Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: pesan ilmuan islam


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
pesan ilmuan islam


Imam Ghazali berkata:
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya
lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat
marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan
lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
Tapi bagaimana Rasulullah apabila beliau marah? Kemarahannya adalah
kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan
kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan do'anya ini,
iaitu:
"Aku pohonkan kepada Engkau kalimat
kebenaran pada masa marah dan suka."

Maksudnya, Rasulullah tidak berkata kecuali yg benar saja sama ada
waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana
ada perkara yg tidak disukai yg menyalahi dari yg benar sebagaimana
yg diajarkan agama atau yg terang-terang dilarang oleh agama.

[Kitab Matan al-Arba'in - Sheikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin
Syirfu al-Nawawi] Pesanan Abi Sa'iid Al-Khudri

Abi Sa'iid r.a adalah salah seorang kalangan para Sahabat Nabi yang
pernah menyumbangkan nasihat yang bernilai antaranya:

"Bertaqwalah engkau kepada Allah;kerana taqwa itu pokok segala
kebaikan; Dan berjuanglah;kerana perjuangan itu rahbaaniyyah al-
islaam (sebagai suatu ibadah); Peganglah Al-Quran, sebab dia menjadi
cahaya kepada penduduk bumi; dan sebutan baik kepada penduduk langit;
Seterusnya diamlah, kecuali dalam kebaikan kerana dengannya engkau
dapat mengalahkan syaitan."

Pesanan Imam Khalid kepada puteranya

Imaam Khaalid pernah berpesan kepada anaknya, dengan pesanan:

"Wahai anakku, aku berpesan kepada engkau akan dua perkara yang
apabila engkau berpegang dengannya, maka sentiasalah engkau
memperoleh kebaikan,iaitu:

1. Wang engkau untuk keperluan hidup engkau.
2. Dan Agama engkau untuk hari pulang engkau (keperluan akhirat).




__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard