Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan| penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.
Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"
"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."
"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"
p/s///...Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.
Cerita baru ni.....aku tak pernah dengar.Terima Kasih
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
Kita jangan kecoh dengan masaalah orang, tegakkan Ekonomi kita, Cubalah ikut stail Jemaah Ayah Paq Putra Jaya, beliau membawa jemaahnya kearah pembentukan Ekonomi, memertabatkan maruah Melayu dengan berani menceburkan diri kebidang perniagaan yang bakal memberi peluang kepada semua ahli untuk berkecimpung dalam perniagaan.
Lihat artikel Berita Cosmo hari Sabtu 10hb Disember 2005 dan Berita Metro hari ini diruang Bisnes. terpampang berita Pekida & PEKIDA PutraJaya membuat statement Ekonomi. Alangkah bagusnya seandai semua Ayahanda berwawasan seperti beliau. Ini barulah dinamakan berjuang untuk memertabatkan maruah Melayu.
Contoh baru ni, Pekida Putra Jaya telah merasmikan Perniagaan-perniagaan yang telah diusahakan dengan mengumpul dana-dana yang telah disimpankan dari hasil kemasukan ahli-ahli baru. Mereka telah berjaya hanya dengan mengumpulkan dalam masa 8 bulan sahaja. Alangkah megahnya anak-anak PutraJaya mendapat seorang Ayahanda yang begitu berwawasan tinggi. SEKALUNG TAHNIAH KEPADA AYAHANDA S.JAAFAR PUTRAJAYA kerna usaha-usaha beliau yang mantap.
Tapi pelik mana gambar PERASMIAN PERNIAGAAN-PERNIAGAAN PEKIDA PUTRAJAYA yang diadakan pada 02hb Disember yang lepas, setahu kami unit R&D ada semasa majlis tersebut. Takkan berita begitu mengembirakan dalam Pekida dibiarkan dan terlepas dari liputan R&D.....???????
thanks for da info.....kita bangga menganut agama yg suci
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
thanks for da info.....kita bangga menganut agama yg suci
SLM... sesggh YE kt SBG hamba WJB besyukur DGN ape YG tlh DKURNIAKN...OLEH e2 KT wjb TRS bersyukur HGG akhir ZMN dan GNKN sgl APE yg TLH dberi KE jln YG benar DAN x TERPESONG ke JLN yg DLAKNATI...islam AGM yg SCI dan PLG berhrg DAN x TERNILAI hrg YE...hidup ISLAM hidup PEKIDA...wslm...
assalamualaikum... kepada saudara saye ucapkan... betul kata saudara sekelian
kita jangan memberi muka kepada bukan... sesama umat islam... kerana mereka mcm musuh kita sendiri... kita patut bersatu padu sesama umat kita sendiri... untuk menegakkan keadilan...