Imam Ghazali berkata: "Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji." Tapi bagaimana Rasulullah apabila beliau marah? Kemarahannya adalah kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan do'anya ini, iaitu: "Aku pohonkan kepada Engkau kalimat kebenaran pada masa marah dan suka."
Maksudnya, Rasulullah tidak berkata kecuali yg benar saja sama ada waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana ada perkara yg tidak disukai yg menyalahi dari yg benar sebagaimana yg diajarkan agama atau yg terang-terang dilarang oleh agama.
[Kitab Matan al-Arba'in - Sheikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi] Pesanan Abi Sa'iid Al-Khudri
Abi Sa'iid r.a adalah salah seorang kalangan para Sahabat Nabi yang pernah menyumbangkan nasihat yang bernilai antaranya:
"Bertaqwalah engkau kepada Allah;kerana taqwa itu pokok segala kebaikan; Dan berjuanglah;kerana perjuangan itu rahbaaniyyah al- islaam (sebagai suatu ibadah); Peganglah Al-Quran, sebab dia menjadi cahaya kepada penduduk bumi; dan sebutan baik kepada penduduk langit; Seterusnya diamlah, kecuali dalam kebaikan kerana dengannya engkau dapat mengalahkan syaitan."
Pesanan Imam Khalid kepada puteranya
Imaam Khaalid pernah berpesan kepada anaknya, dengan pesanan:
"Wahai anakku, aku berpesan kepada engkau akan dua perkara yang apabila engkau berpegang dengannya, maka sentiasalah engkau memperoleh kebaikan,iaitu:
1. Wang engkau untuk keperluan hidup engkau. 2. Dan Agama engkau untuk hari pulang engkau (keperluan akhirat).
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I