Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cipta UAV guna komputer


Veteran

Status: Offline
Posts: 69
Date:
Cipta UAV guna komputer


PESAWAT Predator, Phoenix dan Global Hawk antara pesawat tanpa pemandu (Unmanned Aerial Vehicles - UAV) yang dicipta Amerika Syarikat (AS) dan Britain dalam menjalankan tugas risikan serta ketenteraan, termasuk mendapatkan maklumat sesuatu kawasan.





Pesawat itu yang kini mempunyai fungsi penting dalam era peperangan elektronik sungguh efektif bukan saja untuk misi pengintipan, tetapi juga pengeboman kerana ia dilengkapi peluru berpandu Hellfire seperti digunakan ketika AS menakluki Iraq.

Israel juga memiliki UAV dinamakan Scout untuk misi tentera rejim Yahudi itu, terutama dalam konflik Palestin-Israel ketika ini.

Scout mempunyai sistem optik inframerah canggih, selain sistem elektronik berteknologi tinggi yang mampu mengkucar-kacirkan sistem elektronik musuh.

Jiran terdekat Malaysia, Singapura, juga membangunkan beberapa UAV Scout versi terkini. Bagaimanapun, negara tidak ketinggalan melahirkan UAV dengan nama Eagle Airborne Reconnissance Vehicle (ARV) yang mula dipamerkan pada 2001.

Pesawat menelan belanja RM47 juta itu dilengkapi sistem optik menggunakan kamera inframerah yang dapat menembusi awan apabila pengambilan gambar dilakukan sewaktu penerbangan.

Baru-baru ini, seorang saintis muda tempatan turut membuka lembaran baru apabila berjaya membangunkan teknologi seperti itu dengan menghasilkan tiga prototaip pesawat UAV.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga pencipta pesawat itu, Dr Zairil A Zaludin, berkata ciptaannya dapat menjalankan fungsi sama seperti UAV lain dengan merakam objek atau gambar di sesuatu kawasan melalui kamera.

Reka bentuk

Dalam penyelidikannya, beliau mencipta tiga jenis pesawat UAV dinamakan Permaisuri UPMX, Maharaja UPMX1 dan Putra UPMX2 dengan reka bentuk berbeza.

Katanya, setiap jenis pesawat itu ada fungsi dan keupayaan masing-masing. Misalnya, Permaisuri UPMX mampu terbang enam jam tanpa henti serta mengambil gambar dengan jelas.

“Semua pesawat ini memiliki dua kamera yang diletakkan di bahagian bawah dan muncungnya. Untuk mengawalnya, saya menggunakan alat kawalan dengan bantuan kamera itu.

“Ia mengambil gambar sesuatu kawasan yang dirakam dalam jarak dekat atau jauh. Imej itu kemudian disalurkan ke dalam sistem yang dibangunkan ini untuk mendapatkan gambar lebih baik, jelas dan menarik,” katanya ketika di temui di UPM, baru-baru ini.

Selain merakam gambar, pesawat itu boleh digunakan dalam bidang pertanian, seperti membantu menyembur racun serangga di kawasan luas.

Dr Zairil berkata, pesawat yang boleh dikawal pada jarak 10 kilometer itu menggunakan enjin petrol dan keupayaannya untuk terbang lebih tinggi bergantung kepada enjin yang digunakan.

“Pesawat ini memiliki sistem kawalan automatik sama seperti digunakan juruterbang. Jika enjinnya berkuasa tinggi, ia boleh terbang lebih tinggi.

“Namun untuk prototaip ini, keupayaannya hanya di bawah 500 kaki kerana saiznya kecil, selain tidak terlalu berat. Yang penting, teknologi dibangunkan itu menggunakan kawalan komputer sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, setiap UAV yang diciptanya mempunyai berat berbeza seperti Permaisuri UPMX dengan berat 20 kilogram (kg), Maharaja UPMX1, (11 kg) dan Putra UPMX2 (10 kg).

Katanya, bagi pesawat Putra UPMX2, UAV itu menggunakan kuasa enjin jet yang bergerak lebih laju dan pantas dengan reka bentuknya lebih aerodinamik.

“Setiap UAV berbeza reka bentuk, misalnya Maharaja UPMX1 memiliki sayap lebih besar dan bergerak lebih perlahan, begitu juga Permaisuri UPMX yang bersaiz besar,” katanya.

Dr Zairil berkata, kejayaan mencipta tiga pesawat UAV itu memberi peluang kepadanya serta pelajar mengetahui teknologi pembinaan pesawat, sekaligus menjadi landasan untuk mencipta UAV lebih moden dan canggih pada masa depan.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 47
Date:

1 kemajuan yg menakjubkan bg industri pesawat dan military kite. Sape kate org Melayu tak bijak, Melayu bangsa yg sgt kreatif cume kebanyakannye disalah gunekan akal fikiran yg Allah kurniakan.


Takkan Melayu hilang di dunia!!!



__________________
veNi_veDi_veCi


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Melayu macam ni le yang kita nak......

__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


kita perlu bersaing jugak dgn jiran sebelah tu...jgn bagi jauh sgt ketinggalan....baru diorg tau kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi...bukan nak berlagak...utk keselamatan nusa dan bangsa..serta tanahair...



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard