Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bahayanya sifat gopoh


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Bahayanya sifat gopoh


Salah satu di antara sifat atau tabiat kalau jadi manusia ialah
bersifat gopoh. Ini jelas telah dinyatakan di dalam Al Quran yang
bermaksud: Ertinya : Dijadikan manusia itu sangat gopoh.

Ini juga diantara ujian kepada manusia. Apakah boleh berjaya atau
tidak, manusia itu mendidik dan mendispinkan diri agar menjadi
manusia yang tenang. Biasanya manusia yang gopoh itu kerana jiwanya
tidak tenang. Sentiasa gelisah dan resah, lebih-lebih lagi jika
ditimpa ujian. Ujian golongan bawahan seperti miskin, orang tidak
peduli, orang benci dll. Ujian golongan biasa seperti ada saingan di
dalam merebut jawatan, dilucutkan jawatan, rugi di dalam perniagaan,
tidak dilantik lagi menjadi menteri.

Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah dengan
nafsu yang gopoh-gapah dan benih gelojoh, maka benih gopoh yang
semulajadi yang Allah cipta dalam diri manusia ibarat benih pokok. Ia
akan bertunas, berdaun dan berbatang akhirnya membesar subur dan
berbuah di waktu itu. Sifat gopohnya benar-benar berakar umbi dan
mendarah mendaging di dalam diri manusia hingga menjadi tabiat, sikap
dan seterusnya menjadi budaya hidupnya.


Apabila sifat gopoh telah mendarah mendaging, maka diwaktu itu amat
sulit sekali untuk membuangnya dan dengan sifat gopoh yang telah
begitu subur di dalam diri itu dia sedar bahawa tabiat gopohnya itu
sangat menyusahkan dan menyiksakannya. Namun untuk membuangnya amat
sulit sekali. Kecuali berusaha dan bersungguh-sungguh berjuang
berhempas-pulas pula memerangi sifat gopoh itu serta memohon kepada
Allah SWT selalu agar membantunya membuang sifat gopoh itu mungkinlah
boleh. Justeru itulah manusia itu, kecil lagi memerlukan didikan yang
berdasarkan Islam terutamanya ibu bapanya. Kemudian bagaimana hendak
membentuknya agar jangan subur. Kerana membuangnya 100% dalam diri
manusia adalah mustahil.


Memanglah setiap yang negatif itu adalah mudah dikawal waktu benihnya
lagi. Apabila menjulur sahaja, pangkas, potong akhirnya dia akan
bantut tapi kalau dia dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar
maka diwaktu itu kalau dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar
maka waktu itu sudah amat susah dan sulit sekali untuk memusnahkannya.

MERBAHAYANYA SIFAT GOPOH

Sifat gopoh jika ia telah dibiarkan tidak dididik dan tidak diasuh
daripada seorang yang kecil hingga terbiar sampai dewasa bahkan
sampai tua, sifat gopoh itu sangat merosakkan pada diri yang
mempunyainya dan juga orang lain.

DI ANTARA KEJAHATAN DAN KEBURUKKANNYA YANG TIMBUL DARI SIFAT GOPOH:

Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu
baik buruknya. Akhirnya banyak tersalah .

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang percaya dengan Allah dan
hari kemudaian maka hendaklah ia berlaku baik dan diam,"

Dalam pergaulan dan perbincangan sifat gopoh itu mudah sahaja
memotong cakap orang ramai, orang tersinggung, banyak orang benci,
akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan yang
lebih besar lagi.

Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih dahulu atau
tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya
keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang
tidak berkesudahan.

Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahaja tersalah.
Banyak orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan kita . Sedangkan
fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Teraniayalah orang itu.
Kalau mereka tidak sabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita.
Seterusnya memusuhi kita atau terheret kita ke mahkamah.

Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menyerang dan membunuh
orang. Timbullah kerosakan dari kejahatan dalam masyarakat. Selapas
itu akan berlaku dendam-mendendam . mungkin nanti masing-masing
membawa klik atau kawan-kawan masing-masing. Maka kerosakannya lebih
besar lagi.

Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu padahal malu
itu menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa kita. Hilang keyakinan
orang .

Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah putus asa iaitu
sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWT. Firmannya: "JANGAN KAMU
BERPUTUS ASA DARIAPADA RAHMAT ALLAH""TIADA YANG BERPUTUS ASA ITU
MELAINKAN KAUM YANG KAFIR"

Orang yang gopoh melainkan tidak tenang hidupnya kerana selalu sahaja
tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang merugi dan menyusahkan
hati.

Dengan sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu kerja
tanpa mengkaji lebih dahulu. Bahkan mudah sahaja meninggalkan sesuatu
kerja itu. Lebih-lebih lagi bila terasa kerja itu susah dan berat
iaitu kerja akan terbengkalai dalam kehidupan.

Dengan sifat gopoh yang ada pada seseorang itu, orang lain tidak suka
berkawan. Orang takut berkawan kerana ada kalanya dia kalau marah
mendadak sahaja. Tanpa munasabah sekalipun pada kawan, isteri, anak-
anaknya lebih-lebih lagi kalau bukan kawannya.

Sifat gopoh seseorang itu boleh membawa seseorang itu mudah melulu
bertindak. Mudah menjadikan musuh kawan dan juga menjadikan kawan itu
musuh. Segala tindakan dan usaha-usahanya sembrono. Tidak berdisplin,
bersusun dan teratur.

Sifat gopoh mudah bertukar fikiran. Mudah mengubah sikap. Mudah
bertukar prinsip. Mudah diucuk dan dihasut. Mudah dilatah-latahkan
hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiriannya. Kalau dalam
satu perjuangan mudah menyebelahi musuh atau memukul kawan
seperjuangan.

Sifat gopoh itu selalu sahaja membuat seseorang menyesal tidak sudah,
sesal berpanjangan.

Gopoh termasuk akhlak yang buruk, perangai yang hodoh. Budi pekerti
yang pelik, dibenci oleh Allah, Rasul dan seluruh makhluk.

Sifat gopoh itu pada seseorang mudah atau cepat menolak kebenaran
yang dibawa oleh orang lain tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan
selidik. Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang lagi dan dikawal,
menjadikan seseorang itu hilang sabar atau menjadi orang yang tidak
sabar terutama bila diuji dengan nikmat mahupun kesusahan.

PUNCA-PUNCA ATAU SUMBER SIFAT GOPOH

Punca atau sumber sifat gopoh itu benihnya adalah ciptaan tuhan.
Semulajadi ia lahir bersama-sama dengan tubuh kasar manusia. Kemudian
dibiarkan dia tanpa dididik hingga menjadi subur

Didorong lagi dengan sifat ego atau sombong samada disedari oleh
orang itu atau tidak. Kerana sifat ego juga benihnya juga telah Allah
ciptakan sejak lahir lagi. Apatah lagi didorong oleh faktor-faktor
yang mendatang seperti ada pangkat yang tinggi, kaya, ada kuasa dan
lain-lain

Mungkin kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu hati atau jiwa.
Samada Mahmudahnya mahupun Mazmummahnya. Ertinya hati atau jiwanya
terbiar tanpa dapat pimpinan dan didikan yang sempurna secara Islam
maka terdorong dari dalaman.

Boleh jadi juga faham tentang ilmu hati atau jiwa tapi lemah
bermujahadah atau tidak sungguh-sungguh bermujahadah dikernakan
lemahnya iman atau lemahnya iman atau lemahnya aqidah dan tidak tahan
godaan diluar diri yang sentiasa mencabar.

Mungkin juga didorong oleh sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh
sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh jiwa yang lemah kerana
lemahnya aqidah dan sekalipun disertakan ilmunya, pakar aqidah atau
pakar tauhid tapi tidak dihayati.

GOPOH MENJADIKAN MANUSIA MELULU.

Sifat gopoh boleh menjadikan manusia segala tindak tanduk dan
sikapnya tidak berdisplin hidupnya terutama bila berhadapan dengan
dua keadan ini.

APABILA WAKTU SENANG DAN MEWAH

Diwaktu mereka ada duit, hilang pertimbangan. Waktu berbelanja
terlalu gopoh berbelanja. Ia beli apa saja, bermacam-macam. Berfaedah
atau tidak berfaedah, perlu atau tidak terutama jangan sahaja nampak
barang atau benda yang dia suka atau barang yang orang lain ada, dia
kan beli. Nampak sungguh macam orang kemaruk atau tidak siuman.
Hilang rasionalnya sekalipun seorang yang berpelajaran, mendapat
pelajaran tinggi, berjawatan tinggi, kedudukan penting dalam
masyarakat. Akhirnya rumah macam muzium. Apabila sudah terlalu banyak
hingga tidak terurus timbullah pembaziran. Maka kesenangan tidak
dapat dikongsi oleh orang lain.

APABILA MENDAPAT KESUSAHAN

Apabila mendapat kesusahan seperti kemiskinan, sakit, bencana alam,
kemalangan, di waktu itu mereka yang gopoh itu nampak sangat
melulunya dalam hendak menyelesaikan masaalah, keluh kesahnya begitu
ketara, mukanya tidak ceria, maka mengadulah ia ke sana, ke mari. Dia
tidak fikir orang suka atau tidak. Sesuaikah orangnya untuk mengadu
atau tidak. Orang itu simpati atau benci. Dia akan ceritakan masalah.
Walaupun sebelum ini entah berapa kali sudah diceritakan masalahnya.

Kalau hendak mengatasi kemiskinan hingga membuat yang tidak patut
hingga menimbulkan masalah lebih kusut lagi seperti berhutang di sana
di sini hingga hutang keliling pinggang begitu juga kalau sakit,
apabila bertemu sahaja ubat di mana-mana dia mesti beli, sekali dua
sahaja digunakan atau dimakan, kemudian beli ubat yang lain pula.
Begitu sekali gopohnya membeli ubat. Itu boleh tahan, setengahnya
jumpa bomoh sami, berubat menyalahi syariat. Bersandar dengan tuhan
langsung tidak ada dalam jiwanya. Dia rasa semua masaalah boleh
diselesaikan dengan usahanya. Hingga terlalu bersandar dengan usaha,
hilang displin diri. Bila hilang displin diri nampaklah melulunya,
tindak tanduknya hingga hilang pertimbangan aqal fikirannya.

BAGAIMANA MENGUBATI PENYAKIT GOPOH

Sebelum ini kita telah katakan bahawa penyakit gopoh itu kerana
jiwanya tidak tenang disebabkan sifat ego. Tidak faham perjalanan
hati atau jiwa. Membiarkan sifat gopoh semulajadi hingga subur hingga
jiwa menjadi kosong daripada menghayati akidah, sekadar ada ilmu
aqidah. Boleh jadi ilmu aqidah pun tiada, lebih-lebih lagilah
teruknya. Ertinya iman sudah tidak ada atau telah lemah. Maka tuhan
sudah tiada dalam kamus hidupnya. Tuhan bukan tempat sandaran, tidak
lagi menjadi tempat rujuk. Tidak lagi dijadikan penyelesai segala
masaalah maka timbullah jiwa tidak tenang. Apabila tidak tenang,
datanglah sifat gopoh. Oleh itu, untuk menghilangkan gopoh kenalah
tenangkan jiwa dan hati.

BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA

Di dalam ajaran Islam semua masaalah, ada jalan penyelesaiannya atau
jalan keluar untuk mengatasi masaalah, faham atau tidak sahaja atau
mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat,
penyelesai semua masaalah. Al Quran ada menyatakan:

FIRMAN ALLAH:

"Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi
ubat
dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang
zalim
itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi".

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk
penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan
juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi
rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT
menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan
patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang
Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya.
Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja
mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:

"Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan
Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata
-kata kami dengar dan kami patuh."

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam
lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak
diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi.
Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT
memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi
tenang."

Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati
Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau
terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;

"Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya
baginya kehidupan yang sempit."

Maksudnya, orang menolak atau melupai tuhan serta tidak faham apa
yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan
pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah,
resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.






__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard