Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kumpulan Dewa Pejuang Yahudi (Bahagian I)???


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:
Kumpulan Dewa Pejuang Yahudi (Bahagian I)???


Assalamualaikum...

Baru-baru ini, Indonesia telah digemparkan dengan insiden 10 April 2005 apabila Kumpulan Dewa, group terkenal di republik itu didakwa telah memijak kaligrafi kalimah ALLAH berbentuk bintang yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Trans TV. Kaligrafi tersebut merupakan lambang album terbaru Dewa, Laskar Cinta.

Ustaz Wahfiuddin, seorang pendakwah terkenal yang secara kebetulan menonton siaran langsung itu telah membuat aduan ke stesen TV tersebut, mendakwa logo yang dipijak oleh Dewa sebenarnya adalah kaligrafi kalimah 'ALLAH'. "Orang yang mengenal huruf Arab dan sedikit faham mengenai seni akan langsung mengetahui bahawa logo di lantai yang diinjak-injak itu adalah kalimah ALLAH," katanya. Aduan itu terus diberi perhatian oleh Pengarah Trans TV, Ishadi SK dan sudut penggambaran kamera diubah serta merta sehingga akhir pementasan. Pihak Trans TV bagaimanapun mengundang Ustaz Wahfiuddin ke stesen tersebut untuk berdepan dengan Ahmad Dhani selaku ketua kumpulan Dewa bagi merungkai kekusutan dan menjernihkan semula keadaan yang bersebab pada kaligrafi dan dakwaan pendakwah tersebut. Wahfiuddin telah menunjukkan sendiri kepada Ishadi dan Ahmad Dhani sendiri sebuah buku berjudul 'The Cultural Atlas Of Islam' karya Prof. Dr Ismail Faruqi yang memaparkan imej bintang yang sama berupa tulisan kaligrafi Arab dari ungkapan 'LAFDHUL JALALAH' (ALLAH). Ahmad Dhani berusaha menafikan dengan mengatakan terdapat perbezaan antara 'LAFDHUL JALALAH' dan Laskar Cinta kerana lambang yang dipijak itu sudah dimodifikasikan. "Dhani telah memodifikasikannya dengan mengisi bahagian tengah dari huruf terakhir (ha). Tapi bagi orang yang mengenal huruf Arab, modifikasi itu tidak mengubah bentuk dan maknanya secara signifikan," kata Ustaz Wahfiuddin.

Didin Sirajuddin AR dari Lembaga Kaligrafi Al Quran (LEMKA) bersetuju bahawa lambang kaligrafi Laskar Cinta adalah simbolik dari kaligrafi Arab 'LAFDHUL JALALAH'. Apabila ditanya mengenai perbezaan seperti yang dinyatakan Ahmad Dhani, Didin berkata, lambang itu tidak sepenuhnya mirip tapi ia boleh dibaca dengan tulisan kufi (kubisme) sebagai ungkapan ALLAH. Selepas pertemuan Wahfiuddin dan Ahmad Dhani, pengurus Dewa, Dian menganggap isu tersebut telah selesai.

Kemelut itu bagaimanapun tidak reda sebagaimana yang dijangka. Berakar daripada konsert di Trans TV itu, ada pihak lain yang mahu menyelongkar cerita di belakang pentas muzik Dewa. Tokoh Budayawan, H Ridwan Saidi yang juga bekas Ahli Parlimen (DPR), pada 2 Mei 2005 lalu telah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa, meminta supaya kumpulan Dewa disiasat kerana disyaki menjadi AGEN PENYEBAR PROPAGANDA ZIONIS YAHUDI di repulbik itu. "Ini harus disiasat. Ada apa di belakang Dewa?" kata Ridwan dipetik dari majalah Saksi keluaran 22 Mei 2005. Menurut Ridwan lagi, Laskar Cinta bukan satu-satunya tindakan Dewa yang boleh dilihat sebagai usaha memperlekehkan Islam, bahkan telah bermula sejak album mereka yang pertama lagi dengan simbol yang membawa imej ZIONIS YAHUDI. Untuk mengikuti kisah seterusnya, tunggu bahagian II atau akhir nanti. "




-- Edited by yus_padi at 17:30, 2005-06-30

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard