Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BERSEDIALAH UNTUK MENGHADAPI PEPERANGAN


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:
BERSEDIALAH UNTUK MENGHADAPI PEPERANGAN


BERSEDIALAH UNTUK MENGHADAPI PEPERANGAN

Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak?

Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman. Benar atau tidak? Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.

Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di Sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan - Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.

Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi. Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biolgi atau kimia akan digunakan.

Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat.

Adakah anda seorang Islam yang pengecut kerana terlalu hayal dengan kemewahan hidup di dunia ini ataupun anda seorang Islam yang berani kerana betul-betul beriman pada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.? Adakah anda sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya untuk sementara sahaja dan kehidupan di akhirat adalah untuk selama-lamanya? Lihat diri anda di cermin dan tanya adakah anda seorang Islam yang betul-betul beriman ataupun anda hanya seorang hipokrit yang sekular berminat dengan cara hidup orang-orang kafir?

Bersedialah untuk menghadapi peperangan dengan berani dan penuh semangat wahai orang-orang Islam, mudah-mudahan Allah s.w.t. akan memberi kemenagan kepada umat Islam, Insya'Allah...



__________________
SYED tambun tulang,perlis


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Allahhuakbar...allahhuakbar...allahhuakbar...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 54
Date:

Sama-samalah kita mati syahid dlm memperjuangkan Agama Islam yg Mulia

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Islam boleh!!! Islam boleh!!! Islam boleh!!!

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

                                                         Assalamualaikum...


Dengan niat yang luhur dan masa yang telah di ambil untuk merangkumi sedikit bahan sejarah Islam yang patut kita kongsi kan bersama betapa perjuangan ISLAM pada zaman sekarang sudah kian pudar mengikuti peredaran zaman.

Siri antalogi The Crusaders ini mungkin mampu mengubah pemikiran kita umat Islam supaya lebih cinta kan wasilah dan perjuangan ISLAM. Di harap kita lebih berhati hati dengan agenda Kristianisasi serta Yahudi di serata pelusuk dunia. Malah dunia barat sendiri cukup kagum kepimpinan Salahuddin Al Ayyubi (Saladdin) yang berjaya menewas kan King Richard The Lion Heart dan menawan kembali kota Jerusalem dari tentera Kristian. Sehingga kan mereka menggelar kan Salahuddin ini dengan gelaran The Great, The Wise, The Just, The Kind, The Fair, The Magnificent, The Honourable, The Noble dan pelbagai lagi. Aku langsung tidak menjumpai artikel yang memburukkan kepimpinan Salahuddin.

Bukan niat untuk provokasi..
Tapi untuk mengembali kan semangat perjuangan ISLAM kita walau pun tidak sampai ke tahap Saladdin The Wise, setidak tidak nya ia mampu menjadi kan perjuangan ini sebagai model umat ISLAM disamping kepimpinan Baginda Rasulullah SAW dan jemaah para-para sahabat sehingga akhir zaman..

InsyaALLAH        


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:

Ya benar dan tepat sekali kenyataan yus padi itu.Saya cuma nak tambah sikit lagi,dalam kita sibuk nak berjihad,jangan lupa jihad untuk tingkatkan ekonomi kita adalah penting.kerana klu setiap individu Islam dapat tingkatkan ekonomi sendiri,maka semua orang islam berjaya dan mempunyai asas ekonomi yang kukuh.Dan agama di pandang mulia oleh penganut agama lain dan yang paling penting,kita tidak mengemis pada orang kafir.


barulah jihad kita kena pada caranya.Contoh paling senang ialah bagaimana saidina Abu bakar menggunakan hartanya untuk memperkukuhkan islam di zaman nabi.....



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Sidik segaraga wrote:


Ya benar dan tepat sekali kenyataan yus padi itu.Saya cuma nak tambah sikit lagi,dalam kita sibuk nak berjihad,jangan lupa jihad untuk tingkatkan ekonomi kita adalah penting.kerana klu setiap individu Islam dapat tingkatkan ekonomi sendiri,maka semua orang islam berjaya dan mempunyai asas ekonomi yang kukuh.Dan agama di pandang mulia oleh penganut agama lain dan yang paling penting,kita tidak mengemis pada orang kafir. barulah jihad kita kena pada caranya.Contoh paling senang ialah bagaimana saidina Abu bakar menggunakan hartanya untuk memperkukuhkan islam di zaman nabi.....


 


Betul tu......kalau nak berperang kita kena lebih bersedia....dalam keadaan sekarang ni kita kena kuatkan ekonomi dan ilmu kita dulu, bila dah banyak kekayaan dan ilmu yang pelbagai barulah kita boleh menyiapkan diri untuk berperang,kita buat senjata yang cangggih, jet pejuang, kereta kebal, kapal selam, kapal perang dan bangunkan lain-lain teknologi perang kita sendiri yang mesti lebih baik dari orang kafir punya.


Kalau setakat macam sekarang ni semangat dan minta doa aje tak cukup....sebab ALLAH suruh kita berusaha dulu lepas tu baru bertawakkal kepadaNYA.


*p/s:Teringat cerita BUKIT KEPONG, ada satu mamat tu rempuh benteng komunis lari bawak parang, Ape lagi kena tembak le....tu la semangat ade akai tarak...



__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...


              Seblom nak kukuhkan ekonomi,sikap dengki dan iri hati dikalangan org melayu Islam patot dihapuskan dulu baru laa org melayu Islam bleh maju dr segi ekonomi.Ni tak br nak maju skit dh jumpe bomoh...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

perang ngan nafsu dulu...................

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

KEMENANGAN ISLAM ... KEAMANAN SEJAGAT



___________________


''' Hidup Melayu ... Bersatu ... Taat Setia '''



-- Edited by KaTaK 30 at 15:34, 2005-07-08

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 70
Date:

assalammualaikum.....

klu nak menghadapi peperangan peperiksaan camna lak....hehehe....gurau je...


salam perjuangan diucapkan...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

semoga kita akan dberkati ALLAH !!!

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:

moga moga kita sentiasa dilindungi oleh ALLAH


memperjuagkan jiwa dan maruah kita...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Sama-samalah kita bertawakal kepadaNYA agar merestui niat yang baik...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

bila takbir bergema, seluruh alam menyahut...


ALLAHHUAKHBAR


ALLAHHUAKHBAR


ALLAHHUAKHBAR


 



__________________
PEKIMA PEKIDA
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard