunuh oleh tentera- tentera rejim. Keluarganya sentiasa hidup di dalam ancaman dan sering disoal siasat serta ditahan, terutamanya selepas syahidnya abang beliau yang telah berjaya melancarkan serangan ke atas tentera-tentera Zionis beberapa tahun yang lalu. Bapanya sendiri menjadi antara orang yang dikehendaki oleh rejim Zionis. Bagi Ahmad, jika bapa dan abangnya dan juga rakan-rakan beliau yang lain mempunyai cara masing-masing di dalam misi untuk membebaskan bumi Palestin dan masjid al-Aqsa, beliau juga mempunyai cara beliau yang tersendiri. Jika para mujahid beriged al-Qassam, Saraya al-Quds, dan juga lain-lain komando Palestin memikul senjata untuk berhadapan dengan kezaliman dan keganasan tentera-tentera rejim Zionis, beliau memilih untuk memikul kamera.
"Gambar-gambar yang saya ambil adalah 1000 kali ganda kesannya dari roket-roket yang dilancarkan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin", kata Ahmad. Mana tidaknya, melalui lensa kameranya, beliau telah berjaya mengambil gambar-gambar kesengsaraan rakyat Palestin sewaktu diserang, usai serangan dan juga kesan-kesan serangan. Beliau menumpukan untuk mengambil gambar anak-anak Palestin yang menjadi mangsa keganasan yang tiada tandingannya oleh rejim Zionis di Palestin. "Gambar seorang kanak-kanak berjalan di atas runtuhan rumahnya telah berjaya menarik simpati jutaan manusia di seluruh dunia, sekaligus mempamerkan wajah sebenar rejim Zionis", kata Ahmad. Kini, koleksi gambar-gambar yang beliau ambil telah menyebabkan dia diundang ke serata dunia, terutamanya negara-negara Eropah sebagai bahan bukti "first hand" kepada dunia perihal kesengsaraan rakyat Palestin dan juga wajah kegansan yang sebenar pihak rejim. Dengan gambar-gambar itu juga beliau telah memnangi anugerah-anugerah bertaraf dunia di dalam dunia fotografi. "Anugerah-anugerah yang saya perolehi bukanlah simbol kejayaan saya, tetapi simbol kejayaan dan kebangaan rakyat Palestin", kata Ahmad. "Saya ingin rejim Zionis mengetahui, segala tekanan yang mereka kenakan ke atas rakyat Palestin hanya akan menjadikan setiap individu Palestin semakin hebat dalam bidang masing-masing", tambahnya lagi. Jika anda terpandangkan gambar anak-anak Palestin yang tercedera, yang syahid dan juga yang meratapi pilu kehilangan keluarga, ibu, ayah dan rumah mereka, jika tertulis padanya reuters, maka itu adalah di antara hasil tangan Ahmad.
Ahmad bersama Kadhi al-Quds, Syeikh Taysir al-Tamimi
Jihadnya melalui lensa kamera, walau bagaimanapun bukanlah semudah yang disangkakan. Di dalam senarai 14 individu yang tidak dibenarkan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam bumi Palestin yang dijajah, namanya di antara yang teratas. Bagi insan sepertinya dan juga mereka-mereka yang berkecimpung di dalam dunia kewartawanan seperti beliau, mereka seringkali menjadi sasaran peluru-peluru tentera rejim. Bukan hanya sekadar ditahan, malah menjadi satu kewajipan, bagi mereka yang memikul kamera dan memakai lencana PRESS, mereka tidak akan dibenarkan melepasi pos-pos kawalan yang memisahkan di antara satu bandar dengan bandar yang lain di bumi Palestin yang dijajah.
Menurutnya, selama umurnya 30 tahun, walaupun mempunyai karier sebagai seorang juru gambar dan juga seorang wartawan, beliau tidak pernah berpeluang untuk meninggalkan Gaza. Adalah mustahil baginya untuk bergerak bebas ke sana dan ke mari, namun itu bukanlah halangan baginya untuk meneruskan jihad beliau di dalam ruang yang ada. Hasilnya dunia menjadi celik terhadap siapakah yang sebenarnya "pengganas". Hasil pungutan suara pada tahun lalu terhadap penduduk Eropah yang menyertai EU (European Union), pandangan massa (Public Opinion) menunjukkan bahawa 57% daripada rakyat Eropah merasakan Israel merupakan negara yang paling tidak selamat di dunia untuk dikunjungi, dan rejim Zionis merupakan pengganas yang sebenar. Gambar-gamabr yang diambil oleh beliau mempunyai saham yang tersendiri di dalam usaha mencorakkan pendapat umum tersebut.
Kemuncak dugaan yang beliau terima amat memedihkan. Pada tahun lepas, lewat keganasan tentera rejim Israel di kem pelarian Jabaliyya, di Gaza, beliau telah terkena kesan tembakan kereta kebal Merkava milik tentera rejim. Di hadapannya, 14 orang gugur syahid, di antara mereka, ada yang badannya terbelah dua, di anta mereka kanak-kanak, pasukan bomba dan juga petugas perubatan dan ambulans mereka. "Saya sering merakamkan gambar orang yang menjadi mengsa tembakan kereta kebal Zionis, tetapi pada hari itu, saya sendiri menyaksikan bagaimana peluru kereta kebal datang ke arah kami!", tegas Ahmad dalam linangan air mata. Bedilan tersebut telah mengeluarkan paku-paku yang berterbangan mencederakan sesiapa sahaja yang berada di dalam jarak 10 meter dari kawasan tersebut. Senjata tersebut merupakan di antara senjata yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa. "Di hadapan saya, tubuh-tubuh bergelimpangan, rakan-rakan saya kaku tidak benyawa, ada yang terputus dua bandannya, ada yang pecah kepalanya, dan ada kanak-kanak yang hancur kakinya", sambung Ahmad sewaktu rakaman peristiwa tersebut dimainkan untuk tatapan para peserta konvensyen. Kaki beliau sendiri telah cedera parah, di samping luka di kepala dan mulutnya. Beliau telah dipapah kerana tidak mampu untuk berdiri, dan terpaksa menunggu selama hampir sejam, kerana ambulans tidak dapat memasuki kawasan yang telah dikepung oleh lebih 40 buah kereta kebal tentera rejim Zionis. "Saya merasakan itulah detik-detik terakhir kehidupan saya, dan hnya mampu menjerit menahan kesakitan, dan kemudiannya jatuh pengsan", sambung Ahmad. Dia hanya sedar selepas kakinya telah mengalami pembedahan untuk mengelakkannya dari lumpuh seumur hidup. Selepas itu, beliau telah dihantar unruk menjalani rawatan selanjutnya di London untuk terapi.
Ahmad Jad Allah
Ahmad tidak mengetahui bahawa peristiwa yang dialaminya itu telah berjaya dirakamkan oleh salah seorang wartawan yang berada di Jabaliyya bersamanya. Hanya selepas enam bulan, barulah dia menerima footage rakaman tersebut. "Pada mulanya saya tidak sanggup untuk melihat rakaman tersebut, ia bagaikan mimpi ngeri dalam hidup saya", dalam komentar Hamad terhadap rakaman selama enam minit yang ditayangkan kepada peserta konvensyen. Ternyata Ahmad seorang wira bagi rakyat Palestin, dan apa yang dialaminya adalah sebahagian daripada pra syarat untuk menjadi seorang wira. Bagi kita di Malaysia pula, apakah pula perjuangan kita? Dan adakah kita boleh berpuashati dengan apa yang telah kita lakukan tanpa diuji lagi? Cukuplah ayat di bawah ini sebagai renungan untuk bersama-sama kita hayati:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka mereka akan dibiarkan berkata "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?", Dan demi sesungguhnya!, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian tersebut), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang berimandan nyata pula apa yang diketahinya tentang orang-orang yang berdusta" "
Jihad ni ada byk cara dan cabang....Salah satunya adalah apa yg dilakukan oleh Ahmad Jad Allah .. jihad melalui lensa kamera ...ujian utk saudara kita di palestin...memang amat berat...kerana rejim yahudi laknatullah terang2 memerangi mrk...Semoga mrk senantiasa dlm perlindungan Allah hendaknya...Amin...Sekurang2nya dgn ada wartawan sptnya akan terbongkarlah nafsu serakah rejim yahudi laknatullah mencabuli tanah palestin......Sesungguhnya kutukan ,sumpah seranah hanya utk mu bangsa laknatullah...Dari org awam hingga pemimpin mrk....sorang pun tak bleh percaya.....semua sekerongkol...
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice