Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: jangan di dalam islam


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
jangan di dalam islam


ISLAM sebagai cara hidup, mempunyai sistem kehidupan yang teratur bertujuan menjadikan umatnya cemerlang.


 


Selain galakan, ada pelbagai larangan yang ditegaskan dalam Islam bertujuan mengelakkan umatnya menjadi mundur.Antaranya:-


 



  • Jangan sengaja melewatkan solat.Perbuatan ini tidak disukai Allah, kecuali jika tertidur.
  • Jangan masuk bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar) kerana jika terbawa najis akan mengotori seluruh rumah.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Perbuatan yang makruh kerana membahayakan kesihatan.
  • Jangan membiarkan pinggan dan mangkuk yang sudah digunakan tidak dibasuh. Ia adalah makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh kerana dikhuatiri rezeki akan menjadi mahal.Waktu pagi adalah waktu keberkatan.
  • Jangan makan tanpa  membaca Bismillah dan doa makan kerana bimbang rezeki kita akan dikongsi dengan syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan kerana khuatir kita akan mati dalam perjalanan.
  • Jangan memakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Ia adalah makruh dan mewarisi kepapaan
  • Jangan biarkan mata kita meliar di perjalanan, kelak hati akan gelap diselaputi dosa.
  • Jangan bergaul bebas di tempat kerja.Banyak keburukkan daripada kebaikannya.
  • Jangan menangguhkan taubat apabila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana persahabatan akan rosak dan hilang begitu bahagia.
  • Jangan lupa bergantung  kepada Allah dalam setaip pekerjaan kita. Bimbang nanti kita sombong apabila berjaya dan jika gagal akan kecewa pula.
  • Jangan bakhil bersedekah kerana sedekah memanjangkan umur dan rezeki kita murah.
  • Jangan banyak ketawa kerana nanti jiwa kita mati.
  • Jangan membiasakan diri berbohong kerana ia cirri orang munafik dan menghilangkan kasih manusia kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia kerana akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa Islam berkata 'jangan’ kerana semuanya adalah untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaan-Nya.


__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard