Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bersyukur di atas rezeki yg diberikan Allah


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Bersyukur di atas rezeki yg diberikan Allah


SESUNGGUHNYA rezeki berupa pemberian atau habuan Allah kepada
makhluk- Nya. Anugerah Allah tidak sekadar berupa kekayaan,
sebaliknya meliputi pelbagai aspek kehidupan.

Rezeki Allah meliputi apa saja yang diperlukan dalam kehidupan
termasuk makanan, pakaian, kediaman dan sumber yang berkaitan.

Keperluan itu untuk kesejahteraan jasmaniah insan. Selain itu,
rezeki untuk kesuburan rohaniah juga penting. Ini termasuk ilmu
pengetahuan, kecerdasan serta taufik dan hidayah.

Pintu rezeki untuk kenikmatan hidup di dunia terbuka kepada semua
insan sama ada kafir atau mukmin dan yang jahat atau baik. Rezeki
untuk kesejahteraan jasmani turut dikurniakan kepada semua makhluk.
Tetapi rezeki untuk kenikmatan hidup di akhirat hanya dikurniakan
kepada orang beriman.

Sejarah sejak zaman rasul dan ulama hingga ke hari ini membuktikan
salah satu sebab golongan kafir menolak agama Allah kerana mereka
terlalu terpesona dengan kehidupan dunia.

Golongan kafir menganggap rezeki datang daripada hasil titik peluh
mereka semata-mata, sedangkan orang Islam menganggap rezeki itu
daripada sumber kemurahan dan rahmat Allah s. w. t.

Di akhir Ayat 212 Surah al-Baqarah, Tuhan berfirman yang
bermaksud: "Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya tanpa hisab."

Ini memberi pengertian rezeki yang dikurniakan Allah kepada
seseorang itu perlu disyukuri. Jangan sekali-kali kita berasa angkuh
dan sombong dengan kekayaan harta yang kita miliki.

Kita juga tidak seharusnya menyangka kekayaan dan rezeki melimpah
ruah yang diperolehi itu milik mutlak kita yang tidak boleh digugat.
Sesungguhnya kunci rezeki di tangan Allah s. w. t. Allah yang
menentukan pembahagian rezeki kepada hamba-Nya.

Dalam kehidupan seharian, isu rezeki bukan satu persoalan yang
selalunya tunduk kepada perkiraan hisab manusia. Cara dan petua
untuk mendapatkan rezeki tidak selama-lamanya tepat.

Pada keseluruhannya, rajin dan usaha syarat untuk mencapai kejayaan
dan menjamin seseorang itu menjadi kaya. Tetapi syarat ini
kadangkala tidak tepat dan berakhir dengan kegagalan dan menemui
jalan buntu.

Ada juga golongan membuat andaian ilmu yang tinggi anak kunci
rezeki. Semakin banyak sijil dan semakin tinggi ilmu seseorang insan
maka semakin luaslah pula rezekinya. Tetapi ada juga orang yang
cetek ilmu pengetahuannya atau buta huruf mampu menjadi hartawan.
Tidak kurang juga orang tercicir dalam pelajaran menjadi pemilik
atau tauke besar.

Selain itu, ada pula golongan mengatakan kekayaan itu terletak
kepada peluang dan nasib seseorang dan tidak kurang pula meletakkan
kekayaan dan rezeki itu kepada hubungan seseorang. Semakin luas
hubungannya dengan orang berkuasa maka semakin cerah peluangnya
mendapat rezeki.

Inilah di antara syarat yang selalu dikaitkan untuk mendapat rezeki
lumayan, tetapi semua syarat itu ada kalanya tidak membawa kejayaan.

Sesungguhnya urusan rezeki bukan ditentukan manusia, tetapi ia dalam
tangan Allah s. w. t semata-mata. Allah memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya. Dialah (Allah) yang memegang kunci
rezeki seluruh alam ini dan Dialah yang berkuasa memberi dan menarik
serta meluas dan menyempitkan pemberian rezeki itu.

Dari itu janganlah kita bersifat angkuh dan sombong dengan rezeki
yang melimpah ruah dan usahlah kita bermegah-megah dengan kurniaan
Allah kepada kita. Sebaliknya kita seharusnya bersyukur dengan
rahmat dan nikmat Allah s. w. t itu.

Sesungguhnya balasan bagi orang yang bersyukur jelas dinyatakan
Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud: "Jika kamu bersyukur, Aku
tambahkan lagi nikmatKu. Jika kamu kufur, sesungguhnya azab Aku amat
pedih."
(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Sedar akan hakikat ini, maka bersyukurlah dengan nikmat dan rahmat
kurniaan Allah s. w. t. Semoga dengan berbuat demikian, rahmat
kurniaan rezeki itu akan terus berkekalan dan hidup kita akan
diberkati Allah hingga ke akhir zaman. Insya-Allah.

Kesimpulan:

Kita manusia harus berusaha secara ! halal kemudian bertawakal
kepada ALLAH s. w. t serta berdoa semoga dikurniakan rezeki yang
berkat. Amin




-- Edited by Black_3036 at 01:44, 2005-07-04

__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

Camner kalo cari rezeki dgn care melacur krn darurat...

Adakah kene bersyukur gaks...???

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard