berikut merupakan jawapan nickname 'tun sri lanang'...
tun sri lanang:
Tertarik saya dengan berbagai-bagai komen ttg kenyataan Dr Ma****ah oleh penggemar email kita. Malangnya komen mereka terlalu emosional dan melatah. Malah ada komen bersifat nakal. Saya tergerak untuk menulis kerana semakin ramai orang dikelirukan oleh mereka yang keliru.
Komen dibuat tanpa memahami pengertian atau definisi darurat. Maka itu ramai yg mudah melatah dan bersifat prasangka. Disulami pula dgn sentimen politik. Sdgkan kenyataan Dr. Masitah jelas iaitu “hanya dalam keadaan darurat” Soalnya sekarang sebelum kita pergi labih jauh sudahkah kita mencari jawapan pengertian darurat.
Dlm apa saja perbincangan atau jika kita ingin membuat komen sesuatu kenyataan biarlah kita memahami sesuatu perkataan bukan hanya dari segi makna sahaja tetapi juga harus difahami dari segi pengertian. Atau dgn kata lain definisinya. Samalah juga kita sebagai orang Islam, kalau kita hendak bercakap pasal Islam kita mesti faham tentang pengertiannya. Kalau setakat nak menjawab Islam itu maknanya sejahtera atau sebagainya, saya rasa budak-budak sekolah rendah sekarang boleh menjawab.
Komen oleh Saudara Zulhasmi NS, nampak cukup emosional. Kita boleh kata ia emosial kerana komennya jelas ia tidak memahami isu. Tidak memahami isu kerana ia tidak memahami pengertian darurat. Gear pertama belum masuk tapi terus masuk gear tiga, memanglah terlajak.
Biarlah saya terangkan bahawa darurat ialah satu keadaan yang menyukarkan sehingga kita tiada pilihan lain, terpaksa dan bukan mengikut kehendak hati kita.
Seandainya kita sedang kelaparan yg amat sangat sedangkan di sekitar kita hanya ada daging babi walaupun kita sudah puas berikhtiar untuk mencari makanan lain, maka adalah diharuskan bagi kita memakan daging babi tersebut untuk sekadar menyelamatkan nyawa kita. Tetapi kalau kita memakan daging babi tersebut kerana kesedapannya walaupun tiada pilihan lain maka ia bukan lagi darurat namanya.
Hatta jika kita terpaksa untuk menafikan bahawa Allah itu bukan tuhan, jika tidak kita akan dibunuh oleh musuh , maka adalah dibenarkan lidah kita berbuat demikian tetapi dlm hati mesti tetap mengakui Allah itu tuhan kita. Itulah selemah-lemah iman.
Dosa kerana menafikan Allah itu tuhan kita adalah dosa yg paling besar kerana ia membawa kekufuran. Balasan bagi dosa ini ialah mereka akan diletakkan ke dalam neraka secara kekal bersama-sama org kafir. Manakala dosa zina, pelacuran, makan babi dan sebagainya balasannya ialah neraka tetapi meraka akan dikeluarkan dari apa neraka setelah habis tempoh menjalani hukuman. Maka itu dosa zina, pelacuran dan makan babi memang dosa besar tetapi tarafnya adalah lebih rendah berbanding dosa menafikan Allah itu tuhan kita.
Jesteru itu , jika kita diharuskan untuk menafikan bahawa Allah itu tuhan dalam keadaan darurat, mengapa pula perbuatan seperti zina, pelacuran dan makan babi tidak diharuskan dalam keadaan darurat. Maka itu, seorang wanita jika ia tiada pilihan lain dan terpaksa melacur hanya semata-mata untuk menyelamatkan diri atau mungkin tanggungannya daripada mati kelaparan, hukumnya adalah haruskan. Harus kerana ia adalah darurat iaitu hanya itulah pilihan yang ada untuk mengelakkan diri dari mati kelaparan.
Saudara Zulhasmi menyatakan dalam pelacuran tiada darurat. Saya setuju dengan kenyataan itu. Tetapi dalam kehidupan kita bila-bila masa, mungkin dengan tidak dijangka, kita akan menghadapi darurat. Dan pada masa itulah kita terpaksa melakukan perkara-perkara yg dikategorikan sebagai berdosa kerana tiada pilihan lain.
Memang betul kata saudara Zulhasmi, mereka boleh bekerja sebagi pencuci pinggan, amah, penggilap kasut atau setidak-tidaknya meminta sedekah. Tahukah saudara Zuhasmi kalau mereka ada pilihan untuk melakukan kerja-kerja tersebut, itu bukan darurat namanya . Maka itu jika seseorang itu diberi peluang utk melakukan kerja tersebut, tetapi masih mahu menjadikan pelacuran sebagai kerjanya maka sudah tentu perbuatan itu haram kerana kerja itu adalah mengikut kehendak hatinya, sedangkan Dr. Masitah menerangkan ia jadi harus jika dalam keadaan darurat itu terpaksa dan bukan kehendak hatinya.
Kenyataan Saudara Zulhasmi sudah terkeluar dari kontek kenyataan Dr. Masitah kerana beliau gagal memahami pengertian darurat. Saudara Zahasmi sudah keliru pada diri sendiri tetapi malangnya tidak merujuk kepada orang yang lebih tahu dan terus membuat komen dalam keadaan pandangan yg kabur tentang darurat.
Pada pendapat saya Saudara Zulhasmi tidak perlu meminta Majlis Fatwa membuat penjelasan kerana kenyataan Dr. Masitah adalah jelas. Tetapi jelas hanya pada org yang memahami definisi darurat, cuma yg keliru adalah Saudara Zulhasmi sendiri yg gagal memahami apa itu darurat
Wahai rakan-rakan sekelian, seandainya org lain membuat kenyataan fahamilah juga apa yg tersirat bukan hanya dari apa yg tersurat. Tidak salah kita membuat komen tetapi mestilah bersandarkan ilmu bukan perasaan. Orang yg berilmu tidak mudah melenting atau melatah. Jgnlah nanti orang kata ilmu sejengkal tetapi mahu menyangkal keayataan orang lain bagaikan ilmu sudah tinggi melangit. Akhirnya kita juga yg mendapat gelaran bodoh sombong, riak ataupun takbur.
Sekian wassalam.
dudeks_mambera:
saya bukan menyokong sesiapa dalam hal ini...
saya tidak mampu bercakap lansung..
pertamanya, saya tidak mempunyai ilmu...
keduanya,sebagai tempat rujukan masyarakat dalam hal2 agama, beliau(dr ma****ah) pastinya bertemu permasaalahan yg rumit sehingga perlu berijtihad begitu..san saya sebagai seorang lelaki,tidak pernah menghubungi beliau untuk bertanya, berapa peratus masaalah sebegitu yg dijumpainya?
atau,ramai sangat kah yg darurat?
atau hanya dua -tiga kerat?
kalau hanya seorang,saya tidak mampu untuk membantu wanita(yg menyebabkan beliau berijtihad begitu) atau paling tidak pun ingin mengambil wanita tersebut sebagai isteri...
saya memang tidak layak berkata2...
kenapa saya seakan-akan membela beliau?
beliau berada dalam golongan yg teraniaya...sekali lagi,banyak perkataan kafir,pelacur,anjing yg kita dengar...
yg melanggan mempunyai kuasa dalam menentukan wanita tersebut meminta sedekah atau melacur...
terima kasih kepada dudeks_mambera sebab telah menerangkan dgn lebih jelas lagi mengenai isu tersebut.. so, fahamilah dahulu tentang tajuk yg nak dibentangkan agar tidak akan tersalah langkah lagi.. tp. xper..blajar dari kesilapan...
Pertama sekali.... saya menyokong pengertian darurat yang dibuat oleh saudara DUDEKS MAMBERA tentang pengertian darurat.Tapi ISLAM itu perlu ditafsir dengan lebih teliti....
Seperti contoh makan babi bila tiada pilihan lain.......Pernah ke kita dengar walaupun seorang KOMANDO kita yang terpaksa makan babi di dalam hutan belantara kita???.....TAKDE kan....sebab ape.......sebab dalam hutan belantara kita banyak binatang dan tumbuhan lain yang boleh dimakan....Jadi tak pernah ade manusia yang sesat dalam hutan makan babi sebab benda lain lagi senang nak jumpa daripada babi.
Macam tu jugak la dengan kes perempuan tadi yang kononnya DARURAT jadi pelacur.....kalau kat negara lain(miskin) saya rasa mungkin la.......tapi kat MALAYSIA tak la sampai macam tu sebab banyak keja lain yang dia boleh buat.Jadi,kalau kenyataan Dr Ma***ah tu umum saya sokong kenyataan dia,tapi kalau merujuk kes perempuan yang kena tangkap hari tu saya LANGSUNG TAK SOKONG.Bagi saya perempuan tu nak cari duit cara senang....sebab kalau jadi tukang sapu berapa sen la sangat dia dapat.Tapi kalau jadi pelacur "se round" dah dapat paling koman pun RM50(rate Chow Kit).Jadi bila dah kantoi dia buat la cerita sedih konon-konon susah la, nak bagi makan anak la.
Bagi saya la... (yang sekolah agama sampai darjah 6), kalau nak berijtihat kena la tengok jugak keadaan sekililing kita.Jangan main belasah ikut dan je....
Sekian....
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
Pertama sekali.... saya menyokong pengertian darurat yang dibuat oleh saudara DUDEKS MAMBERA tentang pengertian darurat.Tapi ISLAM itu perlu ditafsir dengan lebih teliti.... Seperti contoh makan babi bila tiada pilihan lain.......Pernah ke kita dengar walaupun seorang KOMANDO kita yang terpaksa makan babi di dalam hutan belantara kita???.....TAKDE kan....sebab ape.......sebab dalam hutan belantara kita banyak binatang dan tumbuhan lain yang boleh dimakan....Jadi tak pernah ade manusia yang sesat dalam hutan makan babi sebab benda lain lagi senang nak jumpa daripada babi. Macam tu jugak la dengan kes perempuan tadi yang kononnya DARURAT jadi pelacur.....kalau kat negara lain(miskin) saya rasa mungkin la.......tapi kat MALAYSIA tak la sampai macam tu sebab banyak keja lain yang dia boleh buat.Jadi,kalau kenyataan Dr Ma***ah tu umum saya sokong kenyataan dia,tapi kalau merujuk kes perempuan yang kena tangkap hari tu saya LANGSUNG TAK SOKONG.Bagi saya perempuan tu nak cari duit cara senang....sebab kalau jadi tukang sapu berapa sen la sangat dia dapat.Tapi kalau jadi pelacur "se round" dah dapat paling koman pun RM50(rate Chow Kit).Jadi bila dah kantoi dia buat la cerita sedih konon-konon susah la, nak bagi makan anak la. Bagi saya la... (yang sekolah agama sampai darjah 6), kalau nak berijtihat kena la tengok jugak keadaan sekililing kita.Jangan main belasah ikut dan je.... Sekian....
Satu pandangan yg bernas dan berakal...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Pertama sekali.... saya menyokong pengertian darurat yang dibuat oleh saudara DUDEKS MAMBERA tentang pengertian darurat.Tapi ISLAM itu perlu ditafsir dengan lebih teliti.... Seperti contoh makan babi bila tiada pilihan lain.......Pernah ke kita dengar walaupun seorang KOMANDO kita yang terpaksa makan babi di dalam hutan belantara kita???.....TAKDE kan....sebab ape.......sebab dalam hutan belantara kita banyak binatang dan tumbuhan lain yang boleh dimakan....Jadi tak pernah ade manusia yang sesat dalam hutan makan babi sebab benda lain lagi senang nak jumpa daripada babi. Macam tu jugak la dengan kes perempuan tadi yang kononnya DARURAT jadi pelacur.....kalau kat negara lain(miskin) saya rasa mungkin la.......tapi kat MALAYSIA tak la sampai macam tu sebab banyak keja lain yang dia boleh buat.Jadi,kalau kenyataan Dr Ma***ah tu umum saya sokong kenyataan dia,tapi kalau merujuk kes perempuan yang kena tangkap hari tu saya LANGSUNG TAK SOKONG.Bagi saya perempuan tu nak cari duit cara senang....sebab kalau jadi tukang sapu berapa sen la sangat dia dapat.Tapi kalau jadi pelacur "se round" dah dapat paling koman pun RM50(rate Chow Kit).Jadi bila dah kantoi dia buat la cerita sedih konon-konon susah la, nak bagi makan anak la. Bagi saya la... (yang sekolah agama sampai darjah 6), kalau nak berijtihat kena la tengok jugak keadaan sekililing kita.Jangan main belasah ikut dan je.... Sekian....
Hmmmm,betul sesangat apa yang dikatakan oleh Mr.Sani Maidin tuu.kekadang cam cerita lawak pulak mereka buat pada agama islam...
Saya perhatikan Dr Ma***ah ni semenjak,duamenjak nie asyik tersasul aje.Dulu kes The Zouk.Skg ni kes pelacuran pulak.
Isk,isk,iskkkkk..apa cerite nie ustazahhhh oooiiii.ada arahan dari atas ke????