Sesiapa yang tidak sanggup mengerjakan lapan, maka hendaklah ia berbuat lapan macam untuk mencapai pahala yang lapan, iaitu:
1.. Sesiapa yang inginkan pahala solat malam sedangkan dia tertidur, maka janganlah berbuat maksiat pada siang hari.
2.. Sesiapa yang inginkan pahala orang berpuasa sunat padahal ia tidak berpuasa, maka hendaklah ia menjaga lidahnya.
3.. Sesiapa yang inginkan kelebihan ulama, maka hendaklah ia suka berfikir.
4.. Sesiapa yang ingin mendapatkan kelebihan pahala orang berjihad, sedangkan ia duduk di dalam rumahnya, maka hendaklah ia melawan syaitan(nafsu).
5.. Sesiapa yang ingin mendapat pahala sedekah, maka hendaklah ia mengajar kepada orang lain apa yang telah ia dengar dari ilmu agama.
6.. Sesiapa yang ingin mendapat pahala haji sedangkan ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia sentiasa bersembahyang jemaah.
7.. Sesiapa yang ingin mencapai fadhilat orang ahli ibadat, maka hendaklah ia memperbaiki persengketaan orang dan jangan menimbulkan sengketa di antara mereka.
8.. Sesiapa yang ingin mencapai pahala orang-orang abdaal, maka hendaklah menekan dadanya dan redha untuk kawannya apa yang ia redha untuk dirinya sendiri
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I