Dari Anas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;"Ketahuilah bahawa dunia ini 'mal'unah'(dilaknat),kecuali zikrullah dan orang yang berilmu serta mereka yang mempelajari ilmu.
- Akan datang suatu yang mematikan(menolak untuk menggunakan dasar)As sunnah dan menyangkal tentang agama.Maka atas merekalah laknat Allah,laknat orang2 yang melaknat,laknat malaikat serta laknat semua manusia.-(riwayat Ad Dailami)
**Barangsiapa yang banyak tertawanya, nescaya kurang disegani.Barangsiapa yang banyak guraunya nescaya ia dianggap ringan. **Barangsiapa memperbanyakkan sesuatu,nescaya maka ia menjadi terkenal dengan sesuatu itu. **Barangsiapa yang banyak perkataannya nescaya banyaklah jatuhnya(jatuh dalam kesombongan). **Barangsiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara'nya. **Barangsiapa kurang wara'nya nescaya hatinya mati.-(Umar Al Khattab)
-Wahai anakku yang tercinta dan kekasihku yang mulia semoga Allah memanjangkan umurmu dalam berbuat taat kepadaNya dan semoga Allah memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan para kekasihNya. Ketahuilah oleh kamu bahawasanya apa jua cabang nasihat itu adalah berasal daripada sumber kenabian (Hadith Rasulullah s.a.w.). Oleh kerana itu,apabila telah sampai satu nasihat kepadamu yang berpunca daripada sumber ini maka apa perlunya engkau kepada nasihatku dan apabila masih belum sampai kpd.mu satu nasihat drpd. sumber ini maka sebenarya ilmu apa yang telah engkau pelajari selama ini? (Al Imam Hujjatul Islam Imam Ghazali)
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I