Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sambungan sifat allah yg ke 5


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
sambungan sifat allah yg ke 5


Ini memang jelas. Kalau kita tanya orang-orang yang belajar ilmu
sains dan teknologi mereka boleh buktikan yang air itu adalah
keperluan asas kepada semua hidupan sama ada manusia, haiwan-haiwan
atau tumbuhan. Kalau sekiranya tidak ada air, semua hidupan akan
mati. Jadi, air adalah faedahnya untuk makhluk, bukan untuk AIlah SWT
Kemudian, cuba kita perhatikan kejadian malam dan siang. Ini juga
faedahnya adalah un­tuk makhluk dan tidak untuk AIlah SWT kerana Allah
tidak terlibat dengan malam dan siang. Di dalam al-Quran ada Allah
menyatakan maksudnya: "Kami jadikan malam sebagai pakaian untuk rehat
dan Kami jadikan siang itu untuk mencari rezeki (untuk kehidupan). "

Jelas Allah sebutkan kepada kita faedahnya malam dan siang iaitu
malam untuk kita berehat-rehat menghilangkan penat-lelah bekerja di
siang hari kerana di siang hari itu memang Allah jadikan untuk kita
menjalankan penghidupan, mencari rezeki dan sebagainya. lni yang
disunnahkan oleh Allah dan kerana itu janganlah kita songsangkan
dengan di waktu malam kita mencari rezeki dan menjalankan kehidupan
manakala di siang harinya kita rehat-rehat. Kemudian, cuba kita
perhatikan firman Allah di dalam sepotong ayat lain yang maksudnya
adalah: "Allahlah yang telah menjadikan bumi ini untuk kamu dan
dimudahkannya untuk kamu. Dan hendaklah kamu berjalan di pelosok-
pelosok muka bumi ini dan makanlah rezeki padanya. Kepada Allahlah
kamu akan dikembalikan. "

MELAMPAU

Jadi, kita dapati bahawa segala suatu itu Allah jadikan untuk faedah
manusia kerana bumi ini saja telah Allah permudahkan untuk manusia
sedangkan di bumi terdapat segala-gala nikmat yang boleh kita miliki.
Di dalam firman itu, Allah menyuruh kita menguasainya cuma Allah
peringatkan bahawa kita ini akan dikembalikan kepadaNya. Ini
mengingatkan kita supaya jangan melampau dan berlebih-lebihan. Kerana
kita ini tidak akan kekal di bumi ini sebaliknya akan balik ke negara
asal kita iaitu di Akhirat. Kita adalah warganegara Akhirat dan bukan
warganegara dunia. Bila kita dipanggil balik oleh Allah kelak, kita
akan ditanya tentang apa yang telah kita lakukan di dunia ini.

Seterusnya, di dalam matan Risalah Tauhid ini, Syeikh Suhaimi
Rahimahullah Taala berkata bahawa segala yang maujud itu nisbah
berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya,
adalah terbahagi kepada empat bahagian:

Yang pertama, terkaya daripada tempat berdiri dan kepada yang
menjadikannya. Itulah zat Allah SWT.

Yang kedua, berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang
menjadikannya. Itulah segala 'aradh atau sifat yang mendatang.

Yang ketiga, terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak
kepada yang menjadikannya. Itulah segala bentuk jirim.

Yang keempat, terkaya daripada yang menjadikannya tetapi berdiri ia
pada zat iaitu sifat Allah SWT

Inilah empat perkara bagi se­gala yang ada ini, nisbah kepada mereka
berkehendak pada tempat berdiri dan pada yang menjadikannya. Di
antara 4 per­kara itu, dua adalah berkait pa­da segala yang baharu
iaitu seluruh alam dan makhluk ini. Se­pertimana yang telah pernah ki­
ta perkatakan dalam pengajian-pengajian tauhid kita yang lalu, segala
yang baharu termasuk jugalah `aradh, semuanya berha­jat kepada tempat
berdiri dan berhajat kepada yang menjadikannya.

Manakala 2 perkara yang lagi itu ialah yang berkait dengan AIlah SWT
iaitu, yang tidak berkehendak kepada zat tempat berdiri dan tidak
berkehendakkan kepada yang menjadikanNya. Itulah zat Allah SWT yang
Maha Suci. Dan yang tidak memerlukan kepada yang menjadikan­nya tetapi
berhajat kepada zat tempat berdiri, itulah sifat Allah SWT. Kerana,
dulu pernah kita bahaskan bahawa tiap-tiap sifat, ia tidak boleh
berdiri dengan sendirnya. Ia memerlukan zat sebagai tempat berdiri.
Ertinya, zat dan sifat tidak boleh dipisahkan.

Cuma, sifat yang ada pada AI­lah SWT, ia adalah qadim lagi azali
seperti yang telah juga kita bahaskan. Ini adalah kerana zat adalah
qadim lagi azali. Tidak seperti sifat makhluk dan segala `aradh, ia
adalah permulaannya. Dalam kita memperkatakan tentang keadaan sifat
dan zat Allah SWT ini, ada perkara-perkara yang perlu kita faham
benar-benar agar kita tidak terjatuh kepada hukum syirik. Kerana dulu
kita telah katakan bahawa, kalau berlaku kesilapan dalam pengertian
di bidang tauhid, kita boleh jatuh kepada syirik. Sebaliknya, kalau
tersilap di bidang Feqah, kita hanya akan berdosa sahaja. Itu sebab
kesilap­an di bidang Tauhid kena kita perhatikan betul-betul.

QUDRAH

Yang boleh menyebabkan kita tersilap bila memperkatakan tentang zat
dan sifat Allah ialah bila kita menyentuh tentang AI­lah SWT itu
memati dan menghidupkan makhluk atau Allah SWT itu menjadi dan
membinasakan makhluk. Dalam hal ini, kadang-kadang kita dengar juga
orang berkata, `Sifat qudrah AI­lah SWT itulah yang mematikan'
atau 'sifat qudrah dan iradah Allah itulah yang menjadikan'.

Bila ada orang berkata demi­kian, kita bimbang, kalau-kalau orang yang
mendengar nanti akan tersalah anggap hingga merasakan bahawa sifat
Allah SWT itulah yang berkuasa dan sebagainya sedangkan tadi kita
telah katakan bahawa sifat itu berdiri di atas zat dan ia tidak boleh
berdiri sendiri. Kalau begitu, tentulah bukan sifat yang berkuasa
menjadikan atau mematikan tetapi adalah zat Allah SWT melalui sifat
qudrah dan iradahNya. Jadi, bagi kita, jangan sekali-kali kita
tersalah anggap kerana kalau kita tersalah tafsir atau tersalah
maksud hingga mengatakan ba­hawa sifat Allah SWT itulah yang berkuasa,
maka ia memba­wa kita kepada jatuh syirik.

Hal ini memang mudah berlaku di kalangan masyarakat kita. Katalah
dalam satu contoh lain, yang mana mudah sekali kita boleh jatuh
syirik. Ada pun ayat­ayat al-Quran itu ada mengan­dungi berbagai-bagai
hikmah yang di antaranya ia boleh men­jadi ubat atau penawar bagi
menyembuhkan berbagai-bagai pe­nyakit. Dalam hal ini, kadang-kadang
ada orang yang nanti akan menganggap bahawa ayat-ayat itulah yang
menyembuh­kan penyakit kita. Orang itu boleh jatuh syirik kerana yang
menyembuhkan penyakit bukan kuasa yang ada pada ayat-ayat itu tetapi
adalah Allah SWT melalui sifat qudrahNya.

Cuma dengan melakukan pa­da ayat-ayat al-Quran sebagai boleh
menyembuhkan penyakit dan berbagai-bagai hikmah yang lain, ini adalah
tanda kasih sayang Allah serta rahmatNya yang tidak terhingga dengan
menjadikan peraturan-peraturanNya berfaedah kepada hambaNya.

Sebenarnya, kalau kita hen­dak perkatakan tentang hikmah-hikmah pada
ayat al-Quran, tentulah banyak sekali. la bukan sekadar boleh
menyembuh penyakit sahaja tetapi boleh juga di­gunakan untuk
menenangkan hati, menahan lapar, menjauh­kan sihir serta hantu
syaitan, mendatangkan rezeki dan lain­lainnya. Malah yang paling ter­
besar hikmahnya ialah, ayat­ayat al-Quran boleh menimbulkan rasa
Tauhid yang kuat di dalam hati. Seperti ayat AI-Ikhlas, membaca ayat
ini boleh memberi berbagai-bagai faedah kepada kita, dengan izin
Allah SWT la boleh menahan diri dari lapar, ia boleh menyembuhkan
penyakit, ia boleh mendatangkan rezeki dan lain-lain lagi. Malah
dengan membacanya, kita akan merasakan kesedaran Tauhid yang tinggi.

LEMBAH

Begitulah seterusnya dengan ayat-ayat yang tertentu di dalam al-
Quran. Setiap suatunya ada mengandungi hikmah-hikmah. la ibarat air
yang turun dari kemuncak gunung. Bagi mereka yang berada di lembah
gunung itu boleh menggunakan air itu untuk berbagai-bagai keperluan.
la boleh menjadi air minum, air mandi serta untuk membasuh berbagai-
bagai perkara, di dalamnya pula ada ikan yang oleh dijadikan sumber
rezeki dan begitulah seterusnya.

Walau bagaimana banyak sekali pun hikmah pada ayat-ayat al-Quran,
namun hikmah yang paling tinggi ialah dengan mem­bacanya ia boleh
mendatangkan pahala kepada kita. Sebab itu, bila kita menggunakan
satu-satu ayat al-Quran di dalam baca­an, janganlah kerana penting­kan
hikmah dan khasiatnya sa­haja. Allah tidak redha kita ber­sikap
demikian. Janganlah kita menjadi sikap setengah-sete­ngah dukun yang
menggunakan ayat-ayat al-Quran semata-mata kerana khasiatnya boleh
mengubat tetapi hukum-hakamnya tidak dijaga, syariat lahir dan ba­
tinnya dicuaikan, pengajaran ta­sauf dan tauhid yang ada di dalamnya
tidak diendahkan.

Yang dikehendaki ialah supa­ya kita menghormati segala pe­rintah-
perintah dan peraturan serta hukum-hakam di dalam ayat itu seperti
kalau ayat itu menyuruh kita mengEsakan AIlah SWT, maka itulah yang
kita lakukan atau kalau ayat itu memerintah kita sesuatu, maka pe­
rintah itu hendaklah kita laku­kan. Kemudian, dengan membacanya,
datang khasiat-khasiat yang lain. Itu adalah sebagai tambahan sahaja
yang mana se­ngaja Allah hendak berikan sebagai tanda kasih sayangnya
kepada makhluk ini. Tetapi yang asasnya jangan kita tinggalkan kerana
kita hendaklah yang hujung-hujungnya sahaja.




__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard