Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 10 Kunci ke persahabatan yg baik


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
10 Kunci ke persahabatan yg baik


1)mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung
tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk
anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain
sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang
lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai
sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain
adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina
minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai
minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran
anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda,
beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan
persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan
perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk
melepaskan perasaan
... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar
luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya
kembali.




__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,bagus juga info ni,timakasih memberitahu dan mengingatkan,sama2lah kita jaga hati kawan kita,HIDUP MELAYU....MELAYU BERSATU...TAAT SETIA...w'slm..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

a'kum.. mmg betul apa yg saudara kata.. ttp.. sukar utk kita dpt kawan yg gembira dah sedih bersama.. selalunya dpt kawan yg gembira je.. bila sedih, buat tak tau je kat kita.. sy hanya meluahkan persaan sy.. sy mengalaminya.. ttp sy redha dgn kehendak-Nya..  minta maaf, jika kata2 sy ni menyinggung perasaan anda semua wassalam..

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

sahabat sejati...




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard