Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mahathir Bazirkan jutaan Ringgit Lobi “White House”


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:
Mahathir Bazirkan jutaan Ringgit Lobi “White House”


Assalamualaikum...///

- Ditulis semula oleh : Badrul Hisham Shaharin (28 Jun 2005)

Menurut satu sumber sahih Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyatakan Jabatan itu sedang menyiasat kes melibatkan pembayaran jutaan ringgit oleh kerajaan Malaysia kepada beberapa orang ahli kongres bagi tujuan melobi sokongan kerajaan Amerika Syarikat yang dilakukan secara tidak sah.

Media-media antarabangsa mendakwa kerajaan Malaysia melalui bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membayar jutaan ringgit kepada sebuah badan pemikir sayap kanan Amerika Syarikat untuk melobi sokongan pentadbiran Rumah Putih sejak tahun 2001.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat terjejas selepas pemecatan dan pemenjaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang didakwa negara kuasa dunia itu tidak adil dan melanggar hak asasi manusia.

Cara Dr Mahathir memerintah termasuk keputusan untuk mengikat matawang Malaysia dan sikap anti-semitik membuatkan beliau menghadapi kecaman dari berbagai pihak dalam dan luar negara termasuk dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, selepas George W Bush dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000, Dr Mahathir didakwa terlibat membayar sekurang-kurangnya 5.3 juta ringgit kepada Heritage Faundation bagi melobi sokongan kerajaan Amerika kepada pentadbirannya.

Perkara tersebut didedahkan kali pertama di muka depan akhbar harian berpengaruh Amerika, Washington Post, 17 April lalu.

Laporan itu menyebut, Heritage Foundation melalui pengerusinya Edwin Fuelners, telah menerima sogokan untuk mengubah sikap dan pandangan mereka terhadap Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, atas sejumlah bayaran yang masih belum dapat dipastikan lagi.

Menurut laporan itu lagi badan pemikir itu telah telah menghantar laporan bertajuk : Standing UP for Democracy dan US and Malaysia: Ways to Cooperate in Order to Influence Peace and Stability in Southeast Asia.

Siasatan yang dilakukan menunjukkan, wang tersebut telah diberikan kepada Bella Haven Consultant, syarikat yang ada kaitan dengan Presiden Heritage Foundation Edwin Fuelners, untuk melobi Washington.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Akhbar The Standard, Hong Kong. Malaysia cuba memulihkan hubungan dengan Amerika melalui usaha US-Malaysia Exchange Association (Usmea) yang ditubuhkan pada 2001, sebuah badan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas setiausaha politik dan orang kepercayaan Dr Mahathir.

Usmea dan Bella Haven kemudiannya berkerjasama membelanjakan 5.3 juta ringgit untuk tujuan kempen melobi melalui Heritage Foundation.

Mengikut Majalah Times 30 Ogos 2001, satu lawatan ke Malaysia telah diatur melibatkan ahli kongres Amerika Tom DeLay, isteri, pegawai dan dua orang ahli Republikan menghadiri mesyuarat dan makan malam bersama Dr Mahathir.

Persoalannya siapakah membiayai perjalanan tersebut? Seorang pegawai kanan Heritage Malcolm Wallop memberitahu Times, Heritage tidak membiayai perjalanan tersebut.

“Bella Haven membiayainya,” kata beliau.

Sumber yang rapat dengan Senat Amerika Syarikat memberitahu Times, empat firma Amerika menerima lebih 5.3 juta ringgit daripada Bella Haven antara 2001 hingga 2003 untuk melobi bagi pihak Malaysia.

Setengah daripada wang tersebut dibayar oleh PK Baru Energy, syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada 2000 dikuasai oleh Megat Junid dan anaknya.

Washington Post menyebut siasatan sedang dilakukan oleh Jabatan Keadilan Amerika kepada Jack Abramoff –bekas orang kuat DeLay yang turut terlibat dengan American International Center (AIC)

Abromoff mengaku dibayar terus oleh kerajaan Malaysia untuk tujuan tersebut. Siasatan menunjukkan Kedutaan Malaysia di Amerika telah membayar AIC melalui sekeping cek bertarikh 6 Mac 2002 sebanyak 1.14 juta ringgit.

Sehingga tulisan ini dikeluarkan masih belum ada pemimpin UMNO mahupun kerajaan yang berani menafikan perkara ini walaupun telah didedahkan secara berulang ulang.

------------------------------------------------------------
Penulis merupakan Pengarah Pusat Media Angkatan Muda Malaysia merangkap Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Malaysia dan boleh dihubungi melalui email badrul_angkatanmuda@yahoo.com

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:

saya ada juga terdengar cerita ini.tetapi tak dapat kesahihan lagi.


Walaubagaimanapun,apa yang menjadi kemyuskilan ialah setaka ini belum ada pemimpin kerajaan yang tampil untuk buat kenyataan.Mungkin ada sesiapa rakan2 forum yang tahu akan perkara ini blh dikongsikan bersama.



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

sapa yg brani nak tampilkan diri,kang tak pasai² kene mcm anwar plak...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Inilah masalahnya.kekadang apabila bercakap benda yang benar.Ada yang rasa tak puas hati.macam2 tindakan yang nak di ambil.silap2 ISA naya jerrrrr.


 



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

dh jadi mcm dicucuk idong jaa pastu dok ikot tuan depa laa,kalo dak ikot kena tibai laa...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

BIAR ORG YG BERTANGGUNGJAWAB SAJA YG BUAT KENYATAAN SEBENAR..KITA TUNGGU DAN LIHAT

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Haikal wrote:


BIAR ORG YG BERTANGGUNGJAWAB SAJA YG BUAT KENYATAAN SEBENAR..KITA TUNGGU DAN LIHAT


Klu dah tahu dia yang bertanggungjawab,sampai mampus pun dia takkan buka mulut.sebab terang2 benda nie salah.


Tapi diorang lupa klu di dunia terlepas,akhirat sangkut jugakkk.



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 135
Date:
RE: Mahathir Bazirkan jutaan Ringgit Lobi “White House? >


uihhh!! btul ker Dr.Mahathir wat camni...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
RE: Mahathir Bazirkan jutaan Ringgit Lobi “White House”


cochrane wrote:


uihhh!! btul ker Dr.Mahathir wat camni...

Tak tumbah tak melata...Tak sungguh orang tak kata........

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Entah la......


KALAU BETUL TERUK....TAK BETUL LAGI TERUK..



__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


no komen...tak mo respon....kalau betui dah kira mengumpat tu..abih pahala kasi kat org yg kena umpat tu...penat beribadah..kalo tak betui kire fitnah tu..mcm makan daging saudara sendiri....isk isk isk...sanggup ka makan....dosa dgn Allah bleh la mintak ampun kat Dia sebab Dia Maha Pengampun...dosa dgn org kalo org tu hidup lagi...bleh la carik tapi kalo dah meninggal....naya tu


wallahua'lam



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Bukan camtu kawannnn.Kita cakap atas dasar hak sebagai rakyat....Apa yang saya risaukan ialah klu hak dan wang rakyat digunakan untuk tujuan penyelewengan ...Sbb mereka memikil amanah yang kita berikan.Klu tak dilaksanakan dengan betul adalah menjadi hak kita untuk mempersoalkannya ....


Bukan nak mengumpat dan bukan nak memfitnahhhh jauh sekali berprasangka buruk sesama Islammmm.tetapi jangan ambil kesempatan diatas kelembutan yang diajar oleh islam....!!!!!!!!!



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

betui tu saya stuju ngan saudara jebatderhaka,bukan nak mengumpat atau kondemkan org tapi maklumat yg saya dpt ni pon dari saudara Badrul Hisham Shaharin Pengarah Pusat Media Angkatan Muda Malaysia merangkap Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Malaysia dan boleh dihubungi melalui email badrul_angkatanmuda@yahoo.com ...

kalo nak kata pasai fitnah tu saudara Anwar Ibrahim lg teruk kene fitnah tapi knape,last2 didapati x bersalah...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

saya sokong aper yg yus padi ckp...///

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 52
Date:

assalamualaikum..


memang betul ape yang abang yus padi cakap tue..tapi ape boleh buat..


tunggu dan lihat jer laa..


saper yang nak tampil ke depan..tak pasal² kene macam anwar..macam abang yus padi cakap..kes anwar..last² kes..anwar tak bersalah..?..~ punya lama anwar di dalam..baru dikatakan tak bersalah..?..~



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

Saudara Anwar kena kes naya mcm budak kat penang tu...

Tapi saudara Anwar siap kene aib lagi haaa...

Maruah tu beb,tapi napa depa yg tuduh saudara Anwar masih tak dijatuhkan hukuman...

Bila tang saudara Anwar cepat betui depa campak masok penjara...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Adat ler tu.Yang kuat tindas yang lemah.yang jahat tak suka yang baik.



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

bukan ke kita boleh mengumpat,mencela kepada orang2 yang zalim....

__________________
...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard