Ini memang jelas. Kalau kita tanya orang-orang yang belajar ilmu sains dan teknologi mereka boleh buktikan yang air itu adalah keperluan asas kepada semua hidupan sama ada manusia, haiwan-haiwan atau tumbuhan. Kalau sekiranya tidak ada air, semua hidupan akan mati. Jadi, air adalah faedahnya untuk makhluk, bukan untuk AIlah SWT Kemudian, cuba kita perhatikan kejadian malam dan siang. Ini juga faedahnya adalah untuk makhluk dan tidak untuk AIlah SWT kerana Allah tidak terlibat dengan malam dan siang. Di dalam al-Quran ada Allah menyatakan maksudnya: "Kami jadikan malam sebagai pakaian untuk rehat dan Kami jadikan siang itu untuk mencari rezeki (untuk kehidupan). "
Jelas Allah sebutkan kepada kita faedahnya malam dan siang iaitu malam untuk kita berehat-rehat menghilangkan penat-lelah bekerja di siang hari kerana di siang hari itu memang Allah jadikan untuk kita menjalankan penghidupan, mencari rezeki dan sebagainya. lni yang disunnahkan oleh Allah dan kerana itu janganlah kita songsangkan dengan di waktu malam kita mencari rezeki dan menjalankan kehidupan manakala di siang harinya kita rehat-rehat. Kemudian, cuba kita perhatikan firman Allah di dalam sepotong ayat lain yang maksudnya adalah: "Allahlah yang telah menjadikan bumi ini untuk kamu dan dimudahkannya untuk kamu. Dan hendaklah kamu berjalan di pelosok- pelosok muka bumi ini dan makanlah rezeki padanya. Kepada Allahlah kamu akan dikembalikan. "
MELAMPAU
Jadi, kita dapati bahawa segala suatu itu Allah jadikan untuk faedah manusia kerana bumi ini saja telah Allah permudahkan untuk manusia sedangkan di bumi terdapat segala-gala nikmat yang boleh kita miliki. Di dalam firman itu, Allah menyuruh kita menguasainya cuma Allah peringatkan bahawa kita ini akan dikembalikan kepadaNya. Ini mengingatkan kita supaya jangan melampau dan berlebih-lebihan. Kerana kita ini tidak akan kekal di bumi ini sebaliknya akan balik ke negara asal kita iaitu di Akhirat. Kita adalah warganegara Akhirat dan bukan warganegara dunia. Bila kita dipanggil balik oleh Allah kelak, kita akan ditanya tentang apa yang telah kita lakukan di dunia ini.
Seterusnya, di dalam matan Risalah Tauhid ini, Syeikh Suhaimi Rahimahullah Taala berkata bahawa segala yang maujud itu nisbah berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya, adalah terbahagi kepada empat bahagian:
Yang pertama, terkaya daripada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya. Itulah zat Allah SWT.
Yang kedua, berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya. Itulah segala 'aradh atau sifat yang mendatang.
Yang ketiga, terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak kepada yang menjadikannya. Itulah segala bentuk jirim.
Yang keempat, terkaya daripada yang menjadikannya tetapi berdiri ia pada zat iaitu sifat Allah SWT
Inilah empat perkara bagi segala yang ada ini, nisbah kepada mereka berkehendak pada tempat berdiri dan pada yang menjadikannya. Di antara 4 perkara itu, dua adalah berkait pada segala yang baharu iaitu seluruh alam dan makhluk ini. Sepertimana yang telah pernah ki ta perkatakan dalam pengajian-pengajian tauhid kita yang lalu, segala yang baharu termasuk jugalah `aradh, semuanya berhajat kepada tempat berdiri dan berhajat kepada yang menjadikannya.
Manakala 2 perkara yang lagi itu ialah yang berkait dengan AIlah SWT iaitu, yang tidak berkehendak kepada zat tempat berdiri dan tidak berkehendakkan kepada yang menjadikanNya. Itulah zat Allah SWT yang Maha Suci. Dan yang tidak memerlukan kepada yang menjadikannya tetapi berhajat kepada zat tempat berdiri, itulah sifat Allah SWT. Kerana, dulu pernah kita bahaskan bahawa tiap-tiap sifat, ia tidak boleh berdiri dengan sendirnya. Ia memerlukan zat sebagai tempat berdiri. Ertinya, zat dan sifat tidak boleh dipisahkan.
Cuma, sifat yang ada pada AIlah SWT, ia adalah qadim lagi azali seperti yang telah juga kita bahaskan. Ini adalah kerana zat adalah qadim lagi azali. Tidak seperti sifat makhluk dan segala `aradh, ia adalah permulaannya. Dalam kita memperkatakan tentang keadaan sifat dan zat Allah SWT ini, ada perkara-perkara yang perlu kita faham benar-benar agar kita tidak terjatuh kepada hukum syirik. Kerana dulu kita telah katakan bahawa, kalau berlaku kesilapan dalam pengertian di bidang tauhid, kita boleh jatuh kepada syirik. Sebaliknya, kalau tersilap di bidang Feqah, kita hanya akan berdosa sahaja. Itu sebab kesilapan di bidang Tauhid kena kita perhatikan betul-betul.
QUDRAH
Yang boleh menyebabkan kita tersilap bila memperkatakan tentang zat dan sifat Allah ialah bila kita menyentuh tentang AIlah SWT itu memati dan menghidupkan makhluk atau Allah SWT itu menjadi dan membinasakan makhluk. Dalam hal ini, kadang-kadang kita dengar juga orang berkata, `Sifat qudrah AIlah SWT itulah yang mematikan' atau 'sifat qudrah dan iradah Allah itulah yang menjadikan'.
Bila ada orang berkata demikian, kita bimbang, kalau-kalau orang yang mendengar nanti akan tersalah anggap hingga merasakan bahawa sifat Allah SWT itulah yang berkuasa dan sebagainya sedangkan tadi kita telah katakan bahawa sifat itu berdiri di atas zat dan ia tidak boleh berdiri sendiri. Kalau begitu, tentulah bukan sifat yang berkuasa menjadikan atau mematikan tetapi adalah zat Allah SWT melalui sifat qudrah dan iradahNya. Jadi, bagi kita, jangan sekali-kali kita tersalah anggap kerana kalau kita tersalah tafsir atau tersalah maksud hingga mengatakan bahawa sifat Allah SWT itulah yang berkuasa, maka ia membawa kita kepada jatuh syirik.
Hal ini memang mudah berlaku di kalangan masyarakat kita. Katalah dalam satu contoh lain, yang mana mudah sekali kita boleh jatuh syirik. Ada pun ayatayat al-Quran itu ada mengandungi berbagai-bagai hikmah yang di antaranya ia boleh menjadi ubat atau penawar bagi menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Dalam hal ini, kadang-kadang ada orang yang nanti akan menganggap bahawa ayat-ayat itulah yang menyembuhkan penyakit kita. Orang itu boleh jatuh syirik kerana yang menyembuhkan penyakit bukan kuasa yang ada pada ayat-ayat itu tetapi adalah Allah SWT melalui sifat qudrahNya.
Cuma dengan melakukan pada ayat-ayat al-Quran sebagai boleh menyembuhkan penyakit dan berbagai-bagai hikmah yang lain, ini adalah tanda kasih sayang Allah serta rahmatNya yang tidak terhingga dengan menjadikan peraturan-peraturanNya berfaedah kepada hambaNya.
Sebenarnya, kalau kita hendak perkatakan tentang hikmah-hikmah pada ayat al-Quran, tentulah banyak sekali. la bukan sekadar boleh menyembuh penyakit sahaja tetapi boleh juga digunakan untuk menenangkan hati, menahan lapar, menjauhkan sihir serta hantu syaitan, mendatangkan rezeki dan lainlainnya. Malah yang paling ter besar hikmahnya ialah, ayatayat al-Quran boleh menimbulkan rasa Tauhid yang kuat di dalam hati. Seperti ayat AI-Ikhlas, membaca ayat ini boleh memberi berbagai-bagai faedah kepada kita, dengan izin Allah SWT la boleh menahan diri dari lapar, ia boleh menyembuhkan penyakit, ia boleh mendatangkan rezeki dan lain-lain lagi. Malah dengan membacanya, kita akan merasakan kesedaran Tauhid yang tinggi.
LEMBAH
Begitulah seterusnya dengan ayat-ayat yang tertentu di dalam al- Quran. Setiap suatunya ada mengandungi hikmah-hikmah. la ibarat air yang turun dari kemuncak gunung. Bagi mereka yang berada di lembah gunung itu boleh menggunakan air itu untuk berbagai-bagai keperluan. la boleh menjadi air minum, air mandi serta untuk membasuh berbagai- bagai perkara, di dalamnya pula ada ikan yang oleh dijadikan sumber rezeki dan begitulah seterusnya.
Walau bagaimana banyak sekali pun hikmah pada ayat-ayat al-Quran, namun hikmah yang paling tinggi ialah dengan membacanya ia boleh mendatangkan pahala kepada kita. Sebab itu, bila kita menggunakan satu-satu ayat al-Quran di dalam bacaan, janganlah kerana pentingkan hikmah dan khasiatnya sahaja. Allah tidak redha kita bersikap demikian. Janganlah kita menjadi sikap setengah-setengah dukun yang menggunakan ayat-ayat al-Quran semata-mata kerana khasiatnya boleh mengubat tetapi hukum-hakamnya tidak dijaga, syariat lahir dan ba tinnya dicuaikan, pengajaran tasauf dan tauhid yang ada di dalamnya tidak diendahkan.
Yang dikehendaki ialah supaya kita menghormati segala perintah- perintah dan peraturan serta hukum-hakam di dalam ayat itu seperti kalau ayat itu menyuruh kita mengEsakan AIlah SWT, maka itulah yang kita lakukan atau kalau ayat itu memerintah kita sesuatu, maka pe rintah itu hendaklah kita lakukan. Kemudian, dengan membacanya, datang khasiat-khasiat yang lain. Itu adalah sebagai tambahan sahaja yang mana sengaja Allah hendak berikan sebagai tanda kasih sayangnya kepada makhluk ini. Tetapi yang asasnya jangan kita tinggalkan kerana kita hendaklah yang hujung-hujungnya sahaja.
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I